Assalamualaikum W.B.T
Entri ini saya ingin
berkongsi pandangan mengenai perbandingan Matrik/Asasi dengan Diploma.
Matrikulasi dan Asasi mempunyai banyak persamaan (kalau nak tengok perbandingan
sila KLIK SINI) . Baiklah, secara amnya terdapat pro dan
kontra mengenai perbandingan antara Matrikulasi/Asasi dengan Diploma.
DIPLOMA
- Sistem pembelajaran agak rileks dan mudah.
- Habis diploma sudah boleh bekerja.
- Masa yang diambil adalah selama 3 tahun.
- Seandainya tidak skor pointer 3.0 above agak sukar
untuk sambung degree.
- Kelebihan dalam praktikal dan kurang sikit bahagian
theori (semasa sambung degree).
- Kurang berisiko berbanding Matrikulasi
- Kalau diploma under Univerisiti , InsyaAllah senang masuk Universiti tersebut :)
MATRIKULASI/ASASI
- Menjimatkan masa untuk menyambung degree.
- Nak sambung degree mudah tetapi hendak dapatkan course
yang dikehendaki kena fight.
- Sistem pembelajaran agak laju.
- Peraturan upgrade sikit dari sekolah(Matrik).
- Untuk matrik, lecturer masih boleh diibaratkn sebagai
cikgu (ambil cakna pelajar)
- Praktikal sedikit tapi agak kelebihan dari teori.
- Seandainya pernah gagal di SPM, inilah tempat sesuai
untuk "comeback" bagi mendapatkan course yang diminati seperti
Medic dan Engineering.
Pandangan saya:
Saya lebih mencadangkan
untuk memilih Matrikulasi ataupun Asasi kerana:
1)Dunia sekarang
memerlukan Degree,dan cara paling pantas adalah 1 tahun di matrikulasi atau
asasi.
2)Matrik dan Asasi
memang laju, tapi dimana ada kemahuan dan kesungguhan kita akan berjaya.
3)Bila sebut belajar
memang tiada istilah senang.
4)Peraturan tidaklah
ketat seperti yang dibayangkan(ia bukannya ibarat penajra seperti asrama
sekolah dulu)
5)Student Asasi dan
Matrikulasi mempunyai sistem study yang agak stabil semasa Degree :)
Apapun, semunya
bergantung pada pilihan anda, saya tidak menyatakan belajar Diploma tidak boleh
berjaya. Bahkan sahabat-sahabat saya yang mengikuti pengajian Diploma kini
ramai yang berjaya berbanding Matrikulasi dan Asasi. Semuanya berbalik kepada
diri sendiri. Buatlah pilihan diri sendiri tanpa mengikut kawan atau paksaan
sesiapa. Belajarlah kerana Allah :)
Semoga berjaya :)