Tuesday, 23 January 2018

Ibrah dari Pengetua Sempoi

Terbit rasa ingin berkongsi pengalaman menarik di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Kami hadir atas tujuan ingin bekerjasama melaksanakan program motivasi bersama pihak sekolah secara sukarelawan dibawah anjuran Alumni Universiti.  Jadi seperti kelaziman sekolah-sekolah lain, kami akan ke pejabat untuk bertemu dengan Pengetua sekolah.

Sesampainya disana, kami dimaklumkan bahawa Pengetua tiada di pejabat. Pada fikiran kami jelas agak risau la juga nak menunggu pengetua. Tapi kami dimaklumkan kerani yang kami boleh mencari Pengetua di sekitar kawasan sekolah sebab Pengetua jenis suka keluar pejabat dan tidak kisah bertemu di mana-mana tempat di sekitar sekolah.

“Tuan Ishak”

Maka dengan panduan nama pengetua yang diberi, maka berjalanlah kami bertanyakan pada para pelajar tentang keberadaan beliau. Dapat info menyatakan Pengetua sekarang berada di kelas tingkatan 4, bangunan hujung paling atas. Terus kami bergegas kesana.

Sesampainya tingkat atas, kami agak keliru, nak bertemu terus takut mengganggu. Jadi kami fikir, sekurang-kurangnya kami beritahulah dulu untuk bertemu selepas habis kelas. Segan juga, nasib baik ada seorang adik pengawas membantu mewakilkan kami untuk bertemu.

Pengetua keluar kelas, tangannya dihulur terlebih dahulu mengalu-alukan kedatangan kami. 5 minit kami terangkan secara ringkas, terus beliau ajak berbincang di kantin. Menariknya, dia minta untuk salah seorang dari kami mengendalikan kelas beliau (rasanya bukan kelas, more kepada taklimat program gotong royong).

Perbincangan berjalan pantas. Persetujuan dicapai. Masa selebihnya banyak lebih kepada kami menerima input dari beliau berkenaan pandangannya mengenai dunia pendidikan. Dalam masa 2 jam saya banyak belajar banyak perkara secara tak lansung dari beliau antaranya

1.       Prinsip beliau yang menyatakan “Pengetua hanyalah di waktu pejabat, diluar pejabat saya adalah cikgu sama seperti orang lain”

2.       Sikapnya humble. Bahkan saya tertarik apabila dengan pekerja kantin pun beliau meminta maaf bila terpaksa mencelah perbualan untuk memesan makanan.

3.       Mendidik anak murid biarlah berpaksi pada agama tetapi biarlahnya menyeluruh dari segi akhlak, softskill, kesukanan dan lain-lain.

Saya tanya dengan niat mahu menduga jawapannya “Tuan tak risau ka, konsep “sempoi, santai” macam ni menyebabkan cikgu-cikgu ambik kesempatan pada tuan?”

Dia jawab tenang “Itu bukan soal saya untuk fikirkan, saya cuba sebaik mungkin berpegang pada agama, yang lain cikgu-cikgu fikir sendiri, soal keberkatan mereka dengan Allah saya hanya boleh menasihat, kalau ikhlas, Allah S.W.T akan bagi lebih dari apa yang kita minta”

Jauh dari sudut hati, saya agak kagum dengan kebergantungan beliau pada tuhan. Satu tamparan buat saya sendiri yang masih banyak merungut dengan kesukaran ujian dalam hidup.

Terima kasih Tuan Ishak, Pengetua SMK Jalan Tiga untuk pengajaran yang simple tapi berguna untuk kami yang bercita-cita menjadi seorang pendidik ni.


*Kami pun baru tahu, Tuan Ishak inilahah juga guru Penolong Kanan yang cedera parah dipukul samseng demi melindungi anak muridnya pada tahun 2012. Rujuk kes di petikan akhbar http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120617/je_07/Polis-tahan-17-lagi-lelaki-serang-pelajar-SMK-Cheras-Perdana

Gambar kenang-kenangan


No comments:

Post a Comment