Entri kali saya ingin kongsikan mengenai pendedahan penghinaan terhadap AlQuran yang saya perolehi daripada seorang ustaz yang merupakan guru pendidikan Islam di sekolah saya dulu melalui perkongsiannya di Facebook. Saya bukanlah insan yang terlalu baik tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab untuk berkongsi buat semua untuk dijadikan iktibar.
Lihatlah betapa kejinya manusia zaman kini, dan lagi sedih bila mendapat tahu si pelakunya adalah umat islam sendiri.Semoga diberikan petunjuk kepada insan yang melakukan ini.
BILA IMAN YG LEMAH DAN SYAITAN MENGUASAI DIRI....
Antara perkataan yang tertulis ialah “Qalam Laknat”, “Aku benci Islam”, “Kehidupan Celaka”, “Hang memang Tak Adil”, “Siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa”, “Aku bosan dengan babi jahanam”, “Keluarga Setan”, “Kenapa jodohkan aku dengan laknat”, “Kalimah anak haram”, “Aku benci jantan haram babi” dan banyak lagi perkataan yang bersifat menyalahkan takdir Allah SWT.
Di samping perkataan-perkataan yang di tulis di muka surat Al-Quran tersebut juga didapati kesan guntingan oleh pihak yang berkenaan.
"Naskah Al-Quran tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi yang juga pengumpul barang terpakai di dalam tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra pada hari Khamis iaitu 12 Jun antara jam 10.00 pagi dan menyerahkan kepada salah seorang Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA pada malam kelmarin (18 Jun) untuk di ambil tindakan sewajarnya” ujarnya lagi.
Rata-rata peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA merasa terharu dan marah dengan tindakan yang dianggap biadap dan hilang pertimbangan yang waras oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Dunia di pengakhiran zaman........
renung2kanlah......................................
Astagfirullah allaziem..semoga saja Allah memberi ampunan..amien..salam ukhuwah dari INDONESIA
ReplyDeleteSalam ukhwah ya saudara..
DeleteSemoga kita dilindungi Allah S.W.T
bila diri dah tak ada panduan mcmni la jadinya..nauzubillah
ReplyDeleteTu la..mitak kita sentiasa diteguhkan Iman oleh Allah S.W.T
Deleteterkejut! tak sangka ada juga manusia yg berfikiran cetek, moga2 diberi hidayah , insyaALLAH .
ReplyDeleteAmin..semoga kita turut mengambil iktibar daripada peristiwa ini
DeleteAstagfirullah ! Semoga Allah membuka hatinya untuk bertaubat
ReplyDelete