Saturday, 4 July 2015

Jemaah sakit

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, usai solat tarawih di masjid kampung, saya lihat begitu ramai manusia-manusia yang jarang saya lihat. Barakah Ramadhan atau memang selalu masjid kami ramai macam ni dan mungkin kerana saya masih kurang berjemaah di masjid kut sehingga masih kurang mengenali sosok-sosok tubuh yang hadir. Muhasabah diri.


Selepas sahaja tamat tarawih, pengerusi masjid sempat membuat beberapa pengumuman. Biasalah berkaitan iftar jamiee dan kuliah subuh yang menjadi aktiviti ruji masjid kami. Namun, pengumuman ketiga agak menjentik hati saya.

“Untuk makluman para Jemaah, segala makan-minum untuk waktu berbuka puasa bagi AJK-AJK masjid bukanlah dari wang sumbangan/derma mingguan para Jemaah sebaliknya mengunakkan duit poket ajk-ajk sendiri”

Pelik bukan? Sepatutnya pengumuman seperti ini sudah tidak perlu. Ianya dibuat hanya kerana adanya jemaah-jemaah sakit yang mempersoalkan dan memfitnah AJK-AJK menggunakan duit tabung masjid untuk berbuka.

Pada hemah saya, AJK-AJK Masjid yang berbuka puasa di masjid sudah banyak bekorban untuk tidak berbuka puasa bersama keluarga bagi mengimarahkan masjid bersama imam dan bilal dengan berbuka puasa bersama-sama. Amatlah tidak patut mereka diperlakukan sebegitu. Sungguh, mereka orang-orang kuat menghadapi dugaan. Tahniah.


Kita berada dalam masyarakat sakit. Budaya melabel, dengki, fitnah-memfitnah dan serkap jarang menjadi barah dalam majoriti masyarakat sehingga melahirkan Jemaah-jemaah masjid yang sakit. Generasi kita perlu mengubah perkara ini. Ya. Kita mampu, bermula dari hati dan minda kita. 

No comments:

Post a Comment