Sunday, 26 February 2012

Sebelum DUA syarat...



Assalamualaikum W.B.T....


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi masih diberi nikmat kehidupan sebagai seorang perantau. Semoga diri ini dapat memanfaatkannya utk mencari bekalan ke akhirat.
Mengenai tajuk entri kali ini, ia bermula sewaktu aku berada dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kolej Matrikulasi Selangor. Seperti biasa , aku duduk di sebelah sepupu aku Harun Hazim Zakaria. Biasanya naik bas terus tidur tapi kali ni, x terlelap pula dia ni.



“Wei, gane termenung tu, teringat sapo?” Aku memulakan bicara melihat shabatku itu termenung memandang ke tingkap. “xdop eh, aku letih sikit, tunggu nak terlelap jah” balasnya. “haha, aku ingat teringat ke gewe mano td”  aku bergurau lagi. Sebelum dia membalas gurauan, aku terus membuka soalan cepumas “guane x dop bknan ke sapo2 ke?”

                            Inilah sepupu kawe di matrik..haha

Tanpa bersuara beliau menghulurkan phonenya kepada aku. “baca mesej ni” katanya ringkas.

Daripada kakaknya rupanya....
Kata kata dari SMS tersebut tidaklah aku ingat 1 persatu cuma ulasan daripada kandungan SMS tersebut sampai sekarang masih aku ingati.

Apa yang aku boleh ulaskan adalah kita sebagai remaja memang sinonim dengan percintaan, sekuat manapun kita lari daripdanya, kita tidak mampu utuk melawan fitrah.Ya memang benar ,ramai remaja tewas kerana hanyut dalam fenomena percintaan. Nak bercinta? Boleh je tapi kena ada 2 SYARAT. Sebelum 2 SYARAT tersebut, tidak  perlulah kita khayal dibuai dengan manisan sebuah percintaan. “ There are 2 CONDITION if you want to love someone,It is 1.Right Person and   2.Right time” , wah  mendalam sungguh sebenarnya kata2 itu. Kadang2 kita mungkin telah menemukan “right person” namun adkah kita memenuhi syarat ke 2 iaitu  “right time”????

Dari situ aku mula  terfikir sekarang ini bukan masanya untuk aku mencari "isteri"  sedangkan ilmu didada pun masih penuh kekosongan apakah lagi untuk mengisi ilmu kepada seorang wanita. fikir2kan lah.....semoga para pembaca memperolehi menfaat walau sedikit dari entri ini..amin..
.

Sekian...
p/s : kredit to harun hazim..
        tulisan bold  adlah loghat kelantan

Friday, 24 February 2012

VERSUS ORGANIC CHEMISTRY???


VERSUS ORGANIC CHEMISTRY

Terkebil kebil aku memandang ke arah buku tutorial dimana 40 minit berlalu tanpa aku menyentuhnya.Soalan pasal organic Chemistry lagi... Aduh, kenapa la sukar sungguh untuk aku “jatuh cinta” kepada Organic Chemistry. Cyclohexene,Methlbenzene, Halogenation, dan lain lain definisi  cukup memeningkan kepalaku.Memang sejak aku berada di Tingkatan 5 lagi, memang subjek yang ada kaitan dengan biologi walaupun sedikit agak sukar untuk aku follow up  

                           


Namun Alhamdulillah aku telah terpilih mengikuti program KIMI’O’ iaitu program khas untuk para pelajar bagi menguasai  Organic Chemistry. Harus aku akui, memang banyak input yang aku perolehi daripada seminar tersebut. Namun hati ini  lebih berat untuk menerima kehadiran Organic Chemistry dalam kehidupan ini.



Puas aku berfikir apakah punca aku sukar menerima Organic Chemistry, nak kata disebabbkan aku merupakan jurusan modul2,itu tidak boleh dijadikan alasan sebab kawan2 seperjuangan dari modul 2 tiada menghadapi masalah seperti aku.Tapi apa yang aku perasan kebanyakan kawan2 yang mengambil jurusan modul 3 majoriti tidak menghadapi masalah dalam belajar Organic Chemistry



Apa yang merungsingkan hati ini apabila aku cuba menjawab kuiz Organic Chemistry tempoh hari, berapa percent sahaja yang dapat aku “conteng” di kertas soalan selebihnya blank. Aku pernah menyatakan kepada lectturer Tutorial mengenai masalah aku, katanya masalah utama aku adalah mindset dan malas membaca.Bila difikirkan balik, ada betulnya juga kata kata beliau. Saat itu juga aku teringat kata2 Umi di kampung  yang juga merupakan guru kimia sekolah menengah. “Organic Chemistry menarik untuk dipelajari, Cuma rajinkan diri unuk membaca la sikit”.



So, ak patut sedar aku mampu melakukannya jika ada orang mempercayai aku mampu “menewaskan” Organic Chemistry, knapa pula aku sendiri tidak meyakini diri sendiri.....Dan dari sini lah aku tetapkan minda aku untuk “tewaskn” Organic Chemistry”.. semoga aku berjaya..


Oleh itu, semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada insan2 yang membaca kerana nukilan diri selama ini sentiasa ada yang tersirat utk manfaat kepada para pembaca kerana kita umat islam digalakkan melakukan kerja bermanfaat seperti kata sebuah hadis yang bermaksud “ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “daripada kebaikan islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat baginya” (Riwayat al-Tirmizi)

Monday, 6 February 2012

Kronologi Pertemuan Sahabat –road to sunway n PALAM-


Bagi entri kali ini, aku hanya ingin berkongsi mengenai pertemuan aku dengan sahabat sahabat sekolah menengah aku dulu. Kata orang tiada yang indah melainkan sebuah pertemuan.Begitu juga dengan aku, pertemuan dengan sahabat sememangnya tidak jemu melihat pelbagai karenah yg mengukir senyuman.

Semuanya bermula pada tarikh 28 Januari 2012 , sedang aku asyik berada dalam bas dari Kelantan ke Kolej Matrikulasi Selangor, mengelamun aku sendirian teringat memori lama teman teman seperjuangan di sekolah dulu.Tiba2 lamunan aku dikejutkan dengan sapaan rakan disebelah “eh, mggu depan balik 5 hari, balik kelantan dop?” aku berfikir sejenak sebelum menbalas pertanyaan “hmm, xkan la nak balik , kan baru je balik ni”.. Dan terus aku mendapat satu idea, apa kata kalau aku adakan satu pertemuan dengan kawan2 lelaki sekolah dulu. Mungkin selama ni aku sibuk di Matrikulasi menyebabkan aku tidak sempat bertemu dan berutus khbar dengan kawan2 walhal hati ini sentiasa merindui (jiwang tuh) J Sejurus tamat midsem exam terus aku mengapai telefon bimbit “Assalamualaikum, hello, jom pergi sunway?”
                            Tempat yang dituju: hanya mampu melihat je..hehe

Tarikh 3 februari 2012, aku berangkat ke Universiti Puncak Alam (PALAM) bagi memudahkan perjalanan untuk ke Sunway keesokan harinya. Sesampainya disana, phone di poket seluar berdering, nama “miyoe” tertera di paparan phone . “hello, smpai dop ag mung?” tnya beliau. “smpai doh, duk angsana ni” .Tidak lama selepas itu dari jau aku melihat sahbatku nik miyoe(bakal engineer) tersenyum menyambutku ke bilik beliau. Dari situ, bertemu pula aku dengan LOH (rakan sejawatan BWP dulu) duk mengadap laptop dengan penuh khusyuk. Kemudian aku bertemu pula dengan AQIL (classmate 5B) semasa makan di kafe, namun beliau tidak dpt ,menyertai kami ke Sunway keesokan hari kerana test yg perlu dilaksanakan.Malam pula menjelma, bertemu la pula aku dengan CERAH(gelaran terbaru “madu” yg bermaksud “honey” katanya). Seperti biasa, banyak benda yang diceritakan sehingga larut pukul 3 pagi .

Cerah atau nama sebenar (Asyraf Zahari_hyperactive)


Pagi pula menjelma, kami menghadapi kesulitan dek kerana si CERAH tidur dengan begitu asyik.Pelbagai alternatf dgunakan utk mengejutkan beliau namun hampeh,mungkin gempa bumi baru dia akan sedar (haha). Akhirnya kami dapat juga bertolak ke Sunway Piramid walaupun bas terpaksa menunggu beliau.Sampainya disana , MAEL (ketua batch f5) pula berjaya kami temui, seperti biasa style dia sama mcm dulu, rilek and steady Cuma style rambut agak baru.Seterusnya sementara menunggu geng2 UIA tiba kami mengambil keputusan untu kmengisi perut yang kosong dahulu. (sempat sesat kerana yang menjadi penunjuk jalan adalah CERAH haha).

   Sesat di tempat parking!!                                     
Tidak lama selepas itu, dapat juga bertemu dengan Geng2 UIA yg tiba dengan “tepat” masanya hehe, KERO(dormate sebelah kati mase f4), SYAHMI(classmate 5B,best student), MATWE(gendang expert), DAUH(teman cerita naruto), NAJIB(presiden PRS beribawa). Kemudian kami menuju ke Pusat Bowling bagi memnuhi ruang masa. Aku sempat berjumpa dengan KIMI Shotgun (Footballer sekoalh) yang singgah sekejap. Agak mgecwakan bila mndapat tahu Lane Bowling semua sudah penuh.Mahu x mahu, kami segera ke pusat snuker. Snuker pun snuker la asalkan dapat beraktiviti, at least gandingan aku dengan najib berjaya mengalahkan gandingan matwe dengan Pok Loh haha. Tak dpat dinafikan yang paling expert dalam snuker ni Mael dgn miyoe.


                                 ketibaan sep2 UIA.. Dauh,kerol, mat we, najib, syahmi

Sejurus selepas selesai semuanya, kami seramai 10 orang bertolak ke PALAM bagi bermalam beramai2 disana, suasana agak riuh rendah dengan perbualan bertukar tukar cerita dalam bilik tersebut.Namun, Cerah dengan Loh lansung tak tidur asyik duk main DOTA haha.Kesekona harinya, mael,najib ,syahmi, mat we dan dauh diringi Aqil meninjau di sekitar PALAM . Katanya naik kat atas tangki air. Namun “tangga maut” di PALAM xsempat mereka terokai..haha.. setelah semuanya selesai, kami membuat keputusan utk pulang ke kolej masing2 untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.

Rentetan di SUNWAY Pyramid
                                                       Posing la kononnya blake


                                               Masih sempat membeli buku guna kupon

                                              Best student UIA ni.. bakal dentist dgn Enginner ke?


                                                  Dauh berkata: gane kire bowling pnuh ni?


                                               Syahmi,dauh dgn najib: takkan tgk jah???


 Gambar aku dengan dauh eksyen dengan piala2 yg kami
menangi.
                                              Fokus sunggu najib menyunting bola..

                             Berhenti la main tu, nak sembahyang plop ni.. Katanya abe Keroll

                        Loh steady mcm biasa, Cerah dgn Kerol : 2 Bradik ni pelik2 sopmo..

                                                Najib VS Matwe.. unfinish fight????

                                                   Makan la "colek" tu........


AT PALAM
                                                     
                                                Mael meneliti EXPERIA baru Mad Aqil

                                                         Buas sngoti budok2 ni, 1 katil 4 0wg
                                   Cerah main DOTA: main la mung smpai dop tido>>>



Pengalaman kali ini agak menyeronokkan bagiku, manakan tidak setelah hampir 1 tahun tidak bertemu,akhirnya dapt juga aku bertemu kawan2 lama. Apa yang penting ukhwah sesama sahabat itu terus terjalin seprti juga yang disyariatkan agama Islam. Dan kita digalakkan mengeratkan hubungan persaudaraan Seperti juga yang terdapat dalam potongan hadis yang diriwayatkan daripada Jubair bin Mut’im r.a, Nabi S.A.W bersabda : “tidak masuk syurga pemutus silaturahim”.
Sekian. Wassalam...

P/s : yang tak dpt datang xpo, kita jumpe di lain hari jika tiada aral melintang,semoga   ukhwah terus berkekalan.