Tuesday, 9 July 2013

Mutaba'ah Amal Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah kerana kita (yakni anda dan saya) masih lagi diberi peluang untuk mennghirup udara di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semestinya memang dinanti-nantikan umat Islam kerana inilah Festival Ibadah terbesar dalam 1 tahun. Syukur ke hadrat Illahi, berbanding dengan Ramadhan sebelum ini, saya melihatkan subuh berjemaah di Masjid ada peningkatan bak kata omputeh (have improvement) hehe.

So, mungkin ade diantara kita tertanya-tanya bagaimana nak manfaatkan Ramadhan sebenarnya? So, sebagai panduan saya nak kongsikan borang Mutaba'ah Amal yang saya ambik downloadkan di laman google images.

erk? Rasenya nak besarkan boleh klik kut.

Borang Mutaba'ah Amal sebenarnya agak penting untuk panduan atau target amalan kita. Ia bukan bertujuan mengira jumlah pahala tapi lebih kearah pemangkin untuk beribadah.

"Eh, aku tak nak buatlah macam ni, riak nanti"

"Eh, buat macam ni tak ke macam memaksa, ibadah kena ikhlas wei!"

Mungkin akan ada "ustaz-ustaz" (sila faham maksud "in bracket") cuba memberi alasan sebegini rupa. Simple je, kalau tak nak riak janganlah tunjuk pada orang. Jadikan ia sebagai penilaian diri sendiri yang boleh kita refresh iman kita. Yeah its true ibadah kena ikhlas. Tapi, rasenya tak salah kalau saya cakap ikhlas tu perlu dipaksa. Seandainya ramai manusia menanti keihklasan untuk beribadah maka nescaya ramailah manusia tidak beribadah kerana manusia perlu sedar kewajipan manusia adalah menghambakan diri kepada Allah. InsyaAllah, Allah S.W.T akan menolong hambanya ikhlaskan hati seandainya kita berusaha kan?

So, apepun selamat menyambut bulan Ramadhan. Pastikan target ibadah tahun ni tercapai.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment