Saturday, 12 May 2012

Insiprasi dari Chatbox



Assalamulaikum W.B.T

Kata orang, sesuatu perkara yang dilihat itu semuanya boleh dijadikan iktibar kepada diri kita .Ianya bergantung kepada bagaimana cara kita “mencedok” perkara tersebut seupaya ianya menjadi positif dan berguna untuk perubahan diri kita kearah yang lebih baik.



Tertulisnya blog untuk entri kali ini adalah setelah saya mendapat inspirasi daripada salah seorang sahabat saya iaitu Nik Amirul yang berada di Bandaraya Kuala Lumpur melalui chatbox di laman FACEBOOK. Seperti insan insan yang bersahabat yang lain, memang normal berutus khabar namun saya tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh sahabat saya tersebut lalu saya memohon keizinan untuk menceritakan di blog ini melalui olahan saya sendiri utk pedoman pembaca sekalian.



Perbualan bermula semasa masing bertanya pasal pekerjaan sementara  bagi “musim cuti”ini. “guano kijo di KL tuh?” saya bertanya. “Kijo di kijo mcd sibuk gilo..n aku napok sek2 sini xmayea bang...tino jate tuo mudo,,kiro jea time ngorik rama customer..rama gilo..aku xdey nk mayea..aku pong caro apo,,msok g surau mayea ngorik..manager tino isap rokok tu engt aku g moteng,,dio bukok pitu surau npok aku ambek aer mayea,,xkato apo,,tutup pitu blah” balasnya panjang...



Err..(mungkin pembaca diluar kelantan tak faham kut)

Ok, macam ni translate dia...


“Kerja di MacD sibuk gila, dan aku nampak ramai geng2 sini tak sembahyang, tak kira la laki pompuan, tua ke muda. Time maghrib ramai customer, ramai gila , aku x sempat nak sembahyang lalu aku buat dono masuk ke surau sembahyang magrib.Manager pompuan yang hisap rokok tu ingat aku ponteng,dia bukak pintu nampak aku ambik wuduk, spechless terus blah lepas tutup pintu”



Lalu dengan nada gurauan saya menulis.”Knapa x bgtahu dia, nak kena bakar ke?”


Dengan tidak mengendahkan gurauan saya 
(tak taip hahaha pun :( )  sahabat saya trus menaip “byk jea aku temung jnis2 ore plik2 sjo crito sek2 dio..crito hidup maseng2,,pekerja mcd aku ni..aku syukur mujur la idop aku ok..n mujurla aku sek2 pantai timur,,bab2 agame mmg family ajar molek “


Aiseymen..kena translate lagi...


“Banyak Jea(nama manjaku) aku bertemu jenis orang pelik2 yang cerita pasal diowg,cerita hidup masing2 pekerja MacD tempat aku ni. Tu la aku syukur mujur la hidup aku ni ok duduk pantai timur.Bab2 agama memang family ajar aku betul2”

Dan setelah itu entah macamanne perbualan kami beralih topik. Jadi pointnya disini adalah mengenai kehidupan yang lagha . Mendengar cerita itu saya bersyukur sebenarnya kehidupan saya tidaklah sampai ke tahap itu.Memang mencabar kehidupan di Kuala Lumpur.

Jujurnya saya memang respect habis dekat insan insan yang berpegang teguh dengan agama dalam keadaan di ibu kota tersebut yang penuh dangan cabaran.Tetapi persoalannya disini bukanlah tempat yang menjadi poko tetapi sejauh mana iman kita dalam berpegang prinsip walau dimana kita berada.

Oleh itu, sama samalah kita renungkan, apa yang baik kita “cedok” apa yang buruk kita buang. Ukhwah Fillah

Wassalam.....

Wednesday, 9 May 2012

Kenapa "saya"?

Assalamualaikum W.B.T...

Dalam entri sebelum ini saya menggunakan penggunaan "saya" sebagai kata ganti nama diri mengantikan "aku" yang selama ini telah digunakan sepanjang menulis blog ini. Walaupun ia tidak perlu dijadikan satu isu.Namun, saya terpanggil untuk menukilkan kenapa.....


Tiada sebab yang khusus cuma itulah yang dipanggil PERUBAHAN. "Mengapa perlu perubahan yang dirasakan tidak perlu?" tanya seseorang. Memang tidak perlu cuma kadang kadang perubahan kecil itulah yang boleh membawa impak kepada diri. Adakah penggunaan "aku" itu salah? Sama sekali tidak salah malahan saya tidak kata pula saya tidak akan menggunakan "aku" untuk seumur hidup. 


Cuma, jika diikutkan penggunaan "saya" itu mungkin lebih lembut tetapi tidak pula saya katakan penggunaan "aku" itu kasar. Dari segi bahasa Melayu yang dipelajari semasa zaman persekolahan dulu, penggunaan "saya"lebih sesuai untuk "berkata kata" dengan ramai orang lebih lebih lagi dalam penulisan. Sama juga perkataan "anda" yang digunakan berbanding perkataan "kau" dan "awak" dalam penulisan.


Sebenarnya saya menggunakan "saya" kearana tertarik dengan penulisan Hillal Asyraf dan beberapa penulis dari majalah Solusi.


"Eleh, berangan nak jadi macam HillaL Asyraf ke?


Tidaklah berangan cuma menjadikan contoh.Bukankah mengambil contoh yang baik itu perlu? Setidak tidaknya lebih baik dari menjadikan artis ataupun tokoh politik yang pembohong sebagai contoh.

Konklusinya penggunaan "saya" ataupun "aku" tidak perlu dipertikaikan as long apa yang kita tulis memberi manfaat dan barakah kepada insan yang  membaca itulah yang terbaik kerana pendekatan para penulis adlah berbeza bagi setiap orang.. Teruskanlah apa yang kita yakini terbaik.

Selamat Menulis dan Membaca..

p/s: "saya" utk blog je.. jgn pulak member2 nanti dtg text dkt fb "hai awak" plak hehe


Wallahualam.....

Tuesday, 8 May 2012

MENCARI SISI PERUBAHAN




“Saya mahu berubah”. Pastinya pernah terdetik di hati mana mana setiap insan kerana ia menjadi lumrah kepada manusia untuk berubah ke arah kebaikan. Memang benar BERUBAH ini sangat mudah. Ya tersangatlah mudah dengan hanya menuturkannya. Namun, hendak melaksanakannya berapa ramaikah yang berjaya? Tidak ramai bukan?. Bahkan saya sendiri disaat jari jemari menaip tulisan tulisan ini juga masih lagi mencari sisi perubahan ke arah kebaikan.


Saya teringat dengan satu kata kata yang dipetik dari laman web Langit Illahi dibawah kelolaan saudara Hillal Asyraf iaitu perubahan merupakan sesuatu yang sangat mahal. Hendak melakukan perubahan perlu membayar dengan harga yang mahal. Tetapi apa sebenarnya  yang penting adalah pulangan yang akan kita dapat jauh lebih menguntungkan daripada harga yang kita bayar pada awalnya.


Perubahan perlu dicari!


Ya, memang perlu dicari. Kenapa? Ok secara analoginya kita ambil memasak nasi sebagai contoh yang paling mudah. Beras kalau hanya ditengok adakah ianya akan menjadi nasi? Semestinya tidak bukan? Kerana ia perlu ditanak untuk berubah menjadi nasi. Sama juga seperti kita manusia, perlu mencari perubahan tersebut. Bagaimana caranya? Jawapanya dimana ada kemahuan disitu ada jalan. InsyaAllah , Allah bersama insan yang mendekati-Nya.


Susah la!


Benda yang baik jarang yang senang untuk diperolehi.Tapi, Bukankah lebih manis sesuatu kejayaan seandainya terdapat banyak liku yang berjaya kita tempuhi. Lihatlah yusuf Islam yang dahulunya dikenali Cat Steven sanggup melupakan kemewahan dan glamor demi mengejar perubahan yang mendekatkan diri kepada Illahi. Semoga kita tergolong dalam golongan seperti itu.Amin...

Oleh itu, kepada saudara dan saudari yang membaca utusan kali ini, saya menyeru untuk sama sama bergerak kearah perubahan yang lebih positif. Doakan saya untuk berusaha dalam mengubah diri ini. INSYAALLAH..


“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan hamba itu sendiri mengubah nasib tersebut”

Wassalam

Thursday, 3 May 2012

POLITIK: Nukilan dari sudut insan bergelar remaja


Assalamualaikum W.B.T....


  Melihat melalui tajuk entri untuk kali ini adalah mengenai politik, mungkin ramai yang akan “muak” masalkan tidak sejak akhir akhir ini masyarakat disajikan dengan hidangan hidangan politik baik di dada akhabar mahupun kaca televsiyen.Dan kerana itulah hati ini terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai politik kerana media blog ini sahaja lah untuk seorang insan biasa yang tidak mempunyai kuasa menyuarakan pendapat.



Memang normal bagi seseorang manusia untuk mempunyai prinsip masing masing. Sebagaimana di Malaysia ini, ada yang menyokong merah, ada yang menyokong hijau, tidak lupa juga pada biru muda dan biru gelap.Ya,semua itu kerana perbezaan pandangan dan prinsip. Secara jujurnya, aku adalah salah seorang insan yang tidak suka akan isu politik...



@Kenapa tidak suka?

  
  -Terlampau banyak fitnah dan pembohongan.

    -Politik memecahbelahkan perpaduan.
    -Timbul golongan saling menjatuhkan orang lain.
    -Merupakan isu yang tidak pernah ada kesudahan.




@Orang cakap orang yang tidak menyokong mana2 parti orang yang tdk berperinsip?

    Tidak suka bukan bermakna tidak ambil tahu kan? Aku turut mempunyai pandangan tersendiri  mengenai siapa yang patut aku sokong. InsyaAllah yang mana lebih berlandaskan Al Quran dan Sunnah akan aku ikuti.Bukan itu salah satu syarat penting utk memilih pemimpin?? . Ya, akan aku sokong kerana aku juga seorang berprinsip.




@Kenapa bukan sekarang?


Sekarang aku sebagai seorang remaja biarlah bergelar sebagai OBSERVER terlebih dahulu. Jika aku lantang bersuara sekalipun tidak akan didengari mana2 pihak kerana aku cumalah insan biasa. Bahkan aku masih lagi tidak layak menandakan “pangkah” di mana mana kertas undi kerana faktor umur.




@Jadi maksudnya x berminat la ni?


Boleh dikatakan macam tu, tp harus diingatkan tidak berminat bukan bermakna tidak cakna.Seperti yang telah di’mention’kan sebelum ni... Being observer for a while untill i’m 21. Kerana politik itu juga penting dan perlu diambil tahu,apa guna belajar tinggi seandainya buta politik.



Justeru itu,, sebagai seorang remaja yang serba biasa ini, aku mengharapkan akan ada keajaiban perubahan dalam momentum politik negara kita ini terutmanya dari segi telus keadilan yang akan membawa perpaduan kerana orang orang mukmin itu umpama SATU BINAAN.Sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W

Ertinya:Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “sesungguhnya seorang mukmim kepada Mukmim yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


sama2 renungkan...Wassalam......