Pastinya akan ada insan yang beremosi seperti ini jika SMS yang dikirimkan tidak berbalas tidak kiralah samada SMS yang dihantar itu kepada ahli keluarga, sahabat, dan lebih lebih lagi teman istimewa. Ye la, nak taip SMS tu susah hingga berpeluh peluh dan banyak masa yang telah dikorbankan untuk menaip SMS dengan penuh jiwa raga tersebut namun tiada balasan...
Memang marah kan!
Kata kata penulis: "Ya,aku tahu ayat aku terlalu hiperbola dan agak sarcastic hehe"
Wah begitu beremosi sekali ya si penghantar mesej ni. "Memang kami emosi" Tapi kenapa emo sangat?
Ye la,kadang kadang yang menghantar mesej tu berjam jam dengan telefon hinggakan nak makan, mandi , buang air besar pun bawak masuk bersama (bukan aku haha) . Tup-tup hampa mesej tidak berbalas.
Apa lagi bila hati bercampur frust dan emosi terus buat status kat Facebook macam ni...
Yang mung rase stupid tak tentu pasal kenapa? Haha. Chill out la.. SMS je kut. Bukan masalah besar pun. Saya dulu pun kadang kadang macam ni jugak..Emosi tak stabil zaman remaja .Tak matured la katakan (bajet kau matured sgt la skg) . Apepun saya akui la, diri sendiri pun tergolong dalam insan yang jarang jugak reply SMS lebih lebih lagi orang yang tak dikenali. Dan bila mesej yang tidak berbalas tu, rase rase ape perlu korang buat?
THINK POSITIVE LA...
Contonya..bila SMS tak berbalas terus letak mindset anda macam ini:
Mungkin beliau kehabisan kredit
Mungkin beliau seorang yang tidak suka berSMS (wujud tau orang macam ni)
Mungkin cara korang taip mesej tu macam "eeuuuu"(menggelikan maybe)
Mungkin beliau sibuk dengan aktiviti harian
(itu normal)
Mungkin anda terlalu kerap hantar mesej kepada beliau (kalau aku pun menyampah kut)
Dengan berfikiran positive takdelah korang emosi sangat, lagipun agama Islam situ sendiri menggalakkan penganutnya supaya berbaik sangka kepada saudara seagamanya. Tak gitupara pembaca sekalian ?
Namun jika sahabat atau kenalan anda itu tiap tiap masa anda tengok bersama phone berbalas SMS dengan teman istimewanya, tapi mesej anda lansung tak dibalasnya..
Maka mungkin sahabat anda itu layak dibelasah (gurau je weh) haha
Apepun buang yang keruh ambil yang jernih la ye..Dari menaip dan membaca SMS baik la lebihkan untuk membacaAl Quran...
P/S:Pesanan untuk diri sendiri tu......
No comments:
Post a Comment