Saturday, 21 January 2012

Adakah dia hanya satu peralatan?


Assalamualaikum W.B.T...
Dalam kehidupan kita sebagai seorang perantau, pelbagai perkara yang akan kita temui, samaada perkara tersebut melibatkan sesuatu yang positif mahupun sebaliknya. Apa yang penting bagaimana cara kita mengaplikasinya untuk mematangkan kita kerana pengalaman itu sendiri merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan ini. Jadi, aku turut ingin mengaplikasikanya melalui penulisan ini dalam kisah suka duka kehidupan yang aku kira boleh dijadikan iktibar buat para pembaca.Bingkisan kali ini adlah berkait rapat dengan keremajaan.


“Woi, dah siap Math ke belum?” aku menyapa seorang temanku yang sedang khusyuk membuat homework. “Apa la, salam x bagi,main redah je..belum lagi la, aku baru buat soalan integrating factor ni, jom ar wat sama2” balas rakan ku sambil tersenyum.. “sory la, tergesa2 td, jom ar buat” jawab ku ringkas . Lebih kurang dalam 45 minit menelaah, datang la 2 orang lagi sahabat berhampiran kami . “Amboi, rajinnya kawan aku ni study” usik salah seorang rakanku. Malas nak melayan karenah rakanku itu, aku hanya meleretkan senyuman sahaja sebelum menyambung menekan kalkulator. 

Dalam keadaan bilik yang senyap (fokus study la kononya) ,salah seorang sahabatku memecah kesunyian bertanya kepadaku “Eh zam, kau xde suke kat sape2 ke?” . “Aish kau ni, apsal tibe2 tnya ni, abis kau plak ada suke kat sape2 ke? Sengaja ak membalas pertanyaan rakan ku itu dengan pertanyaan.Bukan apa , soalan macam tu ak dah malas fikir dah, buat masa ni aku boleh cakap aku hanya nak jatuh cinta pada pelajaran je. “haaa, knapa diam?” ak bertnya lagi kpada sahabatku itu sambil menulis formula di ruang2 kosong bukuku. Belum sempat dia membalas pertanyaanku itu, rakanku di sebelah yang dari tadi sedang khusyuk mnyiapkan tutorial mencelah “eh, kau jangan tanya kat dye.. hati tengah berbunga tu, maklumlah sedang jatuh cinta dengan si A (nama dirahsiakan). “Aik, bukan kau dengan Si B ke skrg ni? Rakanku yang lain plak menyampuk. Malas untuk turut serta dalam perbualan mereka aku memilih untuk mengunci mulut.

Rakan1: Memanglah aku dengan siB skrang tp Si A tu lawa la, fuh,kalau aku  dapat memang aku puas hati la.

Rakan2: Adoi kau ni ,memang x cukup dengan 1 la,,padahal yang siB tu pun lawa

Rakan1:Alaa kau ni, kau tolong la ak “adjust” si A ni dulu nanti aku buat ar keputusan yang mana aku pilih.

Rakan3:Macamana kalau siB tahu nanti?

Rakan1: Alaa, tu biar ak yang fikir, lagipun siB xkan tahu, confirm punya la.haha

Rakan2: Mesti kau nak jadikan yang A tu sebagai “sparepart” kejam jgk kau..hehe

Rakan1: Sebenarnya yang B tu aku nak jadikan “sparepart”..hehe



Mendengar perbualan mereka tersebut, aku hanya mampu tersenyum bagi mengambil hati mereka, untuk menyampuk aku bukannya pandai sangat dalam bab ni.Namun dalam hati aku terdetik jua perasaan kasihan kepada 2 hati wanita yang bakal dipermainkan nanti.Mungkin inilah yang dikatakan kehidupan, manusia selalu lupa dengan nikmat wajah yang elok kurniaan Allah digunakan untuk mempermainkan perasaan orang lain. Dalam gelak ketawa memenuhi bilik tersebut, akhirnya rakan studyku yang turut mengunci mulut dari tadi mula bersuara “mentang2 la ada rupa,senang2 je nak mempermainkan wanita?”  mungkin kerana sahabatku ini seorang yang dsegani maka mereka memilih utk tdk membalas.Sebelum mereka keluar dari bilik tersebut, sempat rakanku ni mengeluarkan pertanyaan “ adakah dia hanyalah sebuah peralatan?” Aku tersenyum bangga melihat kesungguhan sahabatku tersebut.

Bila direnungkan kembali peristiwa seprti ini turut mengingatkan aku supaya menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.Semoga ak tidk tergolong sbg seorang lelaki yang  hanya tahu mempermainkan wanita sahaja.Kerana, tugas lelaki itu sendiri adalah melindungi wanita. Bagi kaum wanita pula, semoga anda tidak tergolong di kalangan kaum yang mudah tertipu tehadap “kebaikan” seorang lelaki kerana menurut petikan kata2 yang ditulis penulis buku La Tahzan Kerana Cinta ,Najla Mahfuz “kadang2 sifat wanita yang terlalu romantis telah membuatkan mereka terlalu berlebih lebihan dalam menilai seorang lelaki’
Sekian.


1 comment: