Wednesday, 8 October 2014

Bila Cinta Kosong Singgah

Assalamualaikum W.B.T

Niat dihati ni, tidak mahu saya menulis sebarang entri berkaitan cintan-cintun ini. Bukan gaya ikhwah yang qawiy(kuat) ni. Namun, disebabkan ada persoalan-persoalan dari sahabat dari alam maya mahupun dialam realiti selalu cuba untuk menjenguk hati.



" Bagaimana cara yang terbaik bila jatuh cinta? "

First. Kahwin je la.

'' Amboi, nak je tapi masa masih belum mengizinkanlah "

Alhamdulillah, ramai yang sedar tapi berperang dengan diri sebenarnya. Berperang untuk memendam rasa cinta pada kepada seseorang yang disukai. Sedikit sebanyak saya memahami, sebab saya juga manusia dan itu perkara normal. Dush. Bagi saya, kalau masa masih belum mengizinkan , jalan terbaik adalah pendamkan.
Pendamkan tapi jangan tidak meluahkan.

"Huh, berbelit sangat tu bro"

Ok, cenggini ceritanya, pendamkan perasaan itu dari manusia, tapi luahkan lah pada yang mengurniakan rasa itu, tak lain tak bukan Allah S.W.T. Setiap apa yang dikurniakan itu adalah ujian. Ujian untuk kita lebih kuat menghadapi dugaan yang akan datang. Itulah tanda Allah S.W.T sayang kepada kita. Anehnya, kita lebih cenderung untuk luahkan pada manusia terlebih dahulu. Bukan tak boleh,tapi mereka hanya mampu untuk melegakan hati kita sementara dengan sedikit nasihat samaada nasihat yang diberikan memberi kesan positif atau negatif.

"Bila dah terlanjur mencintai bagaimana bro?"

Berdoalah, bersujudlah kepada Allah S.W.T, mohon diberikan kekuatan untuk menangkis godaan atau dugaan yang mendatang. Bila bertemu, buat perkara seperti biasa, InsyaAllah seandainya tidak dilayan perasaan itu, Allah akan gantikan perasaan cinta itu kepadaNya.

Saya juga insan yang pernah ''berperang" dengan perasaan. Saya juga mengerti apa itu menahan rasa. Tapi, Alhamdulillah saya neutralkan balik. Semuanya kerana Allah kurniakan sahabat-sahabat saya disisi untuk saya zahirkan rasa berkasih sayang ukhwah kerana Allah.
(InsyaAllah dalam proses membaiki hati yang hitam sangat ni)

Akhir kata
"Cinta itu indah, jangan jadikan ianya satu penderitaan kerana pilihan untuk indah dan derita ditangan kita. Keluarkan cinta kosongmu kawan. Dapatkan kembali bila ia sudah penuh dengan iman"

6 comments:

  1. Perkongsian yg berguna.. Memang ini dilema yg saya alami skrng.. Sperti yg ditulis, mengadu kepada maha pencipta merupakan jalan terbaik.. Sehingga kini saya masih berdoa agar saya disatukan dengan lelaki yg telah menggangu hati saya.. Saya bersyukur sbb saya x meluahkan perasaan ni kpd jejaka berkenaan..alhamdullilah.hanya luah melalui doa...thanx for your advice.. Smoga ALLAH merahmati anda... N lastly doakan ye jodoh saya kuat dengan jejak berkenaan.. Assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Moga saudari tabah dan kuat.
      Teruskan berdoa. Andai bukan dengan akhi itu, percayalah Allah akan ganti dgn yg lebih baik buat diri.

      p/s: Tahniah kerana tidak meluahkan.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudara,
    Pandangan yang dirasakan amat bernas dari saudara. Situasi ini sering dialami oleh golongan remaja, tidak terkecuali diri ini. Cuma, bila difikirkan kembali, cinta yang mengetuk pintu hati ini biarlah dibawa arus masa kerana sebagai remaja kita seharusnya penuhi diri kita dengan amalan yang meningkatkan iman dan taqwa, supaya menjadi benteng dalam menempuh dugaan ini. Saya yakin jodoh itu hadir pada masa yang tepat dan bersama insan yang tahu menghargai nilai cinta. InsyaAllah. Berusaha menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam saudara/i,
      Setuju dengan pandangan yang diberikan.
      Moga kita jadi yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik.
      Terima kasih

      Delete
  3. Assalamualaikum..Thanks for sharing... Nice article.. I have one question to ask.. Before this when i was kid i thought that we had to marry someone that have same age as us.. Unfortunately i was wrong.. When i grew up my parents told me that we will marry someone that were fixed by ALLAH for us.. Ages is not a problem.. So in your opinion... You prefer to marry someone that younger than you or older than you?? Or you want someone that same age as you?? You think from islamic side which one is better?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. nice question you got there. I dont want to answer it here. But i will write my opinions on the next post InsyaAllah. Syukran for reading my article. :)

      Delete