Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Wednesday 20 June 2012

Selipar Haus????

Assalamualaikum W.B.T


"Ape kejadahnya post gambar selipar, tahulah converse.. "


Sabor sabor.. Bukan nak tulis pasal selipar (anyway converse tak ori pun haha) tapi saya ingin menulis analogi disebalik hausnya selipar itu.


"Mesti typical story jgk nanti"
Takde typical punye la, lepak dulu. Ok sebelum saya mengorak langkah(muka confident).. perasankah anda perbezaan antara dua selipar ini?Ya, bahagian kanan lebih haus jika berbanding dengan bahagian kiri.Yang bermaksud daya lebih cenderung menggunakan selipar kanan saya daripada yang kiri.

"So apa yang peliknya?"
Memang normal tapi jika kita analogikan dengan kehidupan kita maka nescaya kita akan memperoleh iktibar daripadanya.

"Iktibar yang macammane tu?"
Ok, macam ni.. bahagian yang lebih haus bermakna kaki kita lebih cenderung digunakan pada bahagian tersebut. Terpulang la,jika seseorang itu kidal maka mereka akan lebih cenderung untuk menggunakan kaki kiri. Jadi disini kita bolehh andaikan yang lebih cenderung itu mempunyai kesan kegunaan yang lebih efektif.Jadi,perkara ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.


"Contohnya?"
Kalau kita sebagai student, belajarlah sesuatu yang lebih kita cenderung kearahnya.Kalau kita kita suka fizik dan matematik manakala kita begitu tidak suka pada biologi, jadi janganlah mengada ngada nak pilih course Medik untuk sambung pelajaran nanti. Kerana melakukan apa yang lebih kita minat dan cenderung membuahkan hasil yang lebih efektif.


"Don't work for money, let money work for you"





2 comments:

  1. analogi yang menarik dan berguna :) terima kasih kerana berkongsi :)

    ReplyDelete