Tuesday, 24 January 2012

Pesanan Sahabat sebagai “antidote” virus MALAS





Aduss, Virus malas mula melanda diri ini tatkala masa sedang sedikit demi sedikit bergerak menuju peperiksaan. Lebih kurang genap 3 hari aku berada dirumahku sempena percutian midsem. Namun agak mendukacitakan aku hanya “menjamah” 1 chapter sahaja dari subjek kimia dan fizik.Mungkin terlalu leka melayan karenah adik bongsuku yang tak henti henti mencabarku dalam perlawanan games DOTA di komputer.Saat ini, aku membayangkan pasti rakan2 seperjuanganku sedang bertungkus lumus belajar di kediaman masing masing.
                                                                     
Waktu inilah , kebimbangan mula terdetik di hati sanubari ini. Dengan virus malas menular dalam badan aku ini mampukah aku menghadapi hari hari seterusnya dengan tekad untuk belajar bersungguh. Dari situ, timbul persoalan persoalan yang tidak mampu aku jawab iaitu “berbaloikah kepercayaan yang diberikan ibu bapa terhadapku?” , “apa yang perlu aku buat untuk menghilangkan perasaan malas ini?’ Menyedari mengenai hal itu, aku cuba tekad membulatkan hati untuk membelek sedikit demi sedikit buku pelajaranku.

Namun satu perkara harus aku akui, malas itu sukar aku kikis, namun aku tetap mencuba .Sewaktu mengambil buku dari beg , aku terpandang satu kata2 hikmah dari kulit belakang buku yang mengambil petikan dari kata2 pengasas Microsoft, Bill Gates.. “I failed some subject in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft, and I am the owner of Microsoft” . Melihat kata2 ini, aku teringat pesanan salah seorang sahabatku di kotak chat semasa online sebelum ini.
Aku pernah menghantar chat mengucapkan kpd beliau “ mustahil untuk aku berjaya seperti mung”
Balasnya ..“xde bnd yg mustahil ...mg kne pgg kter2 bill gates..myb ak blaja jauh,tp xmustahil mg brjye dlm idup lbh dr ak..kan..???”
 
Bila direnungkan kembali, aku sedar tiada yang mustahil dalam dunia ini jika Allah mengehendakinya (barang sesiapa yang menuai maka dia akan dapat hasilnya) maka setiap manusia yang berusaha itu pasti akan dapat ganjaran dengan izin Allah.  Sebagai manusia aku sering terlupa hakikat ini .Terima kasih sahabat kerana menghantar pesanan “antidote” untuk virus malas ini.Oleh itu, aku perlu bangkit sekarang demi kepercayaan dari ibu bapa, sahabat2 yang sentiasa berada di belakang selama ini.
Hapuskan sifat MALAS sekarang jua kerana ia adalah RACUN kepada KEGAGALAN. Manakala RAJIN itu penawar paling mujarab.Sama2 kita renungkan. 
Sekian
p/s : credit to one of my besfren _
 
 
 

2 comments: