Assalamualaikum WBT…
Bagi entri kali ini aku ingin berkongsi
mengenai salah satu rentetan kehidupan yang dilalui sebagai perantau di dunia
ini. Jika dilihat pada tajuk “si ‘dia’ itu musuh?’, mungkin bunyinya agak
‘kronik’ namun harapan hati ini semoga
tulisan yang serba biasa ini mampu memberi manfaat kepada para pembaca .
Aku mula berdamping dengan si ‘dia’ lebih
kurang 2 bulan yang lepas namun hakikatnya aku sudah lama mengenali ‘dia’ sejak
diri ini masih kecil lagi. Sejak kecil aku tidaklah rapat sangat dengan si
‘dia’, mungkin kerana diri ini masih kanak kanak menyebabkan ibu bapaku
melarang utk berdamping dengannya namun sejurus menuju kedewasaan ,memang
keperluan untuk aku berdamping dengan si ‘dia’ bagi membantu aku dalam menyiapkan
kerja dan assignment.
Sebelum saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah
sekalian tersalah faham dengan istilah si ‘dia’ yang aku gunakan, izinkan ku memperkenalkan
‘dia’ tersebut terlebih dahulu. Sebenarnya ‘dia’ yang dimaksudkan adalah laptop
kepunyaan aku.
Persoalannya kenapa laptop itu menjadi
musuh? Konklusi ini pada asalnya timbul apabila aku sedar diri ini semakin lalai
dan mula lupa asal tujuan aku adalah menuntut ilmu seperti yang aku pegang selama ini. Aku sedar apabila
saya sering bersama laptop melebihi buku buku pelajaran menyebabkan pelajaran
sedikit terabai. Ya, iulah sebab kenapa aku berfikir bahawa laptop itu adalah musuh aku..
Namun, ternyata ianya salah sama sekali,
kerana setelah melihat sesetengah rakan rakan yang menggunakan laptop untuk belajar, mencari
maklumat dan menyiapkan assignment sebagainya aku mula berfkir bahawa teknologi sama sekali
tidak bersalah.
Jadi siapa sebenarnya musuh disini?
Jawapannya adalah kita sendiri atau dengan
kata yang lebih tepat adlah NAFSU kita. Nafsu yang cenderung kearah hiburan
menjadikan kita lalai dan menyalahkan laptop atas kelalpaan diri ini. Ya,
sememangnya tidak salah untuk berhibur, sama sekali tidak salah selagi tidak
melalaikan. Itu yang kebanyakan orang selalu cakap. Namun kuatkah iman kita
mengatasi cenderung hiburan ini. Saya akui, saya sendiri tidak sekukuh itu.
Bagaimana nafsu menipu kita untuk cenderung kearah menyalahgunakan laptop jauh dari tujuan asal..Berdasarkan
pengalaman aku, akhirnya aku temui seperti berikut………
GAMES -DOTA terutamanya.....
LAGU-hiburan melebihi had
MOVIE- menjadi kebiasaan aktiviti hujung minggu plajar IPT
INTERNET- kata orang, menjadi nadi students
Jadi ,sama samalah para pembaca termasuk diri aku sendiri utk renung2 kan supaya tidak memakan diri. Setiap perkara masih belum terlambat seandainya kita mahu untuk mengubahnya......
salam....
No comments:
Post a Comment