Friday, 31 May 2013

Mereka Makin Bertambah

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, sempat saya pulang ke rumah. Nasib agak menyelebahi kelas semua dah habis, boleh la balik awal sekejap. Kata orang, balik sebagai "booster" semangat untuk study week ni. Apa yang agak menarik di rumah sebenarnya? Semestilah melihat "anak-anak" yang kian membiak. No over-talking, jom tengok arnab-arnab gua.

Beliau dan 2 babynye yang berusia sebulan
Si putih bermata hitam

6 beradik sedang menikmati jamuan

Pemalu. Bakal melahirkan anak 3-4 minggu lagi.
Bersama anaknya yang berusia seminggu.
Pemberian dari Harun Hazim sepupu aku.

Bersama anak-anaknya yang berusia seminggu lebih.



Kalau dihitungkan termasuk beberaka ekor yang tiada dalam gambar, semuanya ada 24 ekor, pertambahan yang agak positif setelah hampir setahun mula berkecimpung dalam penternakan arnab ini. (Actually 1 bulan lagi nak cukup setahun). Sebenarnya membela binatang ni turut mengajar manusia erti kesyukuran, kasih sayang dan kehebatan ciptaan Allah.Jom tengok video arnab gua menyusukan baby2 beliau.

Video Gelagat Arnab Menyusu (Klik sini)


Monday, 20 May 2013

Perbandingan Asasi/Matrikulasi VS Diploma


Assalamualaikum W.B.T



Entri ini saya ingin berkongsi pandangan mengenai perbandingan Matrik/Asasi dengan Diploma. Matrikulasi dan Asasi mempunyai banyak persamaan (kalau nak tengok perbandingan sila KLIK SINI) . Baiklah, secara amnya terdapat pro dan kontra mengenai perbandingan antara Matrikulasi/Asasi dengan Diploma.



DIPLOMA

  • Sistem pembelajaran agak rileks dan mudah.
  • Habis diploma sudah boleh bekerja.
  • Masa yang diambil adalah selama 3 tahun.
  • Seandainya tidak skor pointer 3.0 above agak sukar untuk sambung degree.
  • Kelebihan dalam praktikal dan kurang sikit bahagian theori (semasa sambung degree).
  • Kurang berisiko berbanding Matrikulasi
  • Kalau diploma under Univerisiti , InsyaAllah senang masuk Universiti tersebut :)


MATRIKULASI/ASASI
  • Menjimatkan masa untuk menyambung degree.
  • Nak sambung degree mudah tetapi hendak dapatkan course yang dikehendaki kena fight.
  • Sistem pembelajaran agak laju.
  • Peraturan upgrade sikit dari sekolah(Matrik).
  • Untuk matrik, lecturer masih boleh diibaratkn sebagai cikgu (ambil cakna pelajar)
  • Praktikal sedikit tapi agak kelebihan dari teori.
  • Seandainya pernah gagal di SPM, inilah tempat sesuai untuk "comeback" bagi mendapatkan course yang diminati seperti Medic dan Engineering.

Pandangan saya:
Saya lebih mencadangkan untuk memilih Matrikulasi ataupun Asasi kerana:
1)Dunia sekarang memerlukan Degree,dan cara paling pantas adalah 1 tahun di matrikulasi atau asasi.
2)Matrik dan Asasi memang laju, tapi dimana ada kemahuan dan kesungguhan kita akan berjaya.
3)Bila sebut belajar memang tiada istilah senang.
4)Peraturan tidaklah ketat seperti yang dibayangkan(ia bukannya ibarat penajra seperti asrama sekolah dulu)
5)Student Asasi dan Matrikulasi mempunyai sistem study yang agak stabil semasa Degree :)

Apapun, semunya bergantung pada pilihan anda, saya tidak menyatakan belajar Diploma tidak boleh berjaya. Bahkan sahabat-sahabat saya yang mengikuti pengajian Diploma kini ramai yang berjaya berbanding Matrikulasi dan Asasi. Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Buatlah pilihan diri sendiri tanpa mengikut kawan atau paksaan sesiapa.  Belajarlah kerana Allah :)

Semoga berjaya :)