Friday, 24 February 2012

VERSUS ORGANIC CHEMISTRY???


VERSUS ORGANIC CHEMISTRY

Terkebil kebil aku memandang ke arah buku tutorial dimana 40 minit berlalu tanpa aku menyentuhnya.Soalan pasal organic Chemistry lagi... Aduh, kenapa la sukar sungguh untuk aku “jatuh cinta” kepada Organic Chemistry. Cyclohexene,Methlbenzene, Halogenation, dan lain lain definisi  cukup memeningkan kepalaku.Memang sejak aku berada di Tingkatan 5 lagi, memang subjek yang ada kaitan dengan biologi walaupun sedikit agak sukar untuk aku follow up  

                           


Namun Alhamdulillah aku telah terpilih mengikuti program KIMI’O’ iaitu program khas untuk para pelajar bagi menguasai  Organic Chemistry. Harus aku akui, memang banyak input yang aku perolehi daripada seminar tersebut. Namun hati ini  lebih berat untuk menerima kehadiran Organic Chemistry dalam kehidupan ini.



Puas aku berfikir apakah punca aku sukar menerima Organic Chemistry, nak kata disebabbkan aku merupakan jurusan modul2,itu tidak boleh dijadikan alasan sebab kawan2 seperjuangan dari modul 2 tiada menghadapi masalah seperti aku.Tapi apa yang aku perasan kebanyakan kawan2 yang mengambil jurusan modul 3 majoriti tidak menghadapi masalah dalam belajar Organic Chemistry



Apa yang merungsingkan hati ini apabila aku cuba menjawab kuiz Organic Chemistry tempoh hari, berapa percent sahaja yang dapat aku “conteng” di kertas soalan selebihnya blank. Aku pernah menyatakan kepada lectturer Tutorial mengenai masalah aku, katanya masalah utama aku adalah mindset dan malas membaca.Bila difikirkan balik, ada betulnya juga kata kata beliau. Saat itu juga aku teringat kata2 Umi di kampung  yang juga merupakan guru kimia sekolah menengah. “Organic Chemistry menarik untuk dipelajari, Cuma rajinkan diri unuk membaca la sikit”.



So, ak patut sedar aku mampu melakukannya jika ada orang mempercayai aku mampu “menewaskan” Organic Chemistry, knapa pula aku sendiri tidak meyakini diri sendiri.....Dan dari sini lah aku tetapkan minda aku untuk “tewaskn” Organic Chemistry”.. semoga aku berjaya..


Oleh itu, semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada insan2 yang membaca kerana nukilan diri selama ini sentiasa ada yang tersirat utk manfaat kepada para pembaca kerana kita umat islam digalakkan melakukan kerja bermanfaat seperti kata sebuah hadis yang bermaksud “ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “daripada kebaikan islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat baginya” (Riwayat al-Tirmizi)

1 comment: