Sebelum ini, banyak
pula kita dengar kes-kes rogol terutamanya melibatkan pelajar-pelajar IPT di
ibu kota. Pelbagai respon yang dapat kita lihat hasil-hasil komen netizen
responsif berkenaan isu-isu ini.Agak saya terkesan hendak saya tulis bila saya melihat
komen-komen majoritinya dari kaum lelaki yang berbaur mentaliti “Victim
blaming” melalui beberapa siri kes rogol sebelum ini
Pasti anda juga ada
terbaca komen-komen yang menyelar mangsa rogol dengan ayat-ayat seperti:
“Padan muka, siapa
suruh keluar pagi-pagi buta, kan dah kena rogol”
“Perangai gedik mesti
suka sama suka, pastu salahkan lelaki”
“Kalau tak tutup aurat,
mesti tak kena rogol”
Mentaliti sadis. Ok,
pertama kali, kita kena ubah minda kita bahawa sudah tiba masanya untuk kita
tanam dalam minda anak-anak lekaki terutamanya yang bahawa:
1.
“Rogol itu satu
jenayah!” Tiada kaitan samaada wanita itu bertudung, berpakaian seksi mahupun
tidak menjaga pergaulan. Hatta, kalau perempuan berjalan-jalan tak pakai baju
sekalipun, tiada hak lansung untuk membenarkan lelaki merogol sebagai hukuman
kerana “dosanya” tidak menutup aurat. Lansung tidak. Bezakan!
2.
Ibu bapa perlu
didik anak lelaki untuk menghormati wanita bukan memandang sebagai objek seks
semata-mata. Masyarakat kita sudah dibiasakan untuk mendidik anak perempuan
berkenaan “precaution menjaga diri dari tidak dirogol” tetapi kurang cakna
mendidik anak lelaki untuk menghormati kaum wanita dan jadi lelaki yang
bertanggungjawab.
Bukan maksud saya
membenarkan wanita tidak menutup aurat, jauh sekali berpakaian tidak sopan
serta tidak menjaga pergaulan Cuma kadangkalah kita alpa yang bahagian
perempuan hanyalah mampu “berjaga-jaga” sedangkan bahagian lelaki adalah lebih
penting “menghalang”.
Ada sebab kenapa dalam
surah AnNur yang menyatakan lelaki kena menundukkan pandangan pada ayat 30,
kemudian barulah disusuli dengan penjagaan aurat wanita pada ayat 31. Keduanya
perlu selari, bukannya bila benda dah terjadi salahkan sebelah pihak
semata-mata kerana tidak melaksanakan suruhan tuhan. Sebab bila tak tundukkan
pandangan ni la ada kes-kes rogol bayi bahkan rogol anjing. (saya sertakan pada
gambar diatas walaupun mungkin agak ekstrim).
Saya teringat kisah
seorang suami yang bertanyakan pada seorang sheikh berkenaan kenapa isterinya
sudah tidak kelihatan cantik, walhal wanita itulah yang paling cantik sewaktu
beliau nikahinya.
Maka syeikh itu
menyatakan “Sekalipun engkau mengawini seluruh perempuan yang ada di
dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik
dalam pandanganmu dari pada mana-mana wanita”
Pokoknya, tugas lelaki itu sendiri untuk mendidik bukan menyalahkan.
Makin meningkat umur makin terasa betapa besarnya bebanan yang perlu ditanggung
terutamanya bagi mereka yang bergelar anak lelaki, bakal bergelar suami dan
juga bapa.
Tulisan ini saya tulis sebagai pesanan buat peringatan diri sendiri
semata-mata. Moga saya turut perolehi kebaikan dari apa yang saya tulis.
No comments:
Post a Comment