Aduss, Virus malas mula melanda diri ini tatkala masa
sedang sedikit demi sedikit bergerak menuju peperiksaan. Lebih kurang genap 3
hari aku berada dirumahku sempena percutian midsem. Namun agak mendukacitakan
aku hanya “menjamah” 1 chapter sahaja dari subjek kimia dan fizik.Mungkin
terlalu leka melayan karenah adik bongsuku yang tak henti henti mencabarku
dalam perlawanan games DOTA di komputer.Saat ini, aku membayangkan pasti rakan2
seperjuanganku sedang bertungkus lumus belajar di kediaman masing masing.
Waktu inilah , kebimbangan mula terdetik di hati sanubari
ini. Dengan virus malas menular dalam badan aku ini mampukah aku menghadapi
hari hari seterusnya dengan tekad untuk belajar bersungguh. Dari situ, timbul
persoalan persoalan yang tidak mampu aku jawab iaitu “berbaloikah kepercayaan
yang diberikan ibu bapa terhadapku?” , “apa yang perlu aku buat untuk
menghilangkan perasaan malas ini?’ Menyedari mengenai hal itu, aku cuba tekad
membulatkan hati untuk membelek sedikit demi sedikit buku pelajaranku.
Namun satu perkara harus aku akui, malas itu
sukar aku kikis, namun aku tetap mencuba .Sewaktu mengambil buku dari beg , aku
terpandang satu kata2 hikmah dari kulit belakang buku yang mengambil petikan
dari kata2 pengasas Microsoft, Bill Gates.. “I failed some subject in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in
Microsoft, and I am the owner of Microsoft” . Melihat kata2 ini, aku teringat pesanan salah seorang sahabatku di kotak
chat semasa online sebelum ini.
Aku pernah menghantar chat mengucapkan kpd
beliau “ mustahil untuk aku berjaya seperti mung”
Balasnya ..“xde bnd yg mustahil ...mg kne pgg
kter2 bill gates..myb ak blaja jauh,tp xmustahil mg brjye dlm idup lbh dr
ak..kan..???”
Bila direnungkan kembali, aku sedar tiada
yang mustahil dalam dunia ini jika Allah mengehendakinya (barang sesiapa yang
menuai maka dia akan dapat hasilnya) maka setiap manusia yang berusaha itu
pasti akan dapat ganjaran dengan izin Allah.
Sebagai manusia aku sering terlupa hakikat ini .Terima kasih sahabat
kerana menghantar pesanan “antidote” untuk virus malas ini.Oleh itu, aku perlu
bangkit sekarang demi kepercayaan dari ibu bapa, sahabat2 yang sentiasa berada
di belakang selama ini.
Hapuskan sifat MALAS sekarang jua kerana ia
adalah RACUN kepada KEGAGALAN. Manakala RAJIN itu penawar paling mujarab.Sama2
kita renungkan.
Sekian
p/s : credit to one of my besfren _
nice entry..gud luck in your life..
ReplyDeleteTQ... same goes to you
ReplyDelete