Assalamualaikum W.B.T
Apa pandangan anda mengenai
kesetiaan seorang lelaki?
Sebenarnya ramai la jugak aku tengok
beberapa member aku yang suka
mempermainkan perasaan wanita (tak semua) tapi ada jugak sesetengah member aku
seorang yang setia kepada seorang wanita(tak semua).
Ya, kalau zaman remaja ni ,lelaki tak setia tu memang normal
kita dengar tapi yang setia ni memang jarang sangat.Tersangat jarang. Nak kata
ada pengalaman sendiri secara mendalam tu
memang takde la sangat, tapi aku pernah
melihat seorang lelaki menangis kerana wanita bahkan ada jugak yang sanggup
menunggu bertahun-tahun biarpun telah
dikecewakan wanita.
Gambar dipetik dari Encik Google
Pandangan Encik Perantau?
Memang tersangat
kagum. Respect habis buat sahabat sahabat yang tidak mempermainkan hati wanita ini.
Setia tu bagus, tapi yang menjadi masalah adalah mencurahkan kesetiaan kepada
orang yang salah dengan cara yang salah. Bagaimana tu?
Seandainya kita
tegolong sebagai seorang lelaki yang setia jadi kita berhak mendapatkan wanita
yag setia.Bukankah janji Allah itu pasti, bahawa lelaki yang baik hanya untuk
wanita yang baik. Dan sebaiknya curahkan lah kesetiaan itu melalui perkahwinan.
Dan seandainya benar anda mencintai wanita tersebut dan
sedang bercinta sekarang ini, buktikanlah kesetiaan dengan menjaga
perhubungan .Yang pasti maksud menjaga perhubungan itu bukanlah dengan
berpegangan tangan,berpelukan dan berSMS cinta sepanjang masa. Sebab kita
tersangat faham bagi mereka yang sedang bercinta, memutuskan hubungan amatlah
sukar jadi sebaiknya menjaga perhubungan itu la yang terbaik sehingga ke
perkahwinan.
Bagi lelaki yang masih menunggu wanita yang meninggalkan
mereka, kita amatlah support dan kagum Cuma perlu diingatkan tak semua jalan
cerita percintaan umpama filem filem yang disajikan mempunyai penamat yang menarik. Ramai yang mengharapkan
macam filem Hindustan dimana wanita yang dicintai akan kembali padanya saat
beberapa saat sebelum perkahwinan berlansung. 100 tahun sekali mungkin terjadi.
Kadang kadang kebenaran sangat pahit untuk ditelan.
Realitinya ,tak salah kita
buka pintu hati kita untuk wanita lain sebab we deserve it. Ingat noktah
bukanlah penamat kekal kerana boleh jadi perenggan baru itu lebih baik.Sebaik baikya,biarlah ia dimulakan dengan perkahwinan.
Itulah serba sedikit kupasan yang boleh aku sampaikan
pandangan mengenai hal ini.Jadi untuk mendapatkan seseorang yang baik, cara
tebaik adalah dengan menjadi orang yang baik kan?
J So,bagaimana pula pandangan
korang bloggers ? Komen la sikit hehe
p/s: Selalu dengar orang cakap cinta selepas kahwin tu terbaik.. tak teringin ke? hehe