Nampak versatil, canang hebat.
Satu susuk manusia yang dipandang gah.
Diangkat mulia dilambung-lambung.
Seolah-olah dirinya tiada berdosa.
Apa kau tahu isi hatinya?
Kau cuma melabel.
Cantik kau kata bagus.
Hodoh kau herdik.
Sedangkan bekalan peluru kamu di kotak berskrin,
Dengan senjata ampuh senapang keyboard.
Hari ini aku dipuja hebat.
Esok aku dihina.
Siapa tahu?
Tuhanlah.
Thursday, 21 January 2016
Thursday, 7 January 2016
Kenapa masih “forever alone”?
Seiring
dengan peningkatan umur, saya semakin kerap terdedah dengan kisah-kisah
persahabatan yang lebih menjerumus kearah perkahwinan. Ye la rasanya itu
normal, teman serumah seorang sudah berkahwin, 3 orang merancang pertunangan
dan yang lain semuanya mempunyai calon-calon pilihan hati masing-masing.
Sementara
itu saya masih mereput forever alone dan mengekalkan status single not
available dalam keluarga rumah sewa kami. Tapi, saya bahagia. Hehe. Bahagia dengan
limpah kasih sayang tidak putus dari keluarga dan sahabat-sahabat .
Saya pernah
diaju persoalan, “sudah tahun akhir, kenapa forever
alone”?
Jawapan cliché
semestinya:
Belum
bersedia.
Tak jumpa
yang sesuai.
Belum tiba
masanya.
Dan
sebenarnya, tiada yang salah alasan atau lontaran justifikasi yang diberikan.
Dalam kehidupan, setiap orang ada misi dan visi yang mana pengorbanan perlu
dilaksanakan untuk mencapai sesuatu yang telah menjadi target kehidupan. Adakah
beradanya seseorang wanita membantut perjalanan misi & visi bagi seseorang
lelaki?
Saya jawab
YA selagi mana tiada ikatan yang sah antara lelaki dan wanita kemudian saya
dilempar lagi persoalan yang lain iaitu “habis tu kenapa tak berkahwin?
Bukankah isteri menjadi pemangkin visi & misi target hidup kamu?”
Masa. Sehebat
mana pun pesona seorang wanita yang hadir, mana mungkin beliau menewaskan masa
bukan? Ceh. *Kecuali umi saya, masa sentiasa cemburukan saya saat berada dengan
umi. Hehe.
Dalam merancang sesuatu setiap perkara perlu dikukuhkankan dengan time frame. Begitu juga perjalanan
hidup, setiap perancangan perlu ada kerangka masa tersendiri dan dalam kerangka
masa saya sebarang komitmen hati tiada dalam aturan menyebabkan saya terus
memandang ke depan sehinggalah komitmen hati berada dalam kerangka masa yang
betul. Dalam konsep engineering atau management sekalipun, menunjukkan planning
along with time base adalah konsep perancangan yang ideal.
Tapi,
siapa saya untuk mengubah perancangan Tuhan. Bukankah Allah S.W.T itu
sebaik-baik perancang?.
Fire up with the life challenges |