Monday, 11 February 2013

"Lelaki semua sama" dan "Wanita sukar difahami"

Assalamualaikum readers sekalian..



Semenjak mula berjinak jinak dengan laman twitter ni, aku rasa ianya sesuatu yang awesome berbanding dengan Facebook yang dikatakan semakin boring tu. Secara mudahnya dekat twitter ni tempat orang post status ibarat bercakap seorang diri sehingga tunggu orang menyampuk. Kat sinilah korang boleh baca tweet tweet yang pelbagai jenis dan kebanyakan memang klise.Contoh tweet yang selalu aku jumpa:

"Kenapa semua lelaki sama?"

Kemon girls, ayat ni sudah tidak relevan pada abad milleneum kini macam ayat budak budak sekolah yang baru nak up kata orang. Sebenarnya aku tak pasti kenapa kaum hawa yang dikasihi ni beranggapan semua lelaki sama? Jika dilihat dari faktor fizikal sudah jelas tahap kehenseman seseorang lelaki itu ternyata berbeza haha. Mungkin juga kerana pernah disakiti atau dipermainkan lelaki berulang ulang kali? Persamaan itu tetap ada tapi bukanlah secara total.Kalaulah semua lelaki tu sama maka membujanglah anda wahai wanita sampai ke hari tua. Jadi, aku buat kesimpulan mereka yang melakukan tweet ayat macam ni memang sedia maklum bahawa lelaki tu tak semua sama,ada yang baik dan ada yang jahat cuma mungkin ianya sebagai "tempat mengadu" kerana marahkan seseorang lelaki.

Hello? Tempat mengadu yang terbaik untuk segala jua masalah adalah kepada Allah S.W.T.Jadi jangan segan silu untuk meluahkan yang terbuku dihati kepada DIA kerana luahan hati akan sentiasa didengari malah tidak lansung dipandang remeh :).

Yang itu wanita, tapi kalau si jejaka pulak, tweet sebegini banyak jugak aku perhatikan:

"Wanita memang sukar difahami"


Yang ni aku admit la, bukan nak backup kaum sejenis tapi memang susah pun sebenarnya nak paham. Mungkin ini salah satu faktor kenapa wanita selalu cakap "semua kaum lelaki sama" hehe. Tapi yang tweet benda benda cam ni bukannya semua lelaki, tak caya pergi dekat twitter confirm korang jumpe punye. So boys, tak perlu la status cenggini sangat, sometimes, it shamefully haha. Bila dah kawin anti korang belajar lah memahami kaum wanita yang digelar isteri. Semestinya sah dan barakah sentiasa :).

p/s: marilah berfikir :)

3 comments:

  1. lelaki memang sma. sikap yang tak sama. haha.

    susah nak faham perempuan? tak payah faham .

    settle masalah. haha >_<"

    ReplyDelete
  2. lelaki dan wanita memang berbeza..itu memang fitrah ciptaan ilahi..dia ciptakan sebegitu rupa supaya kita boleh kenal mengenal dan saling memahami antara satu sama lain..:)

    ReplyDelete
  3. assalam, bukan wanita yang susah difahami tetapi manusia. hikhik. tlg smpaikan ya. :p

    ReplyDelete