Pernah tak korang mengalami kejadian seperti ini?
gambar ini candid ok sebelum ianya diedit |
Tak payah cakap la..confirm punya tambah pulak kalau lecture korang tu memberi lecture macam nak suruh korang tido (Jangan mengata lecturer haha). Tapi lain la korang sebenarnya mempunyai fokus tinggi macam gunung Everest tuh. Masalah fokus dan mengantuk ni bukannya perkara pelik bagi insan yang bergelar student kan? Masuk kelas dengan semangat yang membara namun terkulai sepuluh minit kemudian. Kebiasaannya terjadi sebab duk barisan paling belakang la ni.
Jadi, entri aku kali ni bukannya nak bagi tips untuk menghilangkan mengantuk dalam lecture hall pasal rasenyas ejak zaman sekolah lagi untuk elak mengantuk cikgu selalu pesan tidur awal, catat nota, selalu fokus dan macam macam lagi la. Semuanya streotaip kan? padahal cikgu pun selalu jugak mengantok kan? haha btul la sebab ianya normal dan ubat mengantuk hanyalah tido.
Apepun sebenarnya semangat nak belajar tu yang paling penting, InsyaAllah kalau ada semangat, fokus tu akan datang dengan sendirinya. Sebab aku pun pernah merasai semangat tu walaupun banyak kali jugak tertewas
Seriously semangat aku pun bukannya selalu mantain pun.Sedangkan iman pun sentiasa bertambah dan berkurang apatah lagi semangat belajar yang sememangnya sudah suam suam kuku ni. Namun, kerana cinta dan minat pada engineering , maka ku gagahi langkah untuk mengorak kejayaan demi nusa dan bangsa #ayat bajet #
Sekian la post ringkas dari ambo. Ingat, Allah tak pandang hasil tetapi Allah pandang usaha. Jom pakat pakat renung.
Wassalam
p/s; macam takde mood je semenjak 2 menjak ni :)