Monday, 31 December 2012

Salam 2013


 Salam 2013

Pejam celik pejam celik dah memasuki tahun 2013 (Yes! Sudah masuk 20 an) hehe.
 Cepat sungguh masa berlalu. Sebab itulah manusia ni  sentiasa berada dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Apepun untuk pembukaan tahun baru ni, sambutan aku dimulakan dengan “Sambutan Final Exam”. Semoga dipermudahkan .Amin.

Nak buat sorotan 2012 pun dah tak sempat jadi secara ringkasnya tahun 2012 dilalui penuh dengan arna arni.Pahit manis itu perkara biasa. Apa yang pasti kita mulakan tahun ini dengan penuh kegemilangan.

Sekian dan gud luck.

Monday, 24 December 2012

Presentation Songkok

Assalamualaikum W.B.

Pelik benor bunyinya tajuk entri tuh.. Saje nak kongsikan video presentation yang kami buat baru baru ni.. nak post panjang panjang tak sempat ni..(Tengah rajin kononnya)


Wassalam

Sunday, 23 December 2012

Mantapkan Study Week!

Assalamualaikum W.B.T

Minggu ulangkaji atau lebih feymes Study Week sudah bermula dekat semua IPTA terutamanya. Cuma masalahnya semangat yang ade ni kadang kadang menggunung tapi terkadang jatuh merudum. Maka perlu la aku coret "sebutir dua" tulisan di blog ni nak membangkitkan semangat aku sendiri. Kalau dapat membangkitkan semangat korang yang membaca .. pun Alhamdulillah.


Aku terfikir bila masuk study week.. kenapa tak semangat? kenapa stress? kenapa takde mood?

Kebiasaannya, aku akan contact kawan kawan baik untuk ambil semangat . Maklumlah kawan kawan semuanya cemerlang. So, dengan menggunakan medium fesbuk,twitter dan telefon mudah alih (cewah), maka aku tanya la sikit tips daripada sahabat sahabat aku ni. Antara jawapan yang terbaik dari kebanyakan mereka:

"Ingat Allah"
"Bacalah Al Quran"
"Sembahyang dulu"

Subhanallah, mendengar jawapan jawapan tersebut merasakan bertapa kerdilnya diri ini. Entah bila diri ini tidak sedar memisahkan akhirat dan dunia. Lupa memohon kepada Allah bila tertekan menhadapi peperiksaan yang mana sepatutnya Dia yang pertama menjadi tempat untuk aku mengadu sebelum kepada orang lain. Syukur ya Allah kerana mengingatkanku melalui sahabat sahabatku.


Jom, kita cuba study kerana Allah.Opss bukan cuba tapi MESTI. Nak jadi engineer biarlah ianya Quranik Engineer, nak jadi doktor, biarlah ianya ijtihadid Doctor.

Bila ingat Allah, InsyaAllah kita bersemangat!.
Sekian



Tuesday, 11 December 2012

Sukan Antara Fakulti UTeM

Assalamualaikum W.b.t

Sibuk. sebab tu tak update blog. Entri kali ni nak cerita la sikit pasal sukan antara Fakulti dekat UteM ni. Meriah la jugak.Kalau sape sape pernah join KAKOM masa matrik, meriahnya bawah sikit je. hehe. So, sebab aku tak de idea sangat tgk gambar je la dulu: (semuanya volleyball sebb aku main volleyball jah) haha

                                  Naib johan: Terbaiklah sebab tahun lepas no 3 je. (Fakulti baru)

Yang ni gambar selepas tewas final : Frust!
                            

                                Geng2 Fakulti teknologi Kejuruteraan (No 6 itu saya) haha


                               Tewas dengan pasukan baju merah ni la.. takde rezeki tahun ni

Beres la dulu entri untuk kali ini, nak menulis tapi banyak benda lagi perlu ditulis macam assingment, report, lab test dan power point. Sekian sahaja dulu.
Wasssalam.

Tuesday, 20 November 2012

Mc D tak perlu diboikot?

  Assalamualaikum W.B.T

Isu boikot Mc D sekarang ni kian hangat dek kerana serangan zionis terhadap GAZA akhir akhir ni. Memang benar banyak lagi produk produk Zionis yang lain cuma pendedahan terhadap produk lain tidak meluas seperti Mc D ni. Namun sedih melihat ada sesetengah umat islam masih lagi mempertahankan Mc D dengan menyatakan alasan seperti "tak terjejas pun kalau boikot". "kenapa Mc D je diboikot?"."Kalau kita boikot orang lain tak boikot pun tak guna jgk,baik tak payah boikot"



 Jadi disini nak kongsikan pandangan seorang hamba Allah(lupa nama beliau) melalui komennya di Facebook mengenai isu tersebut.

"Tak luak pun kalau boikot MCD je, banyak lagi produk lain keluaran Yahudi..Diorang tetap berkuasa.."

Kata-kata dari manusia yang 'bijak' pandai ..

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine, Syria, Burma atau dimana saja yang sedang terseksa itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain

Selamat berfikir dan merenung diri 

Wednesday, 14 November 2012

Remy dan Combi

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilalh,entri kali ni adalah lebih ringkas dan bergambar. Nak khabarkan yang aku telah menerima keluarga baru. Semestinya bukan kakak atau abang yang berkahwin.Tapi, mendapat 2 ekor anak arnab yang kiut .Serius kiut.

Jom tengok la sikit.

Name beliau Remy.Cita cita pelakon






Beliau pula Combi. Gadis yang pemalu dan penuh ketimuran.


Gambar formal. Untuk buat potret kut.mesti perlu formal

Ini gambar candid. OPS,Scandal!

Yang ni pulak berita baik dalam duka:

Beliau baru melahirkan 4 ekor anak.2 daripadanya tak dapat diselamatkan.


Kadang kadang menternak binatang ni melahirkan rasa kesyukuran dan kenikmatan terhadap kehebatan ciptaan Allah. Indahnya merasai ketenangan melalui interaksi bersama haiwan.

Penternakan adalah suatu ibadah. Ternakan adalah makhluk Allah S.W.T.. Oleh itu, kita seharusnya memelihara ternakan tersebut selagi mana ia tidak membahayakan diri kita dan orang lain.

Sekian.



Sunday, 11 November 2012

Payung di sebuah gerai

Assalamualaikum W.B.T

 Aku hairan melihat sebuah kedai makan yang dulunya ramai pengunjung kini makin suram berbanding dengan gerai yang lebih kecil tetapi pengunjungnya tak putus putus.Jadi aku mula membuat perbandingan antara 2 gerai ini. Tiada perbezaan yang ketara melainkan personaliti antara ke dua dua pemilik buah gerai ni.

gambar hiasan

Gerai yang pertama, pemiliknya seorang yang mesra,tidak lekang menghadiahkan senyuman buat pelanggan yang singgah.Orangnya jujur. #mane kau tahu jujur? Pernah sekali aku sedang membeli makanan kemudian aku ternampak sorang student ni bayar duit RM10 untuk makanan yang dibeli. Kemudian beliau terus pergi.Terlupa agaknya. Si pemilik sempat lagi mengejar untuk memulangkan baki tersebut. Yup, jujur hatinya.

Manakala, gerai satu lagi, selalu jugak aku dengar cakap cakap orang harganya mahal dan pemiliknya tidaklah begitu mesra.Tapi kalau dengar kata kata orang je, memang tak kemana la kan. So, aku makan jugak la kat kedai tersebut. Kebetulan selepas makan, hujan turun lebat tak henti henti. Hati resah melihat waktu maghrib cuma tinggal setengah jam saje lagi. Jadi ,aku dan seorang sahabat pergi la bertemu pemilik gerai tersebut untuk pinjam payung untuk ke surau yang jaraknya 5 minit sahaja dari gerai tersebut.

"Assalamualaikum, mak cik, boleh pinjam payung tak? kami nak pergi surau jap" aku bertanya. Tanpa membalas salam dengan bermuka , masam mak cik tersebut membalas "payung tak ade la dik, dah bagi dekat student lain tadi". Melihatkan kami mengeling kearah payung yang berada di tepi gerai tersebut, mak cik tersebut menambah "payung tu , anak mak cik nak guna nak bawak isteri dia nanti". "ok,tak pe la makcik kalau camtu" kami membalas.

Maka kami redah la hujan untuk ke surau menunaikan solat. Pulangnya ke gerai tersebut, aku lihat payung tadi tak bersentuh pun.Memang tak digunakan lansung. So reaksi aku macam ni la :


Tapi apepun , aku takde la marah sangat pun.Mungkin ade sebab yang munasabah kenapa tidak diberi payung kepada kami.Hmm..entahlah.Mungkin juga beliau tidak tahu bahawa :

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Jadi, harapnya yang membaca boleh la ambik input yang sedikit ni. Wassalam

Sunday, 4 November 2012

Tempat Mengadu Bila Putus Cinta

Assalamualaikum W.B.T

Sejak akhir akhir ini aku banyak menerima khabar berita dari sahabat sahabat yang putus cinta.Tidak kiralah lelaki atau wanita sekalipun, pastinya pengalaman putus cinta itu mungkin memeritkan. Kalau selama ini, hidup mereka rasa sempurna namun setelah berlaku perpisahan, kehidupan tersebut dirasakan kosong.Jadi meh aku nak berkongsi kemana untuk mengadu setelah putus cinta mengikut markah yang patut dan tak patut.

Mengadu atau merayu pada kekasih lama.Markah: (10%) gred Fail
petikan dari Pak cik Google
Kalau macam ni anda memang layak untuk bergelar loser. Mungkin kita akan cakap "Tapi saya masih suka, masih sayangkan dia dan saya yakin dia masih sayangkan saya". Ops, jangan terus menerus menunjukkan "kebijaksanaan" kita dengan mengeluarkan statement seperti ini. Sebab ape? Kalau nak buat analogi yang agak kasar macam ni lah, kita bagi bunga dekat kera tapi sesungguhnya beliau tidak menghargai bunga tu. Bukan aku yang cakap, tapi orang dulu dulu, tak caya bukak buku peribahasa sekarang.


Mengadu kepada Facebook (30%) gred Gagal

Juga dari Pak cik Google
Bukan nak bidas tapi memang nak membidas, yang ni memang ramai orang yang selalu buat.Contohnya, "aku kecewa dengan percintaan ini" atau "aku setia dia tak setia,redha je la perpisahan ini" .Tahukah anda? 90% insan yang membaca status anda tersebut akan memberi ekspressi begini dekat anda : "Ewww" atau "Eh,apahal pulak dia ni?" . Dan secara tak lansung kita dah memperlihatkan kelemahan kita sendiri tu wei. Sebenarnya lebih kurang sama je sebenarnya kalau korang ambik speaker tutup muka pastu buat pengumuman "aku kecewa dengan percintaan". Seriously , buat status FB  pun lebih kurang sama je.


Mengadu kepada sahabat (70%) gred Bagus

Sebenarnya ia bergantung kepada sahabat kita sendiri. Sesungguhnya bertuah la bagi mereka yang mempunyai sahabat yang baik dan sudi mendengar masalah. Tapi awas jika tersilap mengadu kepada kawan yang khianat, silap silap esok lusa cerita anda putus cinta akan bertebaran merata rata tempat. Berceritalah kepada sahabat sahabat yang soleh,baik pekerti kerana mereka akan bawa kita kearah ketenangan dan kegembiraan. Cuma aku tak galakkan sangat untuk bercerita masalah putus cinta kepada rakan berlainan jantina. Bukan ape, syaitan beb! bila bila mase je makhluk buduh tu boleh cucuk mung supaya kononnya jatuh hati kepada rakan tersebut menyebabkan membawa kelalaian kembali.


Mengadu kepada keluarga 80% gred Cemerlang.

Keluarga memainkan peranan utama
Dulu, pernah dengar juga ungkapan "kat dunia ni jangan terlalu bergantung kepada orang lain kecuali keluarga sendiri".Mungkin benar jugak ungkapan macam tu. Cuma aku faham la tak semua orang selesa menceritakan masalah kepada keluarga sendiri lebih lebih lagi kalau masalah percintaan ni. Fuh, memang takkan cerita la punya tambah lagi kaum lelaki ni. Yang pasti alangkah terbaiknya kalau anak anak dapat menceritakan masalah kepada ahli keluarga. Kalau korang mempunyai keluarga yang bahagia, korang tak heran sedikit pun dekat kekasih korang yang putuskan hubungan tuh. Confirm punya.


Mengadu kepada ALLAH S.W.T (100%) Full Mark

Percayalah , ini merupakan tempat terbaik untuk kita sebagai manusia mengadu. Hati tidak akan terasa kosong bahkan sentiasa dipenuhi dengan ketenangan yang berbeza. Andaikata terlalu sedih dengan segala bentuk perpisahan ,bersujudlah kepada Allah S.W.T. Berfikirlah positif bahawa Allah menjadikan perpisahan anda dengan si dia adalah supaya anda kembali mencintai Allah S.W.T dan rasulNya setelah selama ini kita tersesat dengan kebahagiaan palsu bersama kekasih.


Ingatlah bahawa :
 "Its no the end of the world"

Belajarlah untuk menerima dengan hati yang terbuka. Sama sama mencari dimana cinta yang asal yang telah lama kita tinggalkan selama ini iaitu Allah S.W.T.


Rasulullah saw:
Peumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingatiNya adalah sepeti orang yang hidup dengan orang yang mati.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sunday, 28 October 2012

Mail Lambung (versi lompat)

Assalamualaikum W.B.T


Ini bukannya sambungan filem Mail Lambung tapi video aku nak sharekan disini tentang sahabat aku masa zaman sekolah dulu. Namenye pun sama, Mail dan kebetulan orang terengganu jugak.Seorang yang gila gila tapi genius . InsyaAllah akan ke German. Jom tengok sikit video ni:


                                

Sunday, 21 October 2012

Lelaki Keluar Lewat Malam = JAHAT?

Assalamualaikum W.B.T

Kalau tengok tajuk tu,Yes itulah persepsi aku semasa diusia awal remaja dulu. Bila nampak budak budak lelaki ni keluar malam beramai ramai mesti jatuh persepsi "masalah sosial" ataupun "keruntuhan akhlak". Seriously, bukan aku sorang yang berfikiran "cetek" macam tu time dulu dulu.

Bukannya maksud aku nak membela golongan yang suka keluar malam tetapi bergantung kepada keadaan dan kenapa mereka keluar malam. Pernah tak kita terfikir , keluar malam tak semestinya pergi untuk berkaoreke dan kelab malam sahaja(ianya majoriti sebenarnya) tapi banyak lagi aktiviti aktiviti berfaedah yang kita tak tahu.

Pengalaman aku sendiri la, ambik contoh paling dekat bermain futsal larut malam. Mostly kebanyakan student Universiti memang majoriti ambil inisiatif untuk bermain pada larut malam atas dasar kesibukan mahupun mengelak kesesakan.

Geng geng Teknologi Automotif (course aku) selalu jugak anjur futsal lewat malam ni. Kami keluar sesama lelaki bukannya bersama wanita.Itulah kelebihan kelas semua lelaki kan? haha. Jom riview sikit:

dari kiri: Blackcurrent juice, munzir,paan,arip scotfield,roy,abe.

Khusyuk menonton futsal (skema description nih)
jaring tidak menghalang mereka untuk beraksi haha.
Ya,itulah serba sedikit riview, tapi apa yang aku simpulkn disini, kadang kadang kita tidak boleh melihat sesetengah perkara itu berat sebelah. Mungkin waktu yang salah tidak bermakna aktiviti tersebut turut salah. Manfaat seperti mengerat hubungan silaturahim dan mengelurakan peluh tetap diperolehi.Aku pun baru je menyedari hakikat ini setelah memasuki alam universiti. bangga la tu

Apepun, bila dah aku cakap macam ni jangan la pulak insan insan yang membaca ni asyik keluar malam je. Bila ditanya jangan plak korang cakap "encik perantau cakap tak ape" kesian aku camni. Berpada pada lah. Jarang jarang sudah tidak perlu hari hari keluar lewat malam jika tak perlu. Terutamanya kaum hawa, jangan lah keluar malam ye..lagi tidak manis dipandang.

Sekian ,Wassalam.

" Jom Blogwalking Sampai pengsan "

Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tidak menyertai segmen, jom intai sikit,


klik banner atau SINI UNTUK JOIN.

Follower sekarang


Saturday, 20 October 2012

Kelantan VS ATM (suasana)

Assalamualaikum W.B.T

Nak cerita la sikit suasana menonton perlawanan bola di Kolej Kediaman Murni tempat aku menetap di belajar di UTeM ni. Meriah! sungguh meriah. Walaupun aku ni anak teganung tapi disebabkan daerah aku iaitu "republik of BESUT" ni menggunakan bahasa kelantan maka jiwa kelate tu tetap ade untuk menyokong. P/s:teganung tetap di hati.


Jadi ,tahniah buat The Red Warrior untuk kemenangan Treble.

Tengok sikit gambar gambar suasana dekat kolej kediaman ni:

 
Penyokong Red Warrior berkumpul
Khusyuk tuh tgk bola
Time ni dah abis game. Penyokong ATM pun ramai sebenarnya tuh.

Tu la sorotan gambar ringkas yang ambo nak kongsikan.Menarik bila menonton beramai ramai. Jadi tak kira la, siapa pemenangnya sekalipun yang penting ambil semangat kesukanan tu dalam diri kita.Sukan itu menyatupadukan kita jangan sampai memecahbelahkan kita.

Sekian.

Tuesday, 16 October 2012

5 Strategi Mantap Syaitan Hancurkan Manusia


Assalamualaikum W.B.T

Syaitan merupakan makhluk yang jahat dan licik. Fokus mereka cuma satu iaitu menyesatkan umat manusia. Dengan kelicikan tersebut, syaitan ini mempunyai beratus ratus strategi untuk sesatkan manusia. Jangan ingat bola sepak je yang memerlukan strategi untuk mengatasi pihak lawan.Jadi sini, nak kongsikan 5 strategi utama syaitan dalam menyesatkan anak anak Adam.

1)Mengajak manusia untuk menolak Allah

Maksudnya syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia supaya melakukan syirik dengan menyekutukan Allah, menidakkan segala ajaran Rasulullahdan menjadikan umat islam merasakan keraguan terhadap agama. Akibatnya wujudlah golongan sekular dan golongan liberal terhadap agama yang sentiasa menggunakan “hak bersuara” untuk menghina Rasulullah , “diskriminasi terhadap wanita” untuk menghalang wanita daripada menutup aurat dan “hak kebebasan manusia” untuk membenarkan homoseksual.


2)Membiarkan manusia beragama tetapi menerapkan bidaah.

Perkara seperti ini memang sentiasa kita dengari. Kadang kadang kita sentiasa terdorong untuk beragama tanpa mengetahui sesetengah daripada perkara yang kita lakukan adalah bidaah yang tidak ada dalam sunah Rasulullah menyebabkan kita rasa kita sudah beramal secukupnya tanpa kita sedari amalan kita itu diterima atau tidak. Perkara seperti bidaah ini juga turut memecah belahkan umat islam.


3)Menghasut manusia untuk melakukan dosa dosa besar.

Syaitan mengajak manusia untuk melakukan dosa dosa besar seperti berzina, minum arak, menilik nasib dan membunuh. Pelbagai cara digunakan untuk menjerumus umat manusia kedalam lembah ini.Lihat saje didada akbar., berapa ramai yang dibunuh dan berapa ramai bayi dibuang. Nauzubillah.


4)Mengajak manusia melakukan dosa dosa kecil

Kebisaanya ramai orang tertewas dengan strategi ini kerana syaitan sentiasa meniupkan rasa tidak bersalah apabila kita melakukan dosa dosa kecil. Contohnya bila kita melakukan dosa, hati akan berbisik “ tak ape, nanti bila berzikir terhapuslah dosa dosa kecil tu”. Silap kita adalah bila kita tidak alert bahawa dosa kecil jika dikumpulkan akan menjadi dosa besar.


5)Menjadikan manusia sibuk dengan duniawi

Syaitan sentiasa menjadikan kita sibuk dengan perkara perkara yang harus seperti tidur,makan ,minum dengan terlalu lama dan kerap sehingga menyebabkan kita semakin kurang dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Melihatkan strategi strategi ini buatkan kita rasa gentar sebab pastinya antara kita ada yang pernah terjerat dengan strategi syaitan yang licik ni. Tapi, Allah juga menyediakan strategi untuk hambaNya bagi menghadapi syaitan ini. Yang penting adalah mencari startegi tu. Selamat Berjaya.

Wassalam.

Sunday, 14 October 2012

Mengejar Minggu yang Sibuk


Assalamualaikum W.B.T

Bukannya nak menulis permulaan yang stereotaip tapi memang lame bebenar dah tak mengupdatekan blog ni. Rasenya lebih dua minggu tidak menekan button keyboard untuk menulis blog.BLOG sahaja(untuk main game tidak dikira) .Jadi nak kongsilah sedikit apa yang berlaku dalam minggu ini hinggakan tidak terkejar untuk aku update blog ni. 
Selain assingment dan course work yang kian bertambah, banyak lah jugak perkara yang menjadi tunjang kesibukan aku pada minggu ni.

Antaranya:
Program Bengkel untuk JawatanKuasa Kolej Kediaman (JAKSIS)


Lab report dan praktikal




Assingment dan lukisan kejuruteraan



















Bersama presiden BADAR semasa jadi MC pertandingan nasyid dan tilawah Al Quran

Jadi, mintak sorilah banyak banyak buat kawan kawan yang miss contact sementara, kepada blogger blogger yang tag dan yang menjemput untuk join segmen, diri ini tidak sempat untuk menyahut ajakan anda kalian :)

ok ke dengan kehidupan sibuk?

Sibuk memang sibuk tapi pesanan ayah dan umi selalu di hati ; nak aktif tak ape, cuma jangan tinggalkan pelajaran. Memang sakit untuk cover masa belajar dan sakit juga bila kadang kadang terpaksa korbankan masa bergembira dengan kawan kawan lain pada hujung minggu. Tapi, itulah yang dipanggil pengorbanan. Komitmen dan amanah itu jauh lebih utama. Takde hal, itulah yang dipanggil menyahut cabaran. Dan itu jugaklah yang membuatkan aku lebih menghargai masa.

Dan kalau ada yang terbaca post aku yang sebelum ni iaitu PERIT SUNGGUH MENUNGGU, 
masalah sudah pun selesai. Alhamdulillah.
Teman ulang alik ke kampus. Terima kasih umi dan ayah untuk ini.

Jadi sekian sahaja post kali ini, terima kasih la sudi membaca(jenguk pun ok). Jadi input buat pembaca, aku nak pesan la buat diri sendiri jugak, masa tu memang sahabat kita yang paling akrab, tapi bila kita tak menghargai sahabat kita tu, maka jauh lah ia tinggalkan kita dalam kerugian.

Wassalam.