Kepada kamu (ikhwah atau akhwat pembaca)…
Berulang-ulang kali dalam usaha mengislahkan diri,
mentarbiahkan diri dan mencari jalan-jalan yang benar, kita diuji dengan cinta. Cuma kali ini, ujiannya lebih
besar kerana cinta yang hadir dirasakan atas nama iman (ala-ala filem Ayat Ayat
Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, 7 Petala Cinta dan banyak lagi).
Kamu suka seseorang. Adakah ianya cinta? Jika benar ianya
cinta, adakah wajib untuk memiliki?
"'Uhuk, uhuk" Tanya iman, bukan tanya hati.
Suka bukan cinta.
Normal.
Fitrah manusia untuk menyukai sesuatu yang cantik,
indah dan menarik yang tidak ada pada diri kita. (baca:berlawanan jenis). Larut
mengagumi kelebihan seseorang, melayani perasaan suka kepada beliau,
menceritakan perihal beliau menjadi satu kebiasaan,haaaa dari situlah, bermulanya
salah anggap dalam diri kita bahawa
ianya cinta sejati. Ketika inilah kamu hanyut dalam dunia cinta palsu bahkan makin
jauh dari Allah S.W.T.
Cinta bukan memiliki.
Kalau benar ianya cinta hadiah dari Allah S.W.T, ianya juga
normal. Siapa kamu untuk memaksa Allah S.W.T menyerahkan hambaNya menjadi milik
kamu setelah dititipkan rasa suci itu? Walhal Dia sudah berikan manusia cintaan
kamu sejak kamu bayi lagi. Tidak sedar? Mereka Ibu bapa kamu.
Boleh jadi, Allah
S.W.T beri rasa cinta kepada kamu terhadap seseorang manusia untuk menguji
kamu, mengubah kamu kearah kebaikan bukan semata-mata untuk kamu memiliki
beliau. Maka, patutkah kamu membiarkan diri menderita untuk rasa tersebut?
Sambutlah ujian ini dan bersyukurlah kerna kamu dipilihNya untuk ujian ini.
Redha dan yakin pada ujian Allah S.W.T.
Percayalah, pergerakan kita dalam usaha tarbiah diri ini
menjadi lambat kerana penat dan berputus asa pada ujian cinta. Berapa ramai
anak muda tewas kerana ujian ini? Saya menulis kerna saya tahu ini adalah ujian
terbesar anak muda samaada yang mengikuti tarbiah ataupun tidak bahkan ujian yang dasyat jua buat diri saya sendiri.
Usah laungkan kebebasan bersuara.
Usah laungkan kebebasan akademik.
Andai diri masih belum bebas dari penangan mehnah ujian
cinta.
Tulis untuk tegur diri.
Bangkitlah Anak Muda.
Waalaikumussalam. Terima kasih atas peringatan. Tercucuk sedikit sbb pernah jgak merasa berada di tempat itu. Alhamdulillah, sekarang lebih kuat dan tabah. Semoga kita smua dapat menggapai cinta Allah , in shaa Allah :)
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan dari saudara.
ReplyDeleteErm, tapi mcm mna kalau saya dah terjatuh hati pda saudara ye?hehe
ReplyDeleteNice jokes anyway :)
ReplyDelete