Assalamualaikum W.B.T
Sudah lama tak update blog, maklumlah sibuk denagn pelbagai
kerja (Memang ayat ni selalu orang pakai bile dah lama tak update blog haha).
Apepun diri ini tiada alasan yang lebih khusus kenapa jarang update blog melainkan 5 perkataan iaitu MALAS
.
Pembaca akan berkata: Bile mase mung rajinnye?
Ok,saya faham. Baiklah tanpa membuang masa dengan coleteh
mengarut lagi, entri ini diteruskan dengan tercetusnya idea bila saya tiba tiba
terimbas gambar gambar lama di telefon lama. Telefon baru tak banyak gambar sangat.
Pembaca akan berkata: Point dia sebenarnya nak cakap beli
phone baru sebenarnya....
Ok, sorry haha. Oleh itu tiba tiba terdetik untuk berkongsi
kenangan bersama sahabat dalam 2 pengembaraan kami yang bertajuk “Detik di
Kuala Lumpur” dan “Kolam Renang Itu” . Cewah ada tajuk tu..macam la grand
sangat.
Pengembaraan 1 ; “Detik DI Kuala Lumpur”
Oleh kerana ini satu catatan maka perkataan “aku”
digunakan...boleh ye?
Ia bermula semasa aku dan 2 sahabat Payeh dgn Harun terpaksa
pulang awal ke kolej untuk persiapan Kakom. Oleh kerana si Payeh inginkan
pengalaman baru kami tempah tiket kapal terbang dgn harga yang agak berpatutan.
Kapal terbang Air Asia. Tengoklah muka muka gembira tu, kami kan jarang bertemu peluang gini .
Sampainya disana lebih kurang pukul 8 malam... maka setelah
menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Hajat di hati nak
tidur je di KLIA.. tapi bab kata org kelantan “tak dop gamok” tidur situ.Kami
pergi la ke ibu kota mencari tempat untuk menginap semalam. Tapi masalahnya
sampai je di Brickfield kami sesat(terima kasih kepada GPS Harun) haha. Nak
cari monerel tup2 sampai depan gereja. Nasib baik akhirnya terjumpa juga stesen
menorel yang rupanya hanya persebelahan dengan stesen bas tempat kami
berhenti,hampeh.
Maka kami pun mulakan “round” sekeliling KL........
Hop ni la Payeh..menikmati mandian di hotel 3 bintang
Gambar candid di Eskulator mat harun
Pengembaraan 2 ; “Di kolam Renang itu”
Kali ni aku bersama 4 orang lagi sahabat iaitu iming,paih, ali samadi, dan payeh ke kolam renang di Shah Alam. Kononya pergi dengan bersemangat berkobar kobar untuk berenang tapi bila sampai sahaja.. semangat kian pudar air dalam weh! Tapi hero kan tidak mengalah.. beli google untuk menyelam dah ni..teruskan je la mandi tuh..
Ini lah sorotan aktiviti kami..
Satu Malaysia Letih sangat main air sampai tido
Banyak lagi gambar tapi agak tidak sesuai takut mendedahkan aurat.. tidak molep la kan...
Begitulah serba sedikit sorotan pengalaman baru yang saya dapat berada di ibu kota leboh kurang tidak sampai setahun. Pengalaman ni sememangnya sangat berharga. Banyak lagi peristiwa menarik disini cuma jika mahu dikongsikan buat masa ini masih tidak sempat.Apepun terima kasih buat shabat sahabat yang sudi meluangkan masa. Semoga persahabatan ini kekal.InshaAllah..
Buat sahabat sahabat hop lain jangan rasa terpinggir.. Nanti ambo datang dengan entri kenangan yang lain..terutamanya kawan kawan yang selalu lepok bilik ambo tak lupa juga budak2 SM2K1P5..
Sekian sahaja perkongsia kali ini.Sekian.
bare jadi.. trutamonyo miyo...
ReplyDeletedio jadi sopmo ..haha
ReplyDelete