Assalamualaikum...
Perkongsian kali ini terdetik setelah saya menjumpai lampiran kerja kursus Pendidikan Sivik semasa saya mengemas rak buku yang agak bersepah pada petang tadi. Dari segi tajuk post kali ini, bunyinya agak skema kan?
"selama ni pun kau memang bagi tajuk skema pom".... hehe
Tak kisah la skema ke tak.. yang pasti setiap apa yang kita lalui itu mempunyai kenangan yang agak menarik.. dan rasanya tak salah untuk dikongsikan bersama. Jom tengok sepintas lalu.....
Kumpulan "BERSIH BERSIH SERVICES"
CEO:PiDin Manager:Pijoe Tools preparator: Baha
Information&Research : Mat deeb Secretary:Mat Jey
Secara jujurnya kami sememangnya buat kerja last minit. Kerja kursus ni berkenaaan dengan Khidmat Masyarakat yang patut dijalankan dalam masa 4 bulan. Tapi.. seminggu dateline pun kami belum sentuh apa apa khidmat masyarakat.. Maka.. terpaksa la auta... hahahaa
Kami membersihkan tandas supaya kelihatan kemas (kononnya) hehe
Ya.. dalam gambar memang nampak bersemangat.. tengok tu, khidmat membersihkan katil pun ada padahal yang sebelum dan selepas tu adalah terbalik.. haha (kenakalan dalam menipu)
Tapi, kami tidak perlu risau kerana mempunyai sahabat sahabat yang telah kami "sogok" hahaha
lihatlah komen komen mereka..haha
So agak agak macamane la agaknya keputusan kerja kursus ni? hmmmmm
Alhamdulillah.. A+ wooo.... Tapi memang kami tak boleh dijadikan contoh la.. Sebenarnya cikgu pun dah tahu auta cuma kata cikgu walaupun penulisan kami agak auta namun kerja kerja yang kami lakukan adalah real malahan pendokumentasian kami agak menarik . So kira ok la kan...
Apa yang pasti ia menjadi pengajaran yang menarik buat saya...
Sekian ,Terima Kasih.................
haha. rasenye banyak je group yg auta wat folio nih. hah
ReplyDeletememang pom.... nsb baik auta dot A plus jgk..haha
ReplyDelete