Bagi entri kali ini, sedikit mengenai perkongsian mengenai haluan lepasan SPM khas buat student-student yang akan meneruskan pelajaran bagi program Asasi dan Matrikulasi. Sebelum itu, adakah anda mendapat gambaran yang agak jelas mengenai Asasi dan Matrikulasi ni?
Secara ringkasnya, program Asasi dan Matrikulasi ini tidak mempunyai perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan laluan yang dipilih bagi diploma dan A'Level. Jom tengok persamaan dulu.
Persamaan :
- Kedua-dua program merupakan Pra-U sebelum menyambung ke peringkat degree (Ijazah)
- Silibus yang dipelajari hampir sama bahkan student asasi turut boleh menggunakan sukatan pelajaran atau silibus yang turut digunakan di Matrikulasi.
- Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama (Belajar laju dalam jangkamasa yang singkat)
- Tempoh belajar paling pantas iaitu 1 Tahun.
Perbezaan :
- Kehidupan di Asasi lebih "bebas" berbanding dengan Matrikulasi yang lebih terikat dengan peraturan-peraturan macam sekolah (Sebenarnya tak semua matrik peraturannya ketat)
- Program Matrikulasi turut menyediakan program tempoh 2 tahun berbanding Asasi yang hanya menyediakan 1 tahun.
- Kelayakan untuk masuk ke Asasi lebih tinggi berbanding dengan Matrikulasi.
- Persaingan bagi pelajar Matrikulasi adalah lebih tinggi berbanding dengan Asasi.
- Student Asasi tidak perlu bekerja keras untuk kokurikulum berbanding dengan pelajar Matrikulasi yang turut perlu fokus kepada 10% untuk bahagian kokurikulum.
- Menariknya Matrikulasi adalah Karnival Kokurikulum (KAKOM) iaitu pertandingan sukan seluruh matrik berbanding Asasi yang tiada karnival seumpama itu.
- Fasiliti kediaman dan kelas pembelajaran di Asasi jauh lebih canggih berbanding di Matrikulasi.
Jadi, begitulah serba sedikit mengenai perbandingan antara program Matrikulasi dan Asasi. Bagi diri ini, tidak kiralah mana jalan yang kita pilih, kita adalah siapa diri kita. Kita yang menentukan kejayaan kita. Jika program Asasi dikatakan hanya untuk pelajar pelajar cemerlang, tetapi bila tibanya peringkat ijazah, pelajar Matrikulasi turut mampu menyaingi.
Jikalau ditanya, sudah tentu saya akan mengesyorkan supaya memilih Asasi kerana bagi saya keselesaan dan kemudahan prasarana yang agak menarik. Namun, sebagai pelajar lepasan Matrikulasi, saya turut tidak menolak kelebihan dan keseronokan semasa berada di Matrikulasi. Berada di Matrikulasi,melatih diri menjadi pelajar yang menyahut cabaran dalam pembelajaran. Kesimpulan, pilih la jalan yang dirasakan sesuai untuk diri sendiri.
Selamat berjaya. Wassalam