Thursday, 21 January 2016

Canang Hebat

Nampak versatil, canang hebat.

Satu susuk manusia yang dipandang gah.
Diangkat mulia dilambung-lambung.
Seolah-olah dirinya tiada berdosa.
Apa kau tahu isi hatinya?

Kau cuma melabel.
Cantik kau kata bagus.
Hodoh kau herdik.
Sedangkan bekalan peluru kamu di kotak berskrin,
Dengan senjata ampuh senapang keyboard.

Hari ini aku dipuja hebat.
Esok aku dihina.
Siapa tahu?

Tuhanlah.

Thursday, 7 January 2016

Kenapa masih “forever alone”?

Seiring dengan peningkatan umur, saya semakin kerap terdedah dengan kisah-kisah persahabatan yang lebih menjerumus kearah perkahwinan. Ye la rasanya itu normal, teman serumah seorang sudah berkahwin, 3 orang merancang pertunangan dan yang lain semuanya mempunyai calon-calon pilihan hati masing-masing.

Sementara itu saya masih mereput forever alone dan mengekalkan status single not available dalam keluarga rumah sewa kami. Tapi, saya bahagia. Hehe. Bahagia dengan limpah kasih sayang tidak putus dari keluarga dan sahabat-sahabat .

Saya pernah diaju persoalan, “sudah tahun akhir, kenapa forever alone”?

Jawapan cliché semestinya:
Belum bersedia.
Tak jumpa yang sesuai.
Belum tiba masanya.

Dan sebenarnya, tiada yang salah alasan atau lontaran justifikasi yang diberikan. Dalam kehidupan, setiap orang ada misi dan visi yang mana pengorbanan perlu dilaksanakan untuk mencapai sesuatu yang telah menjadi target kehidupan. Adakah beradanya seseorang wanita membantut perjalanan misi & visi bagi seseorang lelaki?

Saya jawab YA selagi mana tiada ikatan yang sah antara lelaki dan wanita kemudian saya dilempar lagi persoalan yang lain iaitu “habis tu kenapa tak berkahwin? Bukankah isteri menjadi pemangkin visi & misi target hidup kamu?”

Masa. Sehebat mana pun pesona seorang wanita yang hadir, mana mungkin beliau menewaskan masa bukan? Ceh. *Kecuali umi saya, masa sentiasa cemburukan saya saat berada dengan umi. Hehe. 

Dalam merancang sesuatu setiap perkara perlu dikukuhkankan dengan time frame. Begitu juga perjalanan hidup, setiap perancangan perlu ada kerangka masa tersendiri dan dalam kerangka masa saya sebarang komitmen hati tiada dalam aturan menyebabkan saya terus memandang ke depan sehinggalah komitmen hati berada dalam kerangka masa yang betul. Dalam konsep engineering atau management sekalipun, menunjukkan planning along with time base adalah konsep perancangan yang ideal.

Tapi, siapa saya untuk mengubah perancangan Tuhan. Bukankah Allah S.W.T itu sebaik-baik perancang?.

Fire up with the life challenges