Wednesday, 16 January 2013

Do Something lah!

Assalamualaikumt W.B.T

Do something atau dalam bahasa Melayunya adalah LAKUKAN SESUATU. Sebenarnya frasa ini agak simple tapi penuh makna. Apa yang ingin aku ungkaikan disini adalah penggunaan "lakukan sesuatu" tersebut dalam kehidupan kita.

"woi! cakap dalam bahasa mudah boleh tak?"

Ok macam ni, dalam kehidupan kita, memang satu perkara normal untuk kita hadapi satu kebuntuan apabila berdepan masalah. Aku turut pernah mengalaminya. Tidak kiralah kebuntuan tersebut dari segi aspek pelajaran, percintaan mahupun persahabatan yang pasti kebuntuan akan tiba bila adanya masalah yang dirasakan tidak mampu ditanggung oleh seseorang penerima dugaan tersebut.


 Apa nak buat bila ada masalah?

Lakukan sesuatulah! Sebab masalah tak akan pernah selesai jika kita hanya berdiam diri. Kita perlu ingat bahawa setiap ujian yang Allah SWT bagi itu, bermakna kita MAMPU menghadapinya bahkan ALLAH SWT mahu menjadikan kita lebih kuat setelah berjaya mengharunginya. Buktinya, pernahkan korang suatu ketika dulu menghadapi masalah sehingga merasakan tiada jalan keluar lansung dari masalah tersebut.

Nah... sekarang korang ok je kan sekarang? Bukan selamanya terperangkap dalam masalah yang sama. membiarkan diri terperangkap dalam masalah dalam jangka masa yang lama adalah rugi kerana kita mampu lolos daripadanya dengan lebih awal andaikata kita bertindak.

Masalah akan diselesaikan dengan lebih cepat andaikata kita yang ingin selesaikannya dengan cepat. Bagaimana nak selesaikan masalah dengan cepat? simple je "Lakukan Sesuatu". Bagaimana nak "lakukan sesuatu"? Soalan tu, diri sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan bagaimana yang menjadi persoalan sebenarnya tetapi bila kita nak "Lakukan Sesuatu" setelah menghadapi kebuntuan. Kalau tidak tahu maka tanyalah bagi orang yang tahu. :)

So, pakat renung-renungkan lah ye.
Wassalam.


9 comments:

  1. masalah mengajar kita untuk jadi lebih pandai :D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. cgu sy, encik ramdan razali cakap, "enjoy the problem!" huhu. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. krm salam dekat encik ramdan razali hehe

      Delete
    2. salam. hee. insyaAllah. dia busy skrg. dia project manager^^ sgt best orgnya. cara mengajar. islamic. :) dia da da cucu.tapi, rambut x uban pom lagi^^

      Delete
  3. 'lakukan sesuatu' itu betol. Tapi jangan lah sesuatu yg memudaratkan diri :DD

    ReplyDelete
  4. kalo kebuntuan, ank blh tnyo ayoh la dih ? :D

    ReplyDelete