Assalamualaikum W.B.T
Kewangan tu penting lebih-lebih lagi untuk pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Sebenarnya terdapat banyak sumber kewangan untuk pelajar pilih sepanjang pengajian sebagai contohnya PTPTN, MARA, JPA, YAYASAN atau mana-mana Syarikat yang menawarkan biasiswa macam Petronas, Produa, Maybank dan banyak lagi. Untuk entri kali ini, saya cuma ingin berkongsi info mengenai perbandingan PTPTN dan JPA sebab hanya dua sumber ni sahaja yang sempat saya mohon.
3 Sem pertama saya di Peringkat Ijazah menggunakan PTPTN dan permohonan JPA saya diluluskan setelah menggunakan kepetusan peperiksaan Tahun maka masa itulah saya hentikan pinjaman PTPTN. Sebenarnya memang terdapat perbezaan pro dan kontra antara kedua-dua sumber ini yang akan saya ulaskan secara ringkas mengikut pengalaman saya sendiri :
PTPTN
Agak membantu bagi yang benar-benar tiada sumber biasiswa lain.
Kebiasaannya nak dapatkan biasiswa tu agak sukar sebab biasiswa hanya ditawarkan untuk benar-benar cemerlang. Jadi, mahu atau tidak PTPTN adalah jalan terakhir yang dapat membantu pelajar untuk support pengajian mereka.Bagi golongan ibu-bapa yang berpendapatn rendah, sememangnya ia sangat membantu untuk mengurangkan beban mereka kerana nilai yang diberi sangatlah mencukupi untuk membayar yuran serta menampung kehidupan seharian.
Nilai pinjaman berbeza mengikut pendapatan ibu-bapa.
Jumlah pinjaman penuh iaitu RM3500(Plus minus, lupe) hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah mencukupi untuk pembayaran yuran serta keperluan seharian. Kebiasannya situasi menjadi sukar buat golongan berpendapatan sederhana yang mana nilai pinjaman penuh hanya diberikan buat ibu-bapa yang berpendapatan rendah sahaja. Contohnya macam saya, nilai pinjaman yang saya peroleh dahulu hanya RM1100 sahaja untuk satu sem sedangkan yuran pengajian di tempat saya RM1500. Ibu bapa saya terpaksa menambah RM 300 untuk yuran serta masih lagi terpaksa menanggung perbelnjaan seharian saya.
Krisis hutang masa hadapan
Bila nama pun pinjaman jadi, kenalah bayar balik, masa belajar senang tapi masa depan mungkin agak terbeban. Lagi parah jika lepas graduate, kerja tak dapat-dapat, kesukaran nak bayar lagi lah bertambah. Jadi, mahu tak mahu belajar la bersungguh-sungguh, kalau result cemerlang bayar pun sikit, kerja pun lagi senang nak dapat.
JPA
Memang membantu
Nilai yang diperoleh agak banyak, lebih banyak dari PTPTN dan bila nama pun biasiswa, bersyukurlah bila anda dapat sebab tak perlu bayar balik. Yang penting pastikan result exam mantain cemerlang kalau biasiswa tak nak ditarik balik.
Nilai bisiswa itu amanah
Ingatlah, biasiswa tu adalah amanah dari rakyat Malaysia, andai kita menyalahgunakan akhirat kelak nanti jawablah. Maksudnya guna la biasiswa tersebut kearah perkara yang bermanfaat then pastikan kita tunaikan amanah tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh agar memberi manfaat untuk membangunkan negara nanti.
Kontrak
Of course, JPA ada kontrak, tidak pasti ianya keburukan atau kebaikan, seandainya anda dipanggil untuk bekerja dengan JPA, kita harus wajib ikut walaupun kita dah bekerja swasta gaji beribu-ribu selagi belum tamat kontrak. Saya pun tak pasti berapa tahun. Lupa. haha
Apapun,belajarlah bersungguh-sungguh ya. InsyaAllah, skor awal dapatlah biasiswa. Fikir baik-baik, tentang masa depan. Barang siapa berusaha, Allah akan permudahkan jalannya.
p/s:
Pembaca lain ada info tambahan sila kongsikan di ruangan komen ye.Terima Kasih