Assalamualaikum W.B.T
Isu boikot Mc D sekarang ni kian hangat dek kerana serangan zionis terhadap GAZA akhir akhir ni. Memang benar banyak lagi produk produk Zionis yang lain cuma pendedahan terhadap produk lain tidak meluas seperti Mc D ni. Namun sedih melihat ada sesetengah umat islam masih lagi mempertahankan Mc D dengan menyatakan alasan seperti "tak terjejas pun kalau boikot". "kenapa Mc D je diboikot?"."Kalau kita boikot orang lain tak boikot pun tak guna jgk,baik tak payah boikot"
Jadi disini nak kongsikan pandangan seorang hamba Allah(lupa nama beliau) melalui komennya di Facebook mengenai isu tersebut.
"Tak luak pun kalau boikot MCD je, banyak lagi produk lain keluaran Yahudi..Diorang tetap berkuasa.."
Kata-kata dari manusia yang 'bijak' pandai ..
Maka
tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang
amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor
burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi
Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil
dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu
telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.
"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu
burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan
menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak,
tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk
memadamkannya."
Oleh
itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha
memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk
memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita
terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin
dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine,
Syria, Burma atau dimana saja yang sedang terseksa itu, apalah yang
seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul
ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain
Selamat berfikir dan merenung diri
Ye btl, sokong 100%...kita buat ape yg kita msih terdaya nak bantu
ReplyDeleteWalau secebis,sekurang2 nya kita telah menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam yakni menolong saudara seagama...
ReplyDelete