Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Showing posts with label Islamik. Show all posts
Showing posts with label Islamik. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

Rasa kosong

Pernah tak, kita rasa begitu serabut.
At the same time, kita berasa kosong.
Ianya sukar digambarkan melalui penulisan dan kata-kata.
Kadang-kadang kita rasa takut, gelisah, tak tenteram dan sebagainya.

Yes, exactly itulah apa yang dirasakan sekarang ini.
Bahakan diri ini tahu punca-punca berlakunya sebegini.
Ya, jauh dari tuhan dekat dengan nafsu.
Sungguh aku rindu disaat semangat aku beribadah sedang menggunung.

Antara yang aku baca ialah :

Mengadap smartphone, belek Whatsapps, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter, menonton Astro Akademi Fantasia, Redah Kasi Pecah Extravaganza, Maharaja Lawak Mega, drama "Istikharah Cinta", "Suamiku Encik Sotong", "Cinta Ibadah" sekalipun tidak tenang. Pernah tak hadapi situasi seperti ini? 

Jiwa tak tenteram, mungkin ada sesuatu yang perlu kita teroka untuk mencari jawapan"kenapa jiwa ini terasa kosong?" 

Genggam tangan. 
Istighfar. 
Urut dada. 
Tanya diri, "Apa khabar hati?" 

Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? Solat tetap buat, tapi hati gelisah? Sudahkah kita baca dan hafal Al-Quran walaupun sepotong ayat? Atau terlalu asyik mendengar lalu menghafal lirik lagu yang melalaikan sehingga tidak pernah terfikir nak hafal ayat-ayat Al-Quran? 

Atau mungkin kita alpa dan membiarkan hati anda dikotori elemen-elemen maksiat mungkin? Banyak mengadu-domba? Banyak makan dari hasil yang haram atau berunsur syubahah? Banyak melihat perkara yang mungkar? Banyak luangkan masa dengan hiburan yang melalaikan? Banyak berkunjung ke tempat yang lagho (tidak berfaedah) melewati gedung yang berpusu-pusu orang, lalu solat diabaikan? Selalu melewati masjid (rumah Allah) tetapi tidak pernah singgah? Banyak membelek peribadi seseorang sehingga syaitan pun berbisik lalu membawa kepada ghurur? 


Tuesday, 16 January 2018

Belajarlah memaafkan

Pernah tak suatu saat kita sangat sakit hati dengan seseorang?

Ianya boleh hadir kerana berlakunya salah faham yang berlaku antara kalian, selain mulut atau tulisan seseorang itu menyakiti kita dek kerana emosi mereka terlampau laju bergerak melebihi isyarat yang dihantar kepada Cerebrum supaya bertenang dan rileks.

Saat itulah kita dijangkiti virus-virus emosi yang membawa kepada sakit hati. Lebih-lebih lagi, kalau jiwa kita meronta dan memberontak menyatakan mereka yang menyakiti kita itu lebih bersalah dalam sebarang isu salah faham.

Saya faham agak sukar untuk memaafkan kesalahan orang. Perlukan kekuatan dan keikhlasan luar biasa. Bahkan smpai satu tahap, bila sudah memaafkan sekalipun, luka yang ditoreh masih berbekas dan parut yang tinggal tidak mudah dirawat dengan sekadar kata-kata.

Namun jauh dari sudut hati, hakikatnya hidup dengan dendam turut memberi kesan kepada kita. Saya faham sangat bagaimana rasa sakit hati apabila dihukum dengan psikologi, kata-kata hinaan sindiran ataupun persepsi negatif yang dilontarkan pada diri. Saya pernah lalui dan saya percaya semua orang pernah lalui perkara seperti ini. Bahkan mungkin lebih dasyat dan teruk dari apa yang saya lalui.

Kita sentiasa tidak akan tenang dengan dendam. Maafkan semua orang percayalah walaupun sukar, kita akan memperolehi ketenangan malahan kehidupan kita pun akan dibantu oleh tuhan.

Sunday, 7 January 2018

Kata-kata Umi

Assalamualaikum W.B.T

Tulisan ini saya tulis secara spontan. Disaat saya termenung panjang buntu memikirkan bagaimana progres research master yang perlu saya bentangkan pada esok hari. Tiba-tiba, terngiang-ngiang kembali kata-kata umi(emak saya yang saya bahasakan sebagai umi) semasa di kami berkomunikasi melalui telefon semalam.

Pada awalnya, umi berbual seperti biasa, menceritakan apa yang berlaku seharian di rumah selain berkongsi kepenatan berada di sekolah. Hingga pada akhirnya Umi mula nak berkongsi tentang apa yang diperbualkan dengan ayah semasa mereka makan bersama. Perbualan ringkas yang dikongsikan itu cukup menusuk ke hati,menyentapkan dan menginsafkan saya.

Semasa di meja makan ayah memulakan bicara

"Alhamdulillah, keluarga kita dilimpahi dengan rezeki yang cukup luas, anak-anak semua baik budi pekerti, berjaya dalam bidang masing-masing cuma ada satu je kesilapan kita"

"apa tu?" umi soal kembali.

"Kita tak hantar salah seorang anak kita untuk mendalami ilmu agama secara serius, yang boleh menjadi imam jenazah kita nanti, yang boleh bantu kita pada akhirat nanti"

Umi pula menyambung "Mungkin salah saya juga dulu sebab terlalu kesiankan anak-anak sebab takut anak tak boleh menghafal, kita paksa takut dia tak suka, sebab masa tu saya ingat kalau anak kita tak hantar ke sekolah agama atau mana2 institusi yang berteraskan agama, tak semestinya mereka tak boleh jadi insan yang patuh teguh pada agama"

Kami adik beradik lelaki bukanlah jahat. Kami bukan buat perkara-perkara yang dilarang agama. Kami solat 5 waktu.Bahkan kalau solat maghrib dan Isyak memang selalu kami pergi berhemaah. Cuma betul macam Umi dan Ayah mahukan supaya kami serius menjaga agama. Bagaimana contohnya, Umi memberitahu saya, solat subuh berjemaah kita dah boleh tengok sejauh mana kekuatan iman anak-anak kita.  Dia mahu tengok anak-anak mampu menjadi Imam dengan betul dan tepat bacaannya. Tak perlu dikejut untuk solat subuh berjemaah. Boleh bangun sendiri untuk tahajuud.

Terus saya tersentak. Jauh memikirkan kebenarannya.

Saya cuma boleh mengatakan, Umi dan Ayah tak pernah salah dalam mendidik kami adik-beradik. Kalau adapun yang kurang hanya kerana dari kealpaan dan ketidaksungguhan kami sendiri. Sebab memang betul macam umi cakap tak semestinya tak ambil jurusan agama, kita tak boleh jadi muslim yang menjada dan bangga dengan agamanya. Agama itu perlu dicari bukan disuap.

Letak sahaja ganggang telefon. Perasaan bercampur baur. Terdetik di hati mahu melakukan sedikit perubahan walaupun secara perlahan-lahan.

Wednesday, 3 January 2018

Salahkah punya rasa Rindu?

R.I.N.D.U

Satu perkataan. Lima huruf. Satu makna yang hadir sebagai fitrah kepada manusia. Satu perasaan yang sukar ditafsir. Hadirnya tidak dipinta, mengusirnya seperti mustahil. Kadangkala ianya membahagiakan, kadangkala ia menyedihkan.

Hebat sungguh ciptaan tuhan. Dia mendatangkan rasa tanda adaptasi pada perasaan kasih sayang. Rindu rindu itu satu respon yang kebiasaanya hadir pakej dengan rasa sayang. Namun, satu persoalan cuba saya timbulkan dan isukan pandangan disini. Salahkan kita punya perasaan rindu?


Rindukan manusia biarlah sekadarnya

Perlu kita ingat dalam menitipkan rasa rindu di hati, kita mesti sedar manusia tetap manusia. Hari ini, ramai diantara kita meletakkan rasa cinta kepada manusia lain melebihi dari merindui tuhan itu sendiri. Kita faham, sebagai manusia yang biasa sering khilaf dan tersilap langkah, adakalanya kita tewas jua dengan ujian ini. Rindu itu biarlah sekadarnya. Salurkan pada tuhan pencipta alam.

Merindui biar logik dan rasional

Tak salah punya rasa rindu. Itukan fitrah. Namun perlu sentiasa kita semai dan ingat janganlah sampai kita merindui perkara yang diluar akal logika dan tidak rasional. Contohnya, merindui seseorang yang meninggal dunia secara berlebihan atau merindui isteri atau suami orang lain. 

Tidak Melebihi Rindu Kepada Allah
Rasa rindu yang kita miliki jangan sampai melebihi dari rindu kita kepada Allah. Kembangkanlah rindu kita agar selalu mengingati kepada Allah dari perkara dan hal lain. Rindukanlah sesuatu yang boleh memberi kesan untuk kita rindu kepada Allah dan menyuntik motivasi untuk kita melaksankan kebaikan dijalanNya.

Pernah anda merindui? bagaimana anda mengatasinya?

Friday, 8 December 2017

“Expectation” yang perlu dipenuhi


Masih saya ingat kata-kata seorang kawan yang saya kira membawa kepada titik perubahan pada corak permikiran saya. Masa itu, kami sedang minum-minum di kedai makan. Lama tidak berjumpa maka masa yang ada diguna sepenuhnya bagi menyambung silaturahim.

“Macam mana nak hilangkan stress sebab nak penuhi harapan orang lain yang terlalu tinggi pada kita?”

Soal saya memulakan bicara. Perkara ini memang sudah agak lama bersarang di hati. Saya agak rasa terbeban dengan anugerah dan pengiktirafan yang diberikan banyak pihak kepada saya hingga pada satu tahap saya merasakan bahawa bagaimana saya ingin buktikan bahawa saya layak menerima penghargaan yang diberikan pada saya. Jauh dari sudut hati, saya risau jika ada yang beranggapan selepas menerima anugerah, saya diam dan tidak menyumbang kembali pada masyarakat.

Jawapan yang kawan saya berikan agak menyentapkan fikiran saya pada masa itu
“Inilah silap kau, bila kita menerima pengiktirafan manusia kita fikir bahawa ianya dari manusia, sedangkan semua yang kita perolehi itu hanyalah belas ihsan dan rezeki dari Allah S.W.T. Kamu tidak hebat pun dengan menerima segala anugerah dari manusia, semua kerja tuhan”

Allahu, sungguh ia menyedarkan saya. Dalam saya mempunyai niat murni nak menyumbang kembali kepada masyarakat dengan harapan berbaloinya anugerah yang diberikan kepada saya, saya lupa dan leka bahawa saya menjadi ego secara tidak lansung. Ego kepada sang pencipta dengan merasakan diri ini sempurna untuk memenuhi harapan atau “expectation” semua orang sedangkan saya cuma manusia yang terbatas kuasanya. Dalam rasa tekanan merealisasikan “kelayakan penerimaan anugerah”, saya lupa untuk mengadu, meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk bantu saya sedangkan janji Allah itu pasti, minta sahaja padanya nescaya Dia akan bantu. 

Ya Rabb, maafkan kealpaan hambaMu ini.

Monday, 4 December 2017

Rogol dan "Victim blaming"

Sebelum ini, banyak pula kita dengar kes-kes rogol terutamanya melibatkan pelajar-pelajar IPT di ibu kota. Pelbagai respon yang dapat kita lihat hasil-hasil komen netizen responsif berkenaan isu-isu ini.Agak saya terkesan hendak saya tulis bila saya melihat komen-komen majoritinya dari kaum lelaki yang berbaur mentaliti “Victim blaming” melalui beberapa siri kes rogol sebelum ini

Pasti anda juga ada terbaca komen-komen yang menyelar mangsa rogol dengan ayat-ayat seperti:

“Padan muka, siapa suruh keluar pagi-pagi buta, kan dah kena rogol”
“Perangai gedik mesti suka sama suka, pastu salahkan lelaki”
“Kalau tak tutup aurat, mesti tak kena rogol”

Mentaliti sadis. Ok, pertama kali, kita kena ubah minda kita bahawa sudah tiba masanya untuk kita tanam dalam minda anak-anak lekaki terutamanya yang bahawa:

1.      “Rogol itu satu jenayah!” Tiada kaitan samaada wanita itu bertudung, berpakaian seksi mahupun tidak menjaga pergaulan. Hatta, kalau perempuan berjalan-jalan tak pakai baju sekalipun, tiada hak lansung untuk membenarkan lelaki merogol sebagai hukuman kerana “dosanya” tidak menutup aurat. Lansung tidak. Bezakan!

2.     Ibu bapa perlu didik anak lelaki untuk menghormati wanita bukan memandang sebagai objek seks semata-mata. Masyarakat kita sudah dibiasakan untuk mendidik anak perempuan berkenaan “precaution menjaga diri dari tidak dirogol” tetapi kurang cakna mendidik anak lelaki untuk menghormati kaum wanita dan jadi lelaki yang bertanggungjawab.

Bukan maksud saya membenarkan wanita tidak menutup aurat, jauh sekali berpakaian tidak sopan serta tidak menjaga pergaulan Cuma kadangkalah kita alpa yang bahagian perempuan hanyalah mampu “berjaga-jaga” sedangkan bahagian lelaki adalah lebih penting “menghalang”.

Ada sebab kenapa dalam surah AnNur yang menyatakan lelaki kena menundukkan pandangan pada ayat 30, kemudian barulah disusuli dengan penjagaan aurat wanita pada ayat 31. Keduanya perlu selari, bukannya bila benda dah terjadi salahkan sebelah pihak semata-mata kerana tidak melaksanakan suruhan tuhan. Sebab bila tak tundukkan pandangan ni la ada kes-kes rogol bayi bahkan rogol anjing. (saya sertakan pada gambar diatas walaupun mungkin agak ekstrim).


Saya teringat kisah seorang suami yang bertanyakan pada seorang sheikh berkenaan kenapa isterinya sudah tidak kelihatan cantik, walhal wanita itulah yang paling cantik sewaktu beliau nikahinya.
Maka syeikh itu menyatakan “Sekalipun engkau mengawini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada mana-mana wanita”

Pokoknya, tugas lelaki itu sendiri untuk mendidik bukan menyalahkan. Makin meningkat umur makin terasa betapa besarnya bebanan yang perlu ditanggung terutamanya bagi mereka yang bergelar anak lelaki, bakal bergelar suami dan juga bapa.


Tulisan ini saya tulis sebagai pesanan buat peringatan diri sendiri semata-mata. Moga saya turut perolehi kebaikan dari apa yang saya tulis.

Monday, 3 August 2015

Pedih Jatuh Hati

Biasanya hati itu berada di tempat yang tinggi.
Sukar untuk dicuri apatah lagi untuk disentuh.
Namun sekali ianya berjaya dicuri,
Masa itulah hati telah jatuh.

Sekali ia jatuh jika tidak retak sekalipun, amat sukar untuk berada di atas kembali.


Tapi, tapi, tapi...
Perlu diingat dan diketahui sukar bukan bermakna mustahil.
Kamu hanya perlukan jiwa yang besar untuk mengakui kelemahan.
Sebab yang lemah perlu meminta.

Ops,.

Bukan minta pada si pencuri hati.
Mintalah pada sang pemegang Hati.

Tidak salah jatuh hati, kerana kamu lansung tidak salah.
Silapnya mungkin kamu rasa senang bila hati kamu tergelincir.
Yang sepatutnya kamu pegang supaya ia tidak jatuh terlalu dalam.

Sudah. Hentikan rungutan. Bangkitlah sekarang.
Jiwa masih kosong.
Perlu diisi dengan rohani.

Tuesday, 12 February 2013

Katakan TIDAK pada Valentine Day

Kami tolak budaya "Hari kekasih" .

Budaya Valentine Day bukan budaya kita . Malah sesetengah pendapat , ia turut diraikan kerana pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II . Pada waktu itu, Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Justeru , Hari Kekasih mempunyai unsur-unsur ritual keagamaan yg boleh merosakkan aqidah ummat Islam malah turut merosakkan amalan ummat Islam .

Rasulullah SAW telah bersabda ,

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak."(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Wallahua'lam...
p/s:credit to BADAR UTeM