Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Wednesday 15 October 2014

Kahwin : Pasangan lebih muda, lebih tua atau sebaya?

Assalamualaikum W.B.T

Ting tong! Post menjenguk kembali dan kali ini berkenaan kahwin. Aduh. Tak layak sungguh untuk membicarakan hal ini. Tak ape, oleh kerana ianya persoalan yang muncul dari pembaca yang tidak dikenali jadi saya cuba acah acah matang untuk memberikan pandangan mengenai ciri-ciri pasangan mengikut usia yang dirasakan prefer:
lebih muda ke? lebih tua ke? atau sebaya? 
Dan saya diminta untuk mengupas dengan sediki islamic side. Saya cuba. Saya cuba. InsyaAllah. (dengan muka penuh yakin)


Arghhh, sukarnya nak menjawab. Segan pun ada. (Eleh, ye sangat segan).  Tapi takpe, saya cuba kupaskan dari segi kelebihan ciri-ciri masing-masing sebab setiap perkara tu ada kelebihan pro dan kontra. Dan itu normal.

Pasangan lebih muda :
Saya berpendapat bagi mereka yang ingin habiskan masa dengan study dan pembentukan komitmen kerjaya yang kukuh, mencari pasangan yang lebih muda menjadi solusi utama kerana semestinya pasangan sebaya mahupun lebih tua sudah berpunya ketika anda sedang sibuk membina empayar kerjaya dan pelajaran anda.Nak bermanja-manja pun boleh. Ewwww.

Pasangan lebih tua :
Kelebihannya adalah dari sudut ekonomi dan faktor kematangan. Kebiasaannya pasangan yang lebih tua mempunyai sudut kerjaya yang kukuh serta mempunyai pemikiran yang matang atas faktor-faktor pengalaman yang telah ditempuhi selama ini. Seandainya sifat ego dapat ditangkis maka InsyaAllah tetap bahagia.

Pasangan sama umur:
Saya memandang dari sudut saling memahami kerana mostly kebanyakan pasangan sebaya ini adalah terdiri dari rakan sekelas, rakan sekuliah, rakan seuniversiti, rakan sepersatuan ataupun sebagainya. Maka proses perkenalan tu berlaku lebih lama. Cuma, mungkin ada masalah penerimaan pasangan masing-masing setelah ''diri'' sebenar timbul setelah perkahwinan.

Tapi sebenarnya itu hanya pandangan random. Ok secara direct to the point. Saya tidak menjadikan usia itu sebagai faktor utama dalam memilih pasangan kerana usia itu sekadar angka, bukan pengukur kematangan seseorang. Apatah lagi jika perbezaan umur hanya sekadar 2 atau 4 tahun sahaja masih saya anggap sebagai sebaya dan setaraf. Memang tak jadi faktor lansung. Eh, bukan saya cakap. Rasulullah SAW yang bagitahu. 

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya, 
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.
Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."
(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)


Maka dengan itu, tak payahlah nak mengambil kira sangat faktor usia ni. Cuma sekadar angka yang tertera pada kad pengenalan sahaja. Lagi satu, janganlah tersalah faham yang saya tulis ini hanya khas untuk perkahwinan. janganlah dijadikan tips untuk mencari pasangan bercinta plak. Oit. Apa yang penting bukan mencari, tapi persiapkan diri kita.
Faham kan? hehe

p/s: Pembaca-pembaca ni suka minta pandangan pasal kahwin. Meraka tidak tahukan diri ini jejaka pemalu yang sentiasa Lone ranger hingga bayang-bayang perkahwinan pun masih samar-samar. hehe.

Tuesday 14 October 2014

Tulisan Blog Dari Hati

Assalamualaikum W.B.T

Amboi, tajuk seakan-akan menggambarkan sang penulis seorang yang berjiwa kaca. Tampak keras tapi mudah pecah. Owh, semestinya tidak. Tidak. Saya berhati kering tapi bila fikir dosa-dosa yang menggunung sayu juga hati. Doakan diri ini bebas dari kegelapan hati sebagaimana para pembaca. Amin.

Ok, sila tinggalkan side pengenalan, tulisan kali ni, saya ingin berkongsi tujuan kenapa tulis blog.
Kenapa ye?
Pada awal ''penubuhan'' blog ni, ianya bertujuan sekadar mengisi masa lapang selepas SPM. Namun, pada peringkat pertengahan, niat mula berubah untuk ''mengumpul' follower sebagaimana blogger-blogger lain.
Cis. 
Biasalah, mahu tulisan dibaca dan dihargai. Namun tetap je hambar. Tulisan tak menarik. Kalau tak percaya, tengok tulisan saya pada awal penubuhan blog. Syok sendiri dan kurang matang. Sengaja saya biarkan untuk saya renung kembali siapa saya dahulu.

Segala-galanya berubah seiring dengan waktu.
Alhamdulillah, seiring dengan peningkatan umur dan sedikit matang, saya ula menukar gaya penulisan, lebih kearah perkongsian santai dan separa sempoi dan skema. Eh ye ke?.
Tujuan blog mula beralih kepada perkongsian mengenai Engineering, Life student Universiti, sedikit tips motivasi dan sebagainya.

Enjoy.
Semua yang ditulis bukanlah disasarkan kepada pembaca kerana saya tahu, kalau post-post biasa seperti ini, range pembaca hanyalah dalam kalangan 100-200 pembaca sahaja berbanding post-post ilmiah yang lain. Cuma, tulisan ditulis adalah lebih kepada nasihat terhadap diri sendiri. Blog bukan diari. So tidak saya catatkan seakan-akan ianya diari. Sekadar olahan kisah yang dijadikan nasihat buat diri dan pembaca.

InsyaAllah moga perkongsian sedikit datangnya dari blog ini mampu menyumbang sedikit saham akhirat buat saya. Suka menulis tapi masa seakan tidak mengizinkan. Ini pun menaip sebab kelas takde je. Kalau tak, menghadap assignment je memanjang. Moga Allah Redha.

Wednesday 8 October 2014

Bila Cinta Kosong Singgah

Assalamualaikum W.B.T

Niat dihati ni, tidak mahu saya menulis sebarang entri berkaitan cintan-cintun ini. Bukan gaya ikhwah yang qawiy(kuat) ni. Namun, disebabkan ada persoalan-persoalan dari sahabat dari alam maya mahupun dialam realiti selalu cuba untuk menjenguk hati.



" Bagaimana cara yang terbaik bila jatuh cinta? "

First. Kahwin je la.

'' Amboi, nak je tapi masa masih belum mengizinkanlah "

Alhamdulillah, ramai yang sedar tapi berperang dengan diri sebenarnya. Berperang untuk memendam rasa cinta pada kepada seseorang yang disukai. Sedikit sebanyak saya memahami, sebab saya juga manusia dan itu perkara normal. Dush. Bagi saya, kalau masa masih belum mengizinkan , jalan terbaik adalah pendamkan.
Pendamkan tapi jangan tidak meluahkan.

"Huh, berbelit sangat tu bro"

Ok, cenggini ceritanya, pendamkan perasaan itu dari manusia, tapi luahkan lah pada yang mengurniakan rasa itu, tak lain tak bukan Allah S.W.T. Setiap apa yang dikurniakan itu adalah ujian. Ujian untuk kita lebih kuat menghadapi dugaan yang akan datang. Itulah tanda Allah S.W.T sayang kepada kita. Anehnya, kita lebih cenderung untuk luahkan pada manusia terlebih dahulu. Bukan tak boleh,tapi mereka hanya mampu untuk melegakan hati kita sementara dengan sedikit nasihat samaada nasihat yang diberikan memberi kesan positif atau negatif.

"Bila dah terlanjur mencintai bagaimana bro?"

Berdoalah, bersujudlah kepada Allah S.W.T, mohon diberikan kekuatan untuk menangkis godaan atau dugaan yang mendatang. Bila bertemu, buat perkara seperti biasa, InsyaAllah seandainya tidak dilayan perasaan itu, Allah akan gantikan perasaan cinta itu kepadaNya.

Saya juga insan yang pernah ''berperang" dengan perasaan. Saya juga mengerti apa itu menahan rasa. Tapi, Alhamdulillah saya neutralkan balik. Semuanya kerana Allah kurniakan sahabat-sahabat saya disisi untuk saya zahirkan rasa berkasih sayang ukhwah kerana Allah.
(InsyaAllah dalam proses membaiki hati yang hitam sangat ni)

Akhir kata
"Cinta itu indah, jangan jadikan ianya satu penderitaan kerana pilihan untuk indah dan derita ditangan kita. Keluarkan cinta kosongmu kawan. Dapatkan kembali bila ia sudah penuh dengan iman"