Tuesday, 16 January 2018

Belajarlah memaafkan

Pernah tak suatu saat kita sangat sakit hati dengan seseorang?

Ianya boleh hadir kerana berlakunya salah faham yang berlaku antara kalian, selain mulut atau tulisan seseorang itu menyakiti kita dek kerana emosi mereka terlampau laju bergerak melebihi isyarat yang dihantar kepada Cerebrum supaya bertenang dan rileks.

Saat itulah kita dijangkiti virus-virus emosi yang membawa kepada sakit hati. Lebih-lebih lagi, kalau jiwa kita meronta dan memberontak menyatakan mereka yang menyakiti kita itu lebih bersalah dalam sebarang isu salah faham.

Saya faham agak sukar untuk memaafkan kesalahan orang. Perlukan kekuatan dan keikhlasan luar biasa. Bahkan smpai satu tahap, bila sudah memaafkan sekalipun, luka yang ditoreh masih berbekas dan parut yang tinggal tidak mudah dirawat dengan sekadar kata-kata.

Namun jauh dari sudut hati, hakikatnya hidup dengan dendam turut memberi kesan kepada kita. Saya faham sangat bagaimana rasa sakit hati apabila dihukum dengan psikologi, kata-kata hinaan sindiran ataupun persepsi negatif yang dilontarkan pada diri. Saya pernah lalui dan saya percaya semua orang pernah lalui perkara seperti ini. Bahkan mungkin lebih dasyat dan teruk dari apa yang saya lalui.

Kita sentiasa tidak akan tenang dengan dendam. Maafkan semua orang percayalah walaupun sukar, kita akan memperolehi ketenangan malahan kehidupan kita pun akan dibantu oleh tuhan.

No comments:

Post a Comment