“Jangan sesekali tewas dengan masalah percintaan”
Kisah ini merupakan kisah benar seorang kenalan aku yang
lebih tua yang diceritakan kepadaku untuk aku jadikan pengajaran.Dan dengan
mendapat kebenaran beliau,rasanya sesuai untuk diceritakan untuk dijadikan
iktibar pada semua pembaca.
Mengisahkan seorang jejaka yang menyambung pelajaran ke luar
negara kalau kat London. Beliau merupakan seorang pelajar yang berprestasi
tinggi tak kurang tinggi juga akhlaknya. Sebelum menyambung pelajaran ke luar
negara , beliau telah menyatakan perjanjian dengan kekasih hatinya untuk sama
sama setia antara satu sama lain walaupun berjauhan antara benua.
Selama berjauhan ,jejaka tersebut masih merasakan
kebahagiaan berbekalkan kerinduan kepada kekasih hatinya walau cuma berbalas e
mel sahaja. Beliau yakin kekasih hatinya itu seorang yang setia. Namun, tidak selama selepas itu, beliau merasakan
hubungan mereka semakin hambar. Emel yang dikirim hanya berbalas sekali
seminggu bahkan kadang kadang lansung tidak berbalas. Pada fikirannya mungkin
kekasihnya itu sibuk.
Ibarat mengharapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di
tengah hari, akhirnya beliau mendapat tahu bahawa kekasihnya itu sudah lama
curang kepadanya. Bayangkan betapa sakit dan sedihnya hati beliau bila mendapat
tahu kesetiaan selama ini lansung tidak dihargai. Beliau lansung tidak dapat
fokus dengan sesi pembelajaran yang sedang diikuti.Fikiran kusut dan menjadi
tidak keruan. Barulah beliau tahu beginilah bagaimana rasanya putus cinta.
Ketika pengajian berbaki tiga tahun sahaja
lagi, beliau buntu mampukah beliau meneruskan dengan keadaan beliau sekarang.
Lebih 6 bulan berlalu, si ibu kepada jejaka tersebut berasa
hairan apabila lansung tidak menerima panggilan daripada anak terunanya.
Terkejut bukan kepalang si ibu apabila mendapat tahu bahawa anaknya sudah 5 bulan berhenti belajar di kota London pulang
ke Malaysia.Dengan bantuan beberapa sahabat jejaka tersebut, akhirnya si ibu
berjaya menemui anaknya di rumah sewa yang mana kehidupan anaknya dilihat jauh
berbeza berbanding sebelum ini. Dengan keadaan beliau yang tidak terurus dan
kelihatan tidak betul(mungkin kerana tekanan), sayu hati ibu melihat anaknya yang dulu seorang yang
berpelajaran.Akhirnya si ibu membawa pulang jejaka tersebut ke rumah untuk ‘diubati’
dengan sesi kaunseling dan pengisian rohani secukupnya.
Alhamdulillah, sekarang ini jejaka tersebut berada di tahun
akhir di UNIKL dalam bidang kejuruteraan. Akhirnya beliau mampu bangkit kembali
setelah hampir ditewaskan sesuatu yang dirasakan membawa kebahagiaan tapi
membuatnya merana. Sesuatu dipanggil
CINTA. Walaupun beliau berasa sangat rugi dengan masa lampau namun jauh di
sudut hati terbit rasa syukur kerana Allah memberi peluangnya bangkit setelah
beliau merasai keperitan cinta.
Cinta manusia mudah hilang tetapi cinta Allah kekal selamanya
Cinta manusia mudah hilang tetapi cinta Allah kekal selamanya
bukan semua manusia bernasib baik untuk berkahwin dengan insan yang mereka cinta dan telah lama berkenalan.
ReplyDeleteBetul tu, pakat ambil yg positif ye
Deletesemuanya berlaku ada hikmahnya :)
ReplyDeleteItulah karma kehidupan :)
DeleteHmm.. STUDY MORE ..
ReplyDeleteyup..
Deletealhamdulilah .. semua ni sebab cinta je ..
ReplyDeletetq sudi jenguk
Deletecinta itu....erkkkkk
ReplyDeletetu lah akibat terlalu tinggikan cinta..cinta melebihi tuhan..akhirnya tuhan tarik jugak nikmat cinta..nasib baik tuhan gantikan dgn kekuatan semangat utk bangkit hidup semula..nice sharing..boleh diambil jadi pengajaran..thanks..:-)
ReplyDelete