Sunday, 29 July 2012

"Eleh, exam aku buat bodo-bodo je"

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ini ingin aku ceritakan satu kisah benar yang berlaku yang mana aku rasa boleh dijadikan ikitibar buat pembaca terutamanya yang bergelar pelajar.

Flashback sebulan yang lepas(bayangkan je la ade muzik)

Masa tu, aku ke stesen bas mencari ape entah aku lupa. Kemudian tiba tiba aku disapa seseorang seusia dengan aku. "Kau ni bekas student matrik kan?" beliau bertanya . Sebenarnya aku pelik jugak macammane boleh dia tahu.Rupenya sebab aku pakai T-shirt matrik Selangor. Kami pun mulahlah berbual agak panjang jugak la.Kebiasanya ex student matrik ni suka bercakap pasal result.

"Aku mase sem 1 dapat 3.7,tu pun tak study sangat" Beritahu beliau tanpa aku bertanya. Aku ni kagum la dengan result dia sebab insan macam aku ni perlukan usaha yang menggunung untuk capai tahap tu,Kalau student 4 flat memang la  selamba je kalau dia dengar result macam tu hehe. Kemudian dia menyambung lagi "Tapi sem 2 aku dapat 2.7 je tu pun aku buat cincai je, eleh , exam aku buat bodo-bodo je" . Aik, ade jugak macam ni, aku pun tanya la kenape buat cincai? Dengan selambanya dia jawab "Aku dah ada kabel untuk masuk UTM dan aku yakin dngan sijil Debat kebangsaan , aku boleh masuk punye". Speechless aku dibuatnya hehe. Tapi aku cool jugak ,ye la, nak buat macammane rezeki seseorang memang sudah ditetapkan.(Padahal jeles hehe)

Sebulan kemudian result kemasukan ke universiti keluar.Dan menjadi kebiasaan jugak buat bekas student matrik untuk mengucapkan tahniah buat sahabat yang berjaya mendapat tawaran.Aku teringat la mamat yang tegur aku kat stesen bas sebelum ni sebab dia pun dah add aku dekat facebook . So, aku tulislah "tahniah dapat UTM" dekat wall dia. Selang 2 hari kemudian aku bace la komen beliau "Takde la, aku tolak tawaran UTM sebab aku ambil Unimap dekat sikit dengan rumah datuk aku"
Ok fine.Speechless lagi aku dibuatnya hehe.

So, jika korang faham apa yang aku cuba sampaikan Alhamdulillah. jika tidak, meh sini nak huraikan hehe. Macam ni kadang kadang ramai jugak diantara kita ni tidak menggunakan kelebihan dengan ape yang dianugerahkan Allah. tengoklah mamat tadi.Beliau dianugerahkan otak yang pintar tapi tidak menggunakan dengans sebaik mungkin.Ya,memang normal bagi manusia bila jalan pintas sudah ada, pastinya tidak pandang terus jalan yang jauh. Sepatutnya sudah ada jalan pintas gunalah sebaik mungkin. Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil sesuatu perkara tetapi Allah memandang usaha yang dilakukan hambaNya dalam mendapatkan sesuatu hasil.

Sekian.

p/s:Sijil Kebangsaan sekalipun tak kan membantu jika result tidak mencapai taraf. :)


8 comments:

  1. gud luck 4 ur exam kwn...

    jom dtg sini plak

    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2012/07/maafkan-aku.html

    ReplyDelete
  2. HAHA ada 2 benda yang kelakar dekat sini.
    1. "So, aku tulislah "tahniah dapat UTM" dekat wall dia" , sebenarnyaa ayat tuh makan dalam sebab tak tahu lagi dea dapat mana kan .
    2. "Takde la, aku tolak tawaran UTM sebab aku ambil Unimap dekat sikit dengan rumah datuk aku" , best quote ever lah. ni pulak ayat macam hmmm , ayat orang cover :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story.. study la walaupun pandai haha

      Delete
    2. haha.. no komen la..

      Delete
  3. study wpun pndai, betul tu, tp prlukan practice n kecekalan yg tiggi u ubah tabiat malas study tu, ape pun, kegagalan boleh mengajar kita..

    ReplyDelete
  4. oke, saya faham . hurmm, dia tu cakap ekseyen je. eeiii. haha.. kadang2, saya cukup geram dgn mereka yg bijak tetapi malas. (kutuk kat diri sendiri)..

    actually sy pon cam dia jugak... saya tak kata sy bijak.. tapi, upsr, pmr,spm saya memang cemerlang.. asuk je matrik jadi lupa diri jap.. kantoi sem 1, nasib baik sem 2 dpt cover

    ReplyDelete
  5. aku budak kmm..sudi2 la ke blog aku..heh

    ReplyDelete