Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 8 May 2012

MENCARI SISI PERUBAHAN




“Saya mahu berubah”. Pastinya pernah terdetik di hati mana mana setiap insan kerana ia menjadi lumrah kepada manusia untuk berubah ke arah kebaikan. Memang benar BERUBAH ini sangat mudah. Ya tersangatlah mudah dengan hanya menuturkannya. Namun, hendak melaksanakannya berapa ramaikah yang berjaya? Tidak ramai bukan?. Bahkan saya sendiri disaat jari jemari menaip tulisan tulisan ini juga masih lagi mencari sisi perubahan ke arah kebaikan.


Saya teringat dengan satu kata kata yang dipetik dari laman web Langit Illahi dibawah kelolaan saudara Hillal Asyraf iaitu perubahan merupakan sesuatu yang sangat mahal. Hendak melakukan perubahan perlu membayar dengan harga yang mahal. Tetapi apa sebenarnya  yang penting adalah pulangan yang akan kita dapat jauh lebih menguntungkan daripada harga yang kita bayar pada awalnya.


Perubahan perlu dicari!


Ya, memang perlu dicari. Kenapa? Ok secara analoginya kita ambil memasak nasi sebagai contoh yang paling mudah. Beras kalau hanya ditengok adakah ianya akan menjadi nasi? Semestinya tidak bukan? Kerana ia perlu ditanak untuk berubah menjadi nasi. Sama juga seperti kita manusia, perlu mencari perubahan tersebut. Bagaimana caranya? Jawapanya dimana ada kemahuan disitu ada jalan. InsyaAllah , Allah bersama insan yang mendekati-Nya.


Susah la!


Benda yang baik jarang yang senang untuk diperolehi.Tapi, Bukankah lebih manis sesuatu kejayaan seandainya terdapat banyak liku yang berjaya kita tempuhi. Lihatlah yusuf Islam yang dahulunya dikenali Cat Steven sanggup melupakan kemewahan dan glamor demi mengejar perubahan yang mendekatkan diri kepada Illahi. Semoga kita tergolong dalam golongan seperti itu.Amin...

Oleh itu, kepada saudara dan saudari yang membaca utusan kali ini, saya menyeru untuk sama sama bergerak kearah perubahan yang lebih positif. Doakan saya untuk berusaha dalam mengubah diri ini. INSYAALLAH..


“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan hamba itu sendiri mengubah nasib tersebut”

Wassalam

No comments:

Post a Comment