Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday 10 March 2012

Si "dia" itu musuh?

Assalamualaikum WBT…

Bagi entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai salah satu rentetan kehidupan yang dilalui sebagai perantau di dunia ini. Jika dilihat pada tajuk “si ‘dia’ itu musuh?’, mungkin bunyinya agak ‘kronik’ namun harapan hati ini semoga  tulisan yang serba biasa ini mampu memberi  manfaat kepada para pembaca .

Aku mula berdamping dengan si ‘dia’ lebih kurang 2 bulan yang lepas namun hakikatnya aku sudah lama mengenali ‘dia’ sejak diri ini masih kecil lagi. Sejak kecil aku tidaklah rapat sangat dengan si ‘dia’, mungkin kerana diri ini masih kanak kanak menyebabkan ibu bapaku melarang utk berdamping dengannya namun sejurus menuju kedewasaan ,memang keperluan untuk aku berdamping dengan si ‘dia’ bagi membantu aku dalam menyiapkan kerja dan assignment.

 Sebelum saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah sekalian tersalah faham dengan istilah si ‘dia’ yang aku gunakan, izinkan ku memperkenalkan ‘dia’ tersebut terlebih dahulu. Sebenarnya ‘dia’ yang dimaksudkan adalah laptop kepunyaan aku.



Persoalannya kenapa laptop itu menjadi musuh? Konklusi ini pada asalnya timbul apabila aku sedar diri ini semakin lalai dan mula lupa asal tujuan aku adalah menuntut ilmu seperti  yang aku pegang selama ini. Aku sedar apabila saya sering bersama laptop melebihi buku buku pelajaran menyebabkan pelajaran sedikit terabai. Ya, iulah sebab kenapa aku  berfikir bahawa laptop itu adalah musuh aku.. Namun, ternyata ianya  salah sama sekali, kerana setelah melihat sesetengah rakan rakan yang  menggunakan laptop untuk belajar, mencari maklumat dan menyiapkan assignment sebagainya aku  mula berfkir bahawa teknologi sama sekali tidak bersalah.


Jadi siapa sebenarnya musuh disini?

Jawapannya adalah kita sendiri atau dengan kata yang lebih tepat adlah NAFSU kita. Nafsu yang cenderung kearah hiburan menjadikan kita lalai dan menyalahkan laptop atas kelalpaan diri ini. Ya, sememangnya tidak salah untuk berhibur, sama sekali tidak salah selagi tidak melalaikan. Itu yang kebanyakan orang selalu cakap. Namun kuatkah iman kita mengatasi cenderung hiburan ini. Saya akui, saya sendiri tidak sekukuh itu. Bagaimana nafsu menipu kita untuk cenderung kearah menyalahgunakan  laptop jauh dari tujuan asal..Berdasarkan pengalaman aku, akhirnya aku temui seperti berikut………


                                      GAMES -DOTA terutamanya.....


                                         LAGU-hiburan melebihi had


                 MOVIE- menjadi kebiasaan aktiviti hujung minggu plajar IPT


                       INTERNET- kata orang, menjadi nadi students


Jadi ,sama samalah para pembaca termasuk diri aku sendiri utk renung2 kan supaya tidak memakan diri. Setiap perkara masih belum terlambat seandainya kita mahu untuk mengubahnya......

salam....

No comments:

Post a Comment