Tuesday, 25 September 2012

Cucu cucuku meninggal

Assalamualaikum W.B.T

Sungguh publisiti tajuk yang aku guna ni.  Kahwin pun tak lagi macammane boleh ada cucu, sememangnya tak masuk akal lansung. Mungkin ada insan yang membaca sedang berkata "publisiti la mung ni" kepada aku haha. (memang buruk sangka sungguh aku) padahal pembaca sedang membaca tekun tulisan aku ni.PERASAN.
Ni la cucu cucu aku yang baru lahir.


Ni la baby arnab aku yang baru lahir . Agak terkilan kerana aku tiada di rumah (maklumlah siswa sekarang) untuk menjaga dan aku baru mendengar berita mereka sudah kembali ke Rahmatullah. Cewah, statement nak mantap je. Penjagaan baby arnab ni memang sukar sebabnya ibunya sendiri "malas" nak jaga lebih lebih lagi anaknya sudah disentuh manusia saat awal kelahiran.

So, meh la nak kongsi sikit tips jaga arnab baru lahir yang aku dpat dari BLOG awesome ni

"Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut."

Bagaimana cara nak sama2 menjaganya kalau ibunya tak nak?
  1. Paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab  tersebut.
  2. Guna picagari dilengkapi tiub untuk menyusukan anak arnab tersebut. 
Sebenarnya aku pun tak pasti yang mane ibunya

 So, macam tu la perkongsian kisah kali ini, frust tu memang frust sebab kita jaga arnab tu dari awal awal lagi tapi cuba bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak yang dijaganya bertahun tahun. Hilang baby arnab pun frust apatah lagi kehilangan manusia yang disayangi. Apepun ketentuan Allah itu adalah yang paling terbaik. Semoga setiap perkara yang terjadi memberikan iktibar kepada kita.

2 comments: