Sering terjadi apabila seseorang diberikan kuasa sebagai
seorang pemimpin terutamanya dari kalangan anak-anak muda bergelar mahasiswa
ini, mereka mudah untuk tergelincir dek kerana merasai “keseronokan” dipuji dan
dilambung-lambung. Walhal mereka perlu sedar jawatan yang disandang itu
sifatnya sementara berpaksi kepada kuasa sejenak semata-mata. Umpama roda,
kehidupan ini berpusing, kuasa yang kita ada tak semestinya akan kekal
selama-lamaya. Oleh kerana itulah, saya berpandangan dengan kuasa yang kita
perolehi, seharusnya kita faham membezakan antara “kuasa formal” dan “tidak
formal” seterusnya bijak mengaplikasikan mengikut situasi.
Saya berikan dua situasi yang berbeza:
Situasi pertama:
Amin sebagai presiden kelabnya mengenakan arahan kepada Exco
Kelab untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Namun begitu, oleh kerana Exco
tersebut lambat melaksanakan tugasnya, maka beliau telah menghukum Exco
tersebut untuk tidak boleh mengikuti percutian bersama ahli-ahli kelab lain
atas alasan tidak cemerlang. Manakala Exco yang sentiasa cepat menjalankan
tugas, Amin akan memberikan imbuhan-imbuhan yang lumayan kepada mereka sebagai
katalis untuk mereka lebih cemerlang pada masa hadapan. Setiap kali
perbincangan, Amin kadangkala tidak hadir kerana kesibukan namun seringkali
bercanggah keputusan dengan ahli-ahli kelabnya. Apabila dipersoalkan, beliau
sentiasa menggunakan ayat “ahli-ahli kena sentiasa menghormati keputusan
Presiden”.
Situasi ke dua:
Faiz sebgai presiden kelabnya mengajak Exco kelabnya
melaksanakan tugas yang diberikan bersama-sama kerana beliau faham exco
tersebut masih hijau lagi dalam organisasi. Beliau tidak mampu memberikan
insentif kepada Exco yang cemerlang melaksanakan tugasan namun ucapan terima
kasih dan penghargaan sentiasa meniti di bibirnya. Setiap kali perbicangan
juga, beliau menjadikan dirinya orang terawal sampai di bilik mesyuarat.
Situasi pertama adalah berkaitan pemimpin yang mengaplikasikan
“Kuasa formal” yang mana pemimpin meluaskan pengaruh dengan menggunakan kedudukannya
dalam sesuatu organisasi. Kebiasaanya, bagi mendapatkan penyelesaian tugasan
dengan pantas, ada pemimpin yang menawarkan insentif bagi meningkatkan moral
anak-anak buah. Perkara ini tidak salah sebenarnya kerana bagi merkea, kuasa
dan kedudukan yang sah berhak dalam memberi ganjaran dan menghukum seseorang.
Pemimpin sebegini tidak cenderung untuk berkongsi rahsia bersama ahli-ahli
dibawah pimpinannya kerana bimbang dipersoalkan sebarang keputusan yang dibuat
pada kemudian hari.
Manakala situasi ke dua adalah berkaitan dengan “Kuasa
informal”. Dalam aplikasi kuasa informal ini, pemimpin tidak terdesak
menggunakan kedudukannya sebagi agen meluaskan pengaruh sebaliknya mempengaruhi anak buahnya seperti menjadikan diri sebagai contoh , bersikap
jujur dan menonjolkan diri dengan kadar yang disenangi anak-anak didik. Pemimpin
sebegini lazimnya akan menjadikan konsep kepimpinan melalui teladan sebagai
asas atau konsep bagi membantu dan meyakinkan insan-insan yang dipimpin kerana
mereka yang dibawah akan lebih selesa untuk berkerja. Namun begitu, tidak
dinafikan pemimpin pelajar yang mengimplementasikan konsep kuasa tidak formal
ini memang memerlukan kesabaran yang tinggil dalam membentuk insan-insan yang
dipimpin. Bukan semua orang mampu bekerja tanpa ganjaran. Atas ebab itulah
ramai pemimpin yang mengikat insan dipimpin dengan budaya ketakutan melalui perlaksanaan
hukuman.
Saya berpandangan kedua-duanya perlu seimbang. Oleh kerana
itulah, elemen penting yang perlu ada untuk menyeimbangi kedua-kedua
perlaksanaan kuasa ini adalah karisma. Karisma adalah daya penarik individu
adalah sumber kuasa personal. Amanah, tanggungjawab dan kejujuran merupakan
antara rantaian-rantaian efektif dalam mempengaruhi ahli-ahli organisasi. Insan
yang dipimpin didapati akan cenderung untuk mengenali pemimpin tersebutdan
mencontohi dari segi sikap dan tingkah laku mereka. Pemimpin seperti ini juga
tidak akan teragak-agak untuk memberikan insentif seandainya ianya wajar
dikongsi bukan semata-mata untuk disimpan buat diri sendiri semata-mata. Ianya
lebih kepada konsep berkongsi kegembiraan dan kedukaan dalam sesebuah
organisasi.
No comments:
Post a Comment