Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

Thursday, 8 March 2018

You are not people‘s “latest smartphone”


Life told me that we will always not fulfill people’s expectation. It doesn’t matter how hard you try, no matter how you talk and do, some people will simply not like you just because is you. But at the same time, you must believe that there will always people who will stand with you by appreciating yourself without any conditions.

Your heart and time should not be wasted for trying to convince people who do not appreciate your value. Because their definition of “valuable” itself is most likely does not include your big heart. Just walk slowly and realize that you are not their “latest smartphone” that need to fulfill the advanced technology just to approve your value. Let it go.

It’s okay if you are thinking of yourself as “Nokia 3330” only. There will always people who will walk the same path with you. Seek it.


*My supervisors ask me to speak and write more in English. So I’m trying here.

Tuesday, 30 January 2018

Perkara perlu dilakukan apabila berlaku salah faham

Salah faham merupakan sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan pergaduhan, terputusnya silaturahim waima bermasam muka tidak kiralah samaada ianya melibatkan ahli keluarga, sahabat baik mahupun dengan insan yang tak dikenali. Berdasarkan pengalaman sendiri yakni mungkin sama juga dengan kalian membaca, pastinya kita sudah bebrapa kali berada disituasi "salah faham" ini. Tambah sadis, apabila ianya meretakkan hubungan.


Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita beringat, apabila berlakunya salah faham lebih-lebih lagi kita pun blur apa yang orang salah faham dengan kita.

1) Chill
Bertenang, rilek dan cool down. Kalau kita yang salah faham, kita pergi tanya elok-elok, kurangkan beremosi, selesaikan perselisihan faham dengan perbincangan yang tenang. Kalau kita yang kalut, nampak kita yang noob dan tak matang. Namun, jika orang lain yang tersalah faham dengan kita, pun kita kena bertenang, jangan diikut rentak emosi mereka yang "menyerang" kita. Anggap sahaja mereka tidak tahu. Terangkan dengan jelas soal apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya hubungan silaturahim masih boleh diselamatkan.

2) Minta Maaf
Kadang-kala, biarpun ego kita merasakan kita tidak bersalah apabila berlakunya salah faham, rasanya tak salah untuk meminta maaf bagi menenangkan hati mereka yang "menyerang" kita. Sekurang-kurangnya kalau kita yang salah, kita sudahpun meminta maaf. Dan kalaupun kita yang tersalah faham hendak bertanya kepada seseorang, lagi lah cantik mulakan dengan maaf agar orang yang kita inginkan penjelasan tidak terasa dengan apa yang ingin kita persoalkan berkaitan salah faham yang timbul.

3) Jaga kata-kata
Ini pun penting. Baik dari yang menimbulkan salah faham ataupun mangsa salah faham. Yang inginkan penjelasan kadang-kala permikirannya tidak lagi dikawal oleh serebrum, sebaliknya mulut lebih mendahului mengeluarkan kata-kata sindiran, kata-kata kesat ataupun segala bentuk perkataan yang menguris hati hanya kerana terlalu mengikut arus emosi yang berkeladak. Mangsa salah faham pula jangan juga terlalu ikutkan emosi apabila mungkin rasa diri difitnah, dihina dan sebagainya namun selagi boleh selamatkan hubungan maka bersabarlah.

4) Elakkan dari medium tidak bernada
Apabila berlakunya salah faham, saya tidak pernah akan memanjangkan dalam medium tidak bernada iaitu di media sosial. Suka hati lah nak judge apa pun janji selesai cepat. Adalah lebih baik untuk bertemu mata menyelesaikan perselisihan faham ataupun sekurang-kurangnya melalui panggilan telefon. Kadangkala tulisan ini lebih berbekas di hati, lebih tajam dari mata pedang walaupun kita tidak berniat untuk melukakan. Lihatlah berapa ramai kes suami menceraikan isteri melalui SMS, Whatssapp kerana salah faham walaupun pada asalnya tidak berniat untuk berbuat demikian.

5) Memberi Maaf
Jika meminta maaf itu kadangkala dirasakan sukar, maka memberi kemaafan juga tidak semudah itu. Faham. Ia memerlukan keikhlasan yang tinggi. Namun, silaturahim perlu dijaga. Tidak kiralah insan yang menimbulkan salah faham atau mangsa salah faham, berjiwa besarlah dalam memberi kemaafan. Tidak tenang hati bagi mereka yang menyimpan walau sekumit dendam. Kalau rasa perlukan masa, jauhkan diri tapi buat sementara namun bukan memutuskan ukhwah.

"Apabila kuku tumbuhnya panjang, maka potonglah kuku bukan jarinya, samalah juga kalau salah faham kian memanjang, potonglah egonya, bukan ukhwah silaturahimnya"

Thursday, 11 January 2018

2 jenis kuasa perlu Pempimpin Pelajar ketahui

Sering terjadi apabila seseorang diberikan kuasa sebagai seorang pemimpin terutamanya dari kalangan anak-anak muda bergelar mahasiswa ini, mereka mudah untuk tergelincir dek kerana merasai “keseronokan” dipuji dan dilambung-lambung. Walhal mereka perlu sedar jawatan yang disandang itu sifatnya sementara berpaksi kepada kuasa sejenak semata-mata. Umpama roda, kehidupan ini berpusing, kuasa yang kita ada tak semestinya akan kekal selama-lamaya. Oleh kerana itulah, saya berpandangan dengan kuasa yang kita perolehi, seharusnya kita faham membezakan antara “kuasa formal” dan “tidak formal” seterusnya bijak mengaplikasikan mengikut situasi.

Saya berikan dua situasi yang berbeza:

Situasi pertama:
Amin sebagai presiden kelabnya mengenakan arahan kepada Exco Kelab untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Namun begitu, oleh kerana Exco tersebut lambat melaksanakan tugasnya, maka beliau telah menghukum Exco tersebut untuk tidak boleh mengikuti percutian bersama ahli-ahli kelab lain atas alasan tidak cemerlang. Manakala Exco yang sentiasa cepat menjalankan tugas, Amin akan memberikan imbuhan-imbuhan yang lumayan kepada mereka sebagai katalis untuk mereka lebih cemerlang pada masa hadapan. Setiap kali perbincangan, Amin kadangkala tidak hadir kerana kesibukan namun seringkali bercanggah keputusan dengan ahli-ahli kelabnya. Apabila dipersoalkan, beliau sentiasa menggunakan ayat “ahli-ahli kena sentiasa menghormati keputusan Presiden”.

Situasi ke dua:
Faiz sebgai presiden kelabnya mengajak Exco kelabnya melaksanakan tugas yang diberikan bersama-sama kerana beliau faham exco tersebut masih hijau lagi dalam organisasi. Beliau tidak mampu memberikan insentif kepada Exco yang cemerlang melaksanakan tugasan namun ucapan terima kasih dan penghargaan sentiasa meniti di bibirnya. Setiap kali perbicangan juga, beliau menjadikan dirinya orang terawal sampai di bilik mesyuarat.

Situasi pertama adalah berkaitan pemimpin yang mengaplikasikan “Kuasa formal” yang mana pemimpin meluaskan pengaruh dengan menggunakan kedudukannya dalam sesuatu organisasi. Kebiasaanya, bagi mendapatkan penyelesaian tugasan dengan pantas, ada pemimpin yang menawarkan insentif bagi meningkatkan moral anak-anak buah. Perkara ini tidak salah sebenarnya kerana bagi merkea, kuasa dan kedudukan yang sah berhak dalam memberi ganjaran dan menghukum seseorang. Pemimpin sebegini tidak cenderung untuk berkongsi rahsia bersama ahli-ahli dibawah pimpinannya kerana bimbang dipersoalkan sebarang keputusan yang dibuat pada kemudian hari.

Manakala situasi ke dua adalah berkaitan dengan “Kuasa informal”. Dalam aplikasi kuasa informal ini, pemimpin tidak terdesak menggunakan kedudukannya sebagi agen meluaskan pengaruh sebaliknya mempengaruhi anak buahnya seperti menjadikan diri sebagai contoh , bersikap jujur dan menonjolkan diri dengan kadar yang disenangi anak-anak didik. Pemimpin sebegini lazimnya akan menjadikan konsep kepimpinan melalui teladan sebagai asas atau konsep bagi membantu dan meyakinkan insan-insan yang dipimpin kerana mereka yang dibawah akan lebih selesa untuk berkerja. Namun begitu, tidak dinafikan pemimpin pelajar yang mengimplementasikan konsep kuasa tidak formal ini memang memerlukan kesabaran yang tinggil dalam membentuk insan-insan yang dipimpin. Bukan semua orang mampu bekerja tanpa ganjaran. Atas ebab itulah ramai pemimpin yang mengikat insan dipimpin dengan budaya ketakutan melalui perlaksanaan hukuman.

Saya berpandangan kedua-duanya perlu seimbang. Oleh kerana itulah, elemen penting yang perlu ada untuk menyeimbangi kedua-kedua perlaksanaan kuasa ini adalah karisma. Karisma adalah daya penarik individu adalah sumber kuasa personal. Amanah, tanggungjawab dan kejujuran merupakan antara rantaian-rantaian efektif dalam mempengaruhi ahli-ahli organisasi. Insan yang dipimpin didapati akan cenderung untuk mengenali pemimpin tersebutdan mencontohi dari segi sikap dan tingkah laku mereka. Pemimpin seperti ini juga tidak akan teragak-agak untuk memberikan insentif seandainya ianya wajar dikongsi bukan semata-mata untuk disimpan buat diri sendiri semata-mata. Ianya lebih kepada konsep berkongsi kegembiraan dan kedukaan dalam sesebuah organisasi.


Monday, 8 January 2018

Kenapa sambung Master?

Assalamualaikum W.B.T

Kebiasaanya jarang untuk saya berkongsi berkenaan perkara yang belum saya selesaikan. Bimbang tidak tercapai jadi seolah-olah bercakap atas angin semata-mata. Begitulah juga berkenaan cabaran, pengalaman atau cerita saya meyambung pelajaran peringkat sarjana ataupun Master agak carang saya kongsikan. Sebenarnya saya lebih selesa berkongsi apa-apa jua pengalaman untuk dijadikan inspirasi setelah saya berja buktikan ianya tidak mustahil kerana saya risau seandainya saya terlalu menceritakan kesukaran sebelum saya berjaya, ia akan mematahkan semangat bagi mereka yang mengikuti penulisan saya.

Maka, hari ini saya tulis di blog (kebiasaanya di facebook) yakni bukan untuk dibaca orang lain tetapi hanya untuk dibaca oleh saya sendiri dan beberapa orang yang mengikuti blog ini sahaja. Saat ini, saya mengalami kesukaran dalam mengharungi hari-hari masters ni. Maka, saya disini menulis untuk menitipkan kembali apa tujuan saya sambung Master.

1. Impian
Menyambung pengajian ke peringkat Master & PHD merupakan impian saya sejak kecil lagi. Bahkan ianya turut menjadi impian umi dan ayah. Ini adalah sebab utama kenapa saya tak boleh mengaku kalah walaupun mengahadapi cabaran yang agak getir. Tanam dalam diri yang kita perlu teruskan. Tiada orang yang tak pandai. Yang membezakan hanyalah malas ataupun rajin.

2. Mahu jadi pendidik
Jiwa yang sejak dari dahulu lagi meronta-ronta mahu jadi seorang pendidik. Saya sangat risau seandainya saya tidak berhenti kerja selepas degree sebelum ini, saya jadi makin kurang bersemangat untuk meneruskan master hingga ke PHD. Sekurang-kurangnya jika selesai sahaja Master, saya tak akan terlalu menangguh untuk menyambung pengajian PHD walaupun masih bekerja. Saya masih mahu berada di Indusrti untuk jadi seorang pensyarah yang baik kepada anak-anak didik saya nanti.

3. Memberi kesedaran kepada persepsi negatif
Saya sering ditaburkan cerita-cerita negatfi bagi mereka yang menyambung master sebagai conothnya "sambung master sebab tak dapat kerja", "sambung master akan menyebabkan overqualified" dan macama macam lagi. Saya tidak nafikan berlakunya isu-isu yang disebut seperti tadi namun kita perlu yakin dan takwa kepada Allah S.W.T yang menentukan rezeki kita. Hakikatnya jika kita menyalahkan atau percaya master boleh menutup atau membuka rezeki pada kita, maka tanyalah iman kita balik sejauh mana kita percaya pada Allah S.W.T.

Namun begitu, saya perlu sedar, segala rezeki bukanlah dibawah radar kuasa saya. Saya hanya mampu merancang dan berusaha. Yang menentukan siapa saya atau dimana saya berada 2 tahun dari sekarang adalah Allah S.W.T. Siapa tahu di masa hadapan saya tidak bergelar sebagai pendidik sebaliknya menjadi seorang pentadbir atau jurutera sepenuh masa. Wallahualam.

Semoga dengan tulisan ringkas ini mampu menyuburkan rasa kesedaran yang tinggi pada saya untuk terus fokus dengan apayang pernting untuk diperjuangkan semasa "berperang" dengan diri semasa mengambil Master.

Friday, 22 December 2017

Persatuan Mahasiswa Jadi Alat Politik


Kadang-kadang saya sedih melihat kepada rata-rata mahasiswa sekarang ini. Umpama burung di dalam sangkar emas. Cantik dari luar, terperangkap kebebasannya. Disuap dengan makanan-makanan politik dan merasai kebahagiaan sementara kerana dibela “orang-orang politik”. Tampak gah berbanding burung-burung lain yang terkpaksa berkerja keras mencari makanan sendiri. Hakikatnya terpenjara.

Memang diakui peruntukan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) membenarkan mahasiswa boleh berpolitik di luar kampus. Sungguh saya tidak menyangkal, jauh sekali menghalang kepada siswa-siswi untuk menceburi bidang politik samaada melalui proksi parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Ia menunjukkan bahawa mahasiswa itu cakna akan pentadbiran negara.

Namun, kita menyangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, yang mana niat asal untuk melibatkan diri dalam politik menjadikan mahasiswa-mahasiswi terlalu obsess hingga tergelincir kepada tujuan asal. Normalnya, ia selalu terjadi kepada pemimpin-pemimpin persatuan pelajar khususnya mereka yang bergelar Majlis Perwakilan Pelajar.

Mudah untuk seseorang pemimpin mahasiswa menjadi hanyut dengan habuan politik seandainya mereka tidak berhati-hati. Apa yang lebih membimbangkan, kalau beliau sendiri menyertai sebarang persatuan pelajar untuk dijadikan alat untuk menaikkan “cable” politik empunya diri. Sering sahaja berlaku isu menggunakan kelab-kelab yang dipimpin untuk melaksanakan program bersifat politik dan mengerah ahli-ahli persatuan yang dipimpin untuk hadir kepada program politik bagi menaikkan nama sendiri. Rata-rata contoh seperti ini hadir, bila pemimpin pelajar jadi pemimpin dengan niat yang salah.

Jarang sekali antara kita menyedari bahawa politik itu sebenarnya alat sahaja. Ya, alat untuk kita mempermudahkan segala tugasan memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar. Saya tidak menafikan untuk pemimpin pelajar menjalankan hubungan baik dengan “orang-orang politik”, namun jangan sampai kita dijadikan alat politik orang lain. Kita perlu ingat “orang-orang lpolitik” yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini jauh lebih makan garam dan bijak untuk mempergunakan kita berbanding niat kita yang ingin menggunakan mereka.

Oleh kerana itulah, pemimpin pelajar perlu sedar dan sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi pak turut sehingga tujuan asal untuk berpersatuan di universiti lari dari landasan. Perjuangan jadi retorik semata-mata.

Ya, politik memang alat. Jangan sampai kita diperalatkan.

Monday, 11 December 2017

Pemimpin Pelajar dan Group Assignment

Kredibiliti pemimpin mahasiswa bukan sekadar dipandang dengan gahnya berbahas atau berpidato, tidak juga diukur dengan berapa bilangan likes di setiap posting facebook dan instagramnya. Kadang-kala ianya bermula daripada sekecil-kecil perkara yang kita tak rasa ianya sebagai suatu masalah pun. Salah satunya:
“GROUP ASSIGNMENT”
Antara soalan popular yang sering ditanya mahasiwa/I yang baru menceburkan diri dalam persatuan dan kepimpinan di universiti adalah “macam mana saya nak buat bila rakan-rakan seolah tak suka pada saya sebab terlalu fokus dan sibuk dengan aktiviti berpersatuan?”
Lazimnya, punca sesorang pemimpin pelajar tak digemari rakan sekelas mostly bukan sebab kita sibuk pun. Ye la, segala kesibukan mempertahankan hak mahasiswa sambil melaungkan slogan-slogan perjuangan. Fuh, penuh semangat. Bertenang. Rakan-rakan sekelas actually tiada masalah pun dengan kesibukan anda. Malah mereka pun sokong. Ataupun, sebenarnya mereka tak peduli pun. Yang jadi “problem”nya bila nak dah bahagi task untuk group assignment, kau tak siapkan. Lepas member siapkan, tumpang isi nama pada muka depan assignment.
Macam mana orang nak percaya dengan kredibiliti kita sebagai pemimpin pelajar kalau assignment pun tak siap kan?
Ada banyak cara nak dapatkan “win-win situation” dalam menangani isu group assignment ni contohnya:
1.Jadikan diri sebagai ketua kumpulan. Kita bahagi tugas dan kita yang menentukan masa perbincangan mengikut waktu yang kita free dari aktiviti berpersatuan.
2.Pilih untuk berada dalam kumpulan yang ada ketua kumpulan yang fleksibel. In case kita tak boleh datang perbicangan, beliau boleh arrangekan waktu sesuai.
3.Ambil part paling susah. Tapi jangan tak siap pula.
4.Impresskan ahli kumpulan dengan siap paling awal walaupun masih banyak yang tak betul.
5.Balik meeting persatuan pukul 2 pagi sekalipun, pastikan siapkan juga assignment tu kalau due date esok.
6.Paling teruk pun, atleast lantiklah diri jadi tukang compile, tukang print, tukang binding sekurang-kurangnya.
*Dengan rakan sekelas ni, kalau tak boleh buat mereka suka kita, atleast jangan lah buat mereka benci kita.

Friday, 8 December 2017

“Expectation” yang perlu dipenuhi


Masih saya ingat kata-kata seorang kawan yang saya kira membawa kepada titik perubahan pada corak permikiran saya. Masa itu, kami sedang minum-minum di kedai makan. Lama tidak berjumpa maka masa yang ada diguna sepenuhnya bagi menyambung silaturahim.

“Macam mana nak hilangkan stress sebab nak penuhi harapan orang lain yang terlalu tinggi pada kita?”

Soal saya memulakan bicara. Perkara ini memang sudah agak lama bersarang di hati. Saya agak rasa terbeban dengan anugerah dan pengiktirafan yang diberikan banyak pihak kepada saya hingga pada satu tahap saya merasakan bahawa bagaimana saya ingin buktikan bahawa saya layak menerima penghargaan yang diberikan pada saya. Jauh dari sudut hati, saya risau jika ada yang beranggapan selepas menerima anugerah, saya diam dan tidak menyumbang kembali pada masyarakat.

Jawapan yang kawan saya berikan agak menyentapkan fikiran saya pada masa itu
“Inilah silap kau, bila kita menerima pengiktirafan manusia kita fikir bahawa ianya dari manusia, sedangkan semua yang kita perolehi itu hanyalah belas ihsan dan rezeki dari Allah S.W.T. Kamu tidak hebat pun dengan menerima segala anugerah dari manusia, semua kerja tuhan”

Allahu, sungguh ia menyedarkan saya. Dalam saya mempunyai niat murni nak menyumbang kembali kepada masyarakat dengan harapan berbaloinya anugerah yang diberikan kepada saya, saya lupa dan leka bahawa saya menjadi ego secara tidak lansung. Ego kepada sang pencipta dengan merasakan diri ini sempurna untuk memenuhi harapan atau “expectation” semua orang sedangkan saya cuma manusia yang terbatas kuasanya. Dalam rasa tekanan merealisasikan “kelayakan penerimaan anugerah”, saya lupa untuk mengadu, meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk bantu saya sedangkan janji Allah itu pasti, minta sahaja padanya nescaya Dia akan bantu. 

Ya Rabb, maafkan kealpaan hambaMu ini.

Monday, 4 December 2017

Rogol dan "Victim blaming"

Sebelum ini, banyak pula kita dengar kes-kes rogol terutamanya melibatkan pelajar-pelajar IPT di ibu kota. Pelbagai respon yang dapat kita lihat hasil-hasil komen netizen responsif berkenaan isu-isu ini.Agak saya terkesan hendak saya tulis bila saya melihat komen-komen majoritinya dari kaum lelaki yang berbaur mentaliti “Victim blaming” melalui beberapa siri kes rogol sebelum ini

Pasti anda juga ada terbaca komen-komen yang menyelar mangsa rogol dengan ayat-ayat seperti:

“Padan muka, siapa suruh keluar pagi-pagi buta, kan dah kena rogol”
“Perangai gedik mesti suka sama suka, pastu salahkan lelaki”
“Kalau tak tutup aurat, mesti tak kena rogol”

Mentaliti sadis. Ok, pertama kali, kita kena ubah minda kita bahawa sudah tiba masanya untuk kita tanam dalam minda anak-anak lekaki terutamanya yang bahawa:

1.      “Rogol itu satu jenayah!” Tiada kaitan samaada wanita itu bertudung, berpakaian seksi mahupun tidak menjaga pergaulan. Hatta, kalau perempuan berjalan-jalan tak pakai baju sekalipun, tiada hak lansung untuk membenarkan lelaki merogol sebagai hukuman kerana “dosanya” tidak menutup aurat. Lansung tidak. Bezakan!

2.     Ibu bapa perlu didik anak lelaki untuk menghormati wanita bukan memandang sebagai objek seks semata-mata. Masyarakat kita sudah dibiasakan untuk mendidik anak perempuan berkenaan “precaution menjaga diri dari tidak dirogol” tetapi kurang cakna mendidik anak lelaki untuk menghormati kaum wanita dan jadi lelaki yang bertanggungjawab.

Bukan maksud saya membenarkan wanita tidak menutup aurat, jauh sekali berpakaian tidak sopan serta tidak menjaga pergaulan Cuma kadangkalah kita alpa yang bahagian perempuan hanyalah mampu “berjaga-jaga” sedangkan bahagian lelaki adalah lebih penting “menghalang”.

Ada sebab kenapa dalam surah AnNur yang menyatakan lelaki kena menundukkan pandangan pada ayat 30, kemudian barulah disusuli dengan penjagaan aurat wanita pada ayat 31. Keduanya perlu selari, bukannya bila benda dah terjadi salahkan sebelah pihak semata-mata kerana tidak melaksanakan suruhan tuhan. Sebab bila tak tundukkan pandangan ni la ada kes-kes rogol bayi bahkan rogol anjing. (saya sertakan pada gambar diatas walaupun mungkin agak ekstrim).


Saya teringat kisah seorang suami yang bertanyakan pada seorang sheikh berkenaan kenapa isterinya sudah tidak kelihatan cantik, walhal wanita itulah yang paling cantik sewaktu beliau nikahinya.
Maka syeikh itu menyatakan “Sekalipun engkau mengawini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada mana-mana wanita”

Pokoknya, tugas lelaki itu sendiri untuk mendidik bukan menyalahkan. Makin meningkat umur makin terasa betapa besarnya bebanan yang perlu ditanggung terutamanya bagi mereka yang bergelar anak lelaki, bakal bergelar suami dan juga bapa.


Tulisan ini saya tulis sebagai pesanan buat peringatan diri sendiri semata-mata. Moga saya turut perolehi kebaikan dari apa yang saya tulis.

Sunday, 3 December 2017

Kelebihan Graduan Teknologi Kejuruteraan : 4 Tahun kemudian

Assalamualaikum W.B.T

Tulisan ini saya tulis sebagai kesinambungan kepada posting saya 4 tahun lepas berkenaan Perbandingan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan pada 12 Julai 2013. Jujurnya posting tersebut merupakan posting paling ramai dibaca yang pernah saya tulis. Ramai juga komen-komen positif dan ilmu tambahan pada ruangan komen.

Perbezaannya adalah apa yang saya tulis tersebut adalah semasa saya masih belajar, baru masuk semester 1 tahun 2 di Universiti. Jelas pada masa tersebut saya sendiri tidak nampak jalan yang jelas mengenai kekuatan Jurusan Teknologi Kejuruteraan ini. Jadi ini adalah perkongsian bekas graduan teknologi kejuruteraan yang mungkin boleh jadi rujukan kepada mahasiswa-mahasiswi yang masih belajar.

Gamabr bersama umi saya pada konvokesyen pada 2016
 Baiklah, saya tidak mahu menghuraikan terlalu panjang mengenai kejayaan saya atau apa-apa yang berkaitan diri. Mungkin boleh dikongsi di lain masa. Cuma untuk posting ini, saya tulis sebagai pemberi semnagat atau menghilangkan keresahan kepada kalian yang mungkin masih belajar atau yang tengah berkira-kira nak mengambil jurusan Teknologi Kejuruteraan. Saya senaraikan kelebihan yang bakal diperolehi.

1. Isu tak boleh jadi Jurutera
Rasanya ramai yang sudah tahu berkenaan ini. Sepatutnya statement diatas betul kerana pekerjaan Engineer hanya untuk mereka yang mengambil jururusan kejuruteraan manakala pekerjaan bagi jurusan teknologi kejuruteraan dipanggil "Teknologis". Namun hakikatnya di Malaysia, majikan berpandangan kedua-dua bidang ini sama sahaja. Berapa ramai dari kalangan rakan-rakan termasuklah saya tiada masalah bekerja sebagai Jurutera. Tiada istilah beza pembayaran gaji lansung. Jadi jangan risau, bila anda keluar habis belajar, "as long as anda kompeten, boleh buat kerja" majikan tetap ambil.

2. Tak boleh jadi IR (Jurutera Peofessional)
Haa, yang ni pun betul tapi tidaklah setepat itu sebab untuk graduan teknologi kejuruteraan, istilah professional diiktiraf tidak dipanggil "IR" tapi dipanngil "TS". Tetapi, andai kata, anda rasa nak juga Title IR tu, tiada masalah cuma jalan jadi panjang sikit, yang mana anda kena ambil Master dalam kejuruteraan yang diiktiraf oleh BEM dan IEM, kemudian baru boleh lalui proses seperti biasa. Saya pun sekarang sedang sambung belajar Master Kejuruteraan Pembuatan. Mohon doakan ya.

3. Lagi mudah diserap kerja
Sebab apa saya cakap macam tu? Kerana sistem pembelajaran dalam teknologi kejuruteraan ni lebih "mesra industri". Contohnya, perlaksanaan Latihan Industri selama 6 bulan pada semester akhir sememangnya menyumbang kepada kebolehpasaran pelajar untuk diserap. Ramai diantara rakan-rakan saya diserap kerja sebelum bergraduasi lagi. 6 bulan adalah tempoh "interview" secara tidak lansung industri kepada pelajar-pelajar. Seandainya tidak diserap sekalipun, 6 bulan adalah tempoh berharga untuk meyakinkan industri-industri lain.

4. Mesra Industri
Semasa saya attach di salah sebuah syarikat untuk Master projek yang saya terpaksa rahsiakan, saya hadir dalam diskusi bersama Timbalan Naib Canselor Akademik UTeM, beliau bertanya kepada wakil pihak syarikat, "which one do you prefer between engineering technology and pure engineering". Tanpa ragu-ragu beliau menjawab "of course Engineering Technology". Disini saya tekankan bukan bermaksud mereka tidak percaya kepada graduan kejuruteraan, tetapi mereka lebih suka sistem yang diterapkan terhadap graduan teknologi kejuruteraan. Bagi mereka semua pelajar sama sahaja. Sistem universiti yang mana lebih mesra pada mereka, mereka akan pilih.

Akhir kata dari saya, buat mereka yang masih belajar dalam jurusan teknologi kejuruteraan, jangan patah semangat bila kadang-kadang ada yang memperlekehkan kita sebagai graduan kejuruteraan kelas kedua. Berapa ramai rakan-rakan kejuruteraan yang pernah sinis kepada saya dahulu kini mengakui berkenaan keberkesanan sistem belajar teknologi kejuruteraan terhadap industri di negara kita pada hari ini. Belajar lah jurusan apa sekalipun, jangan sesekali merendahkan orang lain. Apapun yang kita belajar, yang penting niat kita kerana Allah S.W.T

*Sekrang saya pelajar kejuruteraan untuk Master, tetapi Teknologi Kejuruteraan masih dihati hehe





Saturday, 2 December 2017

Gembira Terbit Seiring Timbulnya Redha

Pada saat kita kehilangan sesuatu yang mungkin pernah kita suka, sayang atau cakna, tidak ramai yang mampu menghadam rasa kecewa, amarah, dendam mahupun sedih. Maka tersalurlah rasa negatif yang timbul itu untuk dihembuskan kepada para manusia yang dirasakan bersalah bahkan lebih parah lagi kita turut menyalahkan tuhan.

Ya. Tuhan yang mentakdirkan.

Tatkala redha dan percaya pada tuhan itu hilang, saat itulah bisikan mula menguasai. Kita jadi lupa bahawa kebahagiaan yang diterima sebelum ini hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T.

Kita jadi lupa bahawa dalam kita kehilangan banyak perkara, tapi tetap kita masih punya banyak nikmat untuk kita hargai. Kita lupa kerana tiada sedetik pun di hati kita untuk menerima takdir melalui apa yang dikatakan REDHA.

Hari ini, jika hidup dengan percayakan bahawa Allah sebaik-baik perancang, maka kita pasti boleh terbit rasa gembira untuk apa yang kita hilang. Bukan gembira kerana tidak sayang dengan apa yang kita hilang. Sebaliknya yakinlah bahawa kita diuji. Tetap percaya Allah S.W.T sedang menguji hambaNya yang disayangi.

Cubalah bergembira pujuk hati untuk bersama Allah S.W.T. Kelak ada ganjaran untuk kita

Sunday, 12 July 2015

Label Sekeping Gambar

Sekeping gambar, Selamanya Dilabel.

Satu atau dua minggu lepas, ‘notification’ muka buku saya menyatakan perkhabaran yang kurang menarik.

Saya ditag bersama “Poster menyokong Najib Razak” dilampirkan dengan ayat-ayat manis berbaur islamik kononnya kut. Dalam kemelut politik negara ini, bukan saya mengiakan tuduhan terhadap Perdana Menteri bahkan juga tidak menidakkan. Cuma saya lebih memilih untuk menjadi pemerhati sebagaimana saya turut menjadi pemerhati terhadap tuduhan yang dikenakan pada pemimpin-pemimpin pembangkang.

(Baca Pemerhati: Tidak menyebarkan spekulasi atau mengulas mengkhinzir buta pada masa yang sama sering mengikuti perkembangan)

Awalnya, fikir nak padam atau remove tag sahaja. Namun, terfikir untuk bereksperimen dengan rakyat-rakyat media sosial. Saya biarkan seminggu. 7 orang mesej privasi tanya soalan-soalan begini :
“Asal hang campur kemelut politik?”
“Seriously sokong PM yang korup?”
“bla, bla, bla…”

Maka mudah sahaja jawapan saya, adakah saya yang menulis? Krik, krik, krik.

Dan saya cuba memahami keadaan penulis, meraikan pandangan beliau. Dan saya faham apa yang ditulis media sosial bukanlah ‘dari permikiran beliau’. Satu kempen cybertroopers oleh golongan-golongan tertentu. Namun nasiblah, manusia berhak menghukum walau hanya kerana sekeping gambar. Label lah apa-apa pandangan sekalipun. Saya sudah biasa dilabel dan saya tak kisah kerana saya ada ramai insan-insan di alam realiti yang mempercayai prinsip apa yang saya dukung.
Sekurang-kurangnya saya hormati bagi insan yang bertanya terus kepada saya. Berani dan jelas. Pendam dan bermain persepsi? Teruskan. Tiada masalah.

Oh ya, kalau tanya patutkah Perdana Menteri meletak jawatan? Jawab saya, bergantung pada kepercayaan rakyat. Hmm, berdasarkan pemerhatian di laman sosial ternyata sokongan rakyat kian pudar.  Fikir-fikirkan sendiri la. (Letak je la jawatan dah orang tak percaya)


Dengan konflik yang ada sekarang tidak ada parti yang boleh mendabik dada memegang amanah rakyat untuk PRU 14. Baik parti kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-duanya perlu buktikkan sesuatu.

Saturday, 4 July 2015

Jemaah sakit

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, usai solat tarawih di masjid kampung, saya lihat begitu ramai manusia-manusia yang jarang saya lihat. Barakah Ramadhan atau memang selalu masjid kami ramai macam ni dan mungkin kerana saya masih kurang berjemaah di masjid kut sehingga masih kurang mengenali sosok-sosok tubuh yang hadir. Muhasabah diri.


Selepas sahaja tamat tarawih, pengerusi masjid sempat membuat beberapa pengumuman. Biasalah berkaitan iftar jamiee dan kuliah subuh yang menjadi aktiviti ruji masjid kami. Namun, pengumuman ketiga agak menjentik hati saya.

“Untuk makluman para Jemaah, segala makan-minum untuk waktu berbuka puasa bagi AJK-AJK masjid bukanlah dari wang sumbangan/derma mingguan para Jemaah sebaliknya mengunakkan duit poket ajk-ajk sendiri”

Pelik bukan? Sepatutnya pengumuman seperti ini sudah tidak perlu. Ianya dibuat hanya kerana adanya jemaah-jemaah sakit yang mempersoalkan dan memfitnah AJK-AJK menggunakan duit tabung masjid untuk berbuka.

Pada hemah saya, AJK-AJK Masjid yang berbuka puasa di masjid sudah banyak bekorban untuk tidak berbuka puasa bersama keluarga bagi mengimarahkan masjid bersama imam dan bilal dengan berbuka puasa bersama-sama. Amatlah tidak patut mereka diperlakukan sebegitu. Sungguh, mereka orang-orang kuat menghadapi dugaan. Tahniah.


Kita berada dalam masyarakat sakit. Budaya melabel, dengki, fitnah-memfitnah dan serkap jarang menjadi barah dalam majoriti masyarakat sehingga melahirkan Jemaah-jemaah masjid yang sakit. Generasi kita perlu mengubah perkara ini. Ya. Kita mampu, bermula dari hati dan minda kita. 

Thursday, 11 June 2015

Pahlawan Kekunci Universiti

Assalamualaikum W.B.T,

Dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab saya yang tidak sempurna penuh lubang-lubang jahiliyyah ini, sesungguhnya banyak “rakan seperjuangan” yang mempunyai persamaan dalam ingin membantu mahasiswa dan menegakkan kebenaran. 

Namun, terkilan menyelubungi ianya sekadar pejuang di alam maya. Dengan erti kata mudah Pahlawan Kekunci atau femesnya “Keyboard Warrior”.
Dalam perjuangan mahasiswa, kita perlukan Keyboard Warrior untuk:
  1.                 Mengkritik untuk memperbetulkan diri pimpinan mahasiswa.
  2.                 Mencari solusi bukan sekadar mengkritik.
  3.                         Mengetahui fakta solusi yang diberikan.

Tak lain tak bukan, pimpinan mahasiswa Universiti memerlukan pejuang-pejuang kekunci ini untuk turun padang sama-sama membantu kritis secara lansung tanpa perlu berselindung bagi mempermudahkan memperbetulkan kesalahan pimpinan.

“Kami tak akan tonjolkan identiti kami, kerana kami tahu universiti tidak telus dan boleh mendakwa kami”

Study AUKU, Study Perlembagaan. Nescaya kita tidak akan takut sewenang-wenangnya. “Culture of Fear” dan “Culture of Silence” perlu dikikis. Kerana itulah kita perlukan Keyboard Warriors kerna mereka miliki minda perubahan namun sedikit budaya ketakutan menghalang intelektual mereka. 

Friday, 1 May 2015

Masih cuba mengikis

Assalamualaikum W.B.T

Mahu berubah.
Karat Jahiliyyah masih keras melekat.
Aku cuba mengikis sedikit demi sedikit.
Namun, ianya tak semudah itu.

Ada ramai insan-insan memerhati.
Setitik bekas karat dicanang-canang.
Ya, kerana mereka soleh-solehah.
Mungkin tidak pernah berkarat.

Aku tidak kisah dihukum,
jauh sekali tidak kisah dilabel,
Juga tidak kisah dianggap tidak setaraf.
Kerana masa laluku adalah justifikasi utuh,
Sebab kenapa aku masih berdiri.

Masih cuba mengikis.

Nahhh, jangan takut masa lalu. Pandang depan dan jalan terus

Monday, 19 January 2015

Satu titik hitam di atas kertas putih

Bismillahirahmanirahhmim..

Kamu, kalian, anda semua termasuk diri saya.
Mengapa difikirkan sangat satu titik hitam walhal kertas kamu putih bersih.
Sampai bila pun ianya nampak kotor.
Jangan anggap sebagai bebanan.
Padamkan titik hitam.
Teruskan bekarya mencurah kebaikan manusia.
Bukankah penilah sebenar dirimu Allah S.W.T.

Bukan manusia.


Thursday, 15 January 2015

Lebih boring dari Buku Teks Sejarah


Dulu, kalau zaman SPM, saya suka subjek sejarah, tapi memang baca buku teks sejarah tersangatlah boring. Tulisan-tulisan,silibus-silibus, isi-isi sama sahaja. Tiada perubahan lansung. Nama pun sejarah. Konpem la tak boleh diubah lansung.

Mana mungkin Hukum Newton ke dua yang menyatakan ‘’sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan pegun melainkan ada daya akan dikenakan keatasnya’’ dapat diaplikasikan untuk mengubah fakta sejarah. Skrip yang sama itulah yang menjadikan ianya boring dan perlukan mood yang baik untuk membaca.

Tapi, ada perkara yang lebih boring dari buku Sejarah. Skrip sama walaupun fakta melalut-lalut. A kata B salah, B kata A salah. Skrip yang diulang pun sama sahaja saban tahun. Yang lebih boringnya fakta bergeser tanpa mengira musim. Banjir ke, bencana ke, perang ke semuanya disapu. Serius memang bosan. Rasanya kita perlu buka minda untuk ubah perkara boring ni kan?

Ahh, tak mungkin la, setiap orang perlu setia pada sebelah side je. Tak boleh kritik side sendiri sebab side sendiri sudah sempurna. Serius boring.

Baik-baik sikit, ini bukan pasal Politik Malaysia ya.
Kuasa ketiga sesebuah negara adalah kita (Rakyat)

Wednesday, 15 October 2014

Kahwin : Pasangan lebih muda, lebih tua atau sebaya?

Assalamualaikum W.B.T

Ting tong! Post menjenguk kembali dan kali ini berkenaan kahwin. Aduh. Tak layak sungguh untuk membicarakan hal ini. Tak ape, oleh kerana ianya persoalan yang muncul dari pembaca yang tidak dikenali jadi saya cuba acah acah matang untuk memberikan pandangan mengenai ciri-ciri pasangan mengikut usia yang dirasakan prefer:
lebih muda ke? lebih tua ke? atau sebaya? 
Dan saya diminta untuk mengupas dengan sediki islamic side. Saya cuba. Saya cuba. InsyaAllah. (dengan muka penuh yakin)


Arghhh, sukarnya nak menjawab. Segan pun ada. (Eleh, ye sangat segan).  Tapi takpe, saya cuba kupaskan dari segi kelebihan ciri-ciri masing-masing sebab setiap perkara tu ada kelebihan pro dan kontra. Dan itu normal.

Pasangan lebih muda :
Saya berpendapat bagi mereka yang ingin habiskan masa dengan study dan pembentukan komitmen kerjaya yang kukuh, mencari pasangan yang lebih muda menjadi solusi utama kerana semestinya pasangan sebaya mahupun lebih tua sudah berpunya ketika anda sedang sibuk membina empayar kerjaya dan pelajaran anda.Nak bermanja-manja pun boleh. Ewwww.

Pasangan lebih tua :
Kelebihannya adalah dari sudut ekonomi dan faktor kematangan. Kebiasaannya pasangan yang lebih tua mempunyai sudut kerjaya yang kukuh serta mempunyai pemikiran yang matang atas faktor-faktor pengalaman yang telah ditempuhi selama ini. Seandainya sifat ego dapat ditangkis maka InsyaAllah tetap bahagia.

Pasangan sama umur:
Saya memandang dari sudut saling memahami kerana mostly kebanyakan pasangan sebaya ini adalah terdiri dari rakan sekelas, rakan sekuliah, rakan seuniversiti, rakan sepersatuan ataupun sebagainya. Maka proses perkenalan tu berlaku lebih lama. Cuma, mungkin ada masalah penerimaan pasangan masing-masing setelah ''diri'' sebenar timbul setelah perkahwinan.

Tapi sebenarnya itu hanya pandangan random. Ok secara direct to the point. Saya tidak menjadikan usia itu sebagai faktor utama dalam memilih pasangan kerana usia itu sekadar angka, bukan pengukur kematangan seseorang. Apatah lagi jika perbezaan umur hanya sekadar 2 atau 4 tahun sahaja masih saya anggap sebagai sebaya dan setaraf. Memang tak jadi faktor lansung. Eh, bukan saya cakap. Rasulullah SAW yang bagitahu. 

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya, 
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.
Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."
(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)


Maka dengan itu, tak payahlah nak mengambil kira sangat faktor usia ni. Cuma sekadar angka yang tertera pada kad pengenalan sahaja. Lagi satu, janganlah tersalah faham yang saya tulis ini hanya khas untuk perkahwinan. janganlah dijadikan tips untuk mencari pasangan bercinta plak. Oit. Apa yang penting bukan mencari, tapi persiapkan diri kita.
Faham kan? hehe

p/s: Pembaca-pembaca ni suka minta pandangan pasal kahwin. Meraka tidak tahukan diri ini jejaka pemalu yang sentiasa Lone ranger hingga bayang-bayang perkahwinan pun masih samar-samar. hehe.

Tuesday, 14 October 2014

Tulisan Blog Dari Hati

Assalamualaikum W.B.T

Amboi, tajuk seakan-akan menggambarkan sang penulis seorang yang berjiwa kaca. Tampak keras tapi mudah pecah. Owh, semestinya tidak. Tidak. Saya berhati kering tapi bila fikir dosa-dosa yang menggunung sayu juga hati. Doakan diri ini bebas dari kegelapan hati sebagaimana para pembaca. Amin.

Ok, sila tinggalkan side pengenalan, tulisan kali ni, saya ingin berkongsi tujuan kenapa tulis blog.
Kenapa ye?
Pada awal ''penubuhan'' blog ni, ianya bertujuan sekadar mengisi masa lapang selepas SPM. Namun, pada peringkat pertengahan, niat mula berubah untuk ''mengumpul' follower sebagaimana blogger-blogger lain.
Cis. 
Biasalah, mahu tulisan dibaca dan dihargai. Namun tetap je hambar. Tulisan tak menarik. Kalau tak percaya, tengok tulisan saya pada awal penubuhan blog. Syok sendiri dan kurang matang. Sengaja saya biarkan untuk saya renung kembali siapa saya dahulu.

Segala-galanya berubah seiring dengan waktu.
Alhamdulillah, seiring dengan peningkatan umur dan sedikit matang, saya ula menukar gaya penulisan, lebih kearah perkongsian santai dan separa sempoi dan skema. Eh ye ke?.
Tujuan blog mula beralih kepada perkongsian mengenai Engineering, Life student Universiti, sedikit tips motivasi dan sebagainya.

Enjoy.
Semua yang ditulis bukanlah disasarkan kepada pembaca kerana saya tahu, kalau post-post biasa seperti ini, range pembaca hanyalah dalam kalangan 100-200 pembaca sahaja berbanding post-post ilmiah yang lain. Cuma, tulisan ditulis adalah lebih kepada nasihat terhadap diri sendiri. Blog bukan diari. So tidak saya catatkan seakan-akan ianya diari. Sekadar olahan kisah yang dijadikan nasihat buat diri dan pembaca.

InsyaAllah moga perkongsian sedikit datangnya dari blog ini mampu menyumbang sedikit saham akhirat buat saya. Suka menulis tapi masa seakan tidak mengizinkan. Ini pun menaip sebab kelas takde je. Kalau tak, menghadap assignment je memanjang. Moga Allah Redha.

Wednesday, 8 October 2014

Bila Cinta Kosong Singgah

Assalamualaikum W.B.T

Niat dihati ni, tidak mahu saya menulis sebarang entri berkaitan cintan-cintun ini. Bukan gaya ikhwah yang qawiy(kuat) ni. Namun, disebabkan ada persoalan-persoalan dari sahabat dari alam maya mahupun dialam realiti selalu cuba untuk menjenguk hati.



" Bagaimana cara yang terbaik bila jatuh cinta? "

First. Kahwin je la.

'' Amboi, nak je tapi masa masih belum mengizinkanlah "

Alhamdulillah, ramai yang sedar tapi berperang dengan diri sebenarnya. Berperang untuk memendam rasa cinta pada kepada seseorang yang disukai. Sedikit sebanyak saya memahami, sebab saya juga manusia dan itu perkara normal. Dush. Bagi saya, kalau masa masih belum mengizinkan , jalan terbaik adalah pendamkan.
Pendamkan tapi jangan tidak meluahkan.

"Huh, berbelit sangat tu bro"

Ok, cenggini ceritanya, pendamkan perasaan itu dari manusia, tapi luahkan lah pada yang mengurniakan rasa itu, tak lain tak bukan Allah S.W.T. Setiap apa yang dikurniakan itu adalah ujian. Ujian untuk kita lebih kuat menghadapi dugaan yang akan datang. Itulah tanda Allah S.W.T sayang kepada kita. Anehnya, kita lebih cenderung untuk luahkan pada manusia terlebih dahulu. Bukan tak boleh,tapi mereka hanya mampu untuk melegakan hati kita sementara dengan sedikit nasihat samaada nasihat yang diberikan memberi kesan positif atau negatif.

"Bila dah terlanjur mencintai bagaimana bro?"

Berdoalah, bersujudlah kepada Allah S.W.T, mohon diberikan kekuatan untuk menangkis godaan atau dugaan yang mendatang. Bila bertemu, buat perkara seperti biasa, InsyaAllah seandainya tidak dilayan perasaan itu, Allah akan gantikan perasaan cinta itu kepadaNya.

Saya juga insan yang pernah ''berperang" dengan perasaan. Saya juga mengerti apa itu menahan rasa. Tapi, Alhamdulillah saya neutralkan balik. Semuanya kerana Allah kurniakan sahabat-sahabat saya disisi untuk saya zahirkan rasa berkasih sayang ukhwah kerana Allah.
(InsyaAllah dalam proses membaiki hati yang hitam sangat ni)

Akhir kata
"Cinta itu indah, jangan jadikan ianya satu penderitaan kerana pilihan untuk indah dan derita ditangan kita. Keluarkan cinta kosongmu kawan. Dapatkan kembali bila ia sudah penuh dengan iman"

Friday, 12 July 2013

Perbandingan Kejuruteraan Dan Teknologi Kejuruteraan

Assalamualaikum W.B.T

Post kali ini saya tujukan buat junior-junior yang bakal melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan mahupun teknologi kejuruteraan. Sememangnya bukan bertujuan merendah atau meninggikan perbezaan kedua-dua bidang ini, cuma mungkin boleh berkongsi pendapat mengenai kekeliruan yang timbul terhadap kedua-dua bidang ini. Saya kini sudah tamat belajar dan saya nampak Kelebihan Teknologi Kejuruteraan. (baca dekat link perkembangan terkini saya)

 Peringatan jugak, mungkin penulisan saya agak condong kearah Teknologi Kejuruteraan sebab bidang tersebut memang sedang saya ikuti sekarang ni. Secara simplenya, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua bidang ini. Matapelajaran dan kaedah mengajar pun kadang-kadang hampir sama, bahkan kalau tengok nama course pun sikit perbezaan contohnya:

1) Ijazah Sarjana  Muda Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
(Perbezaannya cuma perkataan Teknologi je  kan?)

Secara jujurnya, saya sendiri semasa memililh Teknologi Kejuruteraan disebabkan mungkin namanya agak gempak dan style haha.Tapi, bila masuk je belajar, banyak jgk perbezaan yang saya dapati melalui kedua-dua bidang ni yang sering diperkatakan contohnya:

1) Teknologi Kejuruteraan tak boleh jadi Engineer.
Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan dikenali sbg "Technologist". Tapi, dekat Malaysia ni, setakat ni, semuanya dipanggil Engineer tak kiralah kejuruteraan ataupun teknologi kejuruteraan.

2) Teknologi Kejuruteraan=Praktikal dan Kejuruteraan= Teori
Yup, benar sekali, untuk teknologi kejuruteraan 60% markah adalah dari amali dan 40% lagi adalah teori. Berbeza pula dengan Kejuruteraan yang memperuntukkan 50% bagi kedua-dua amali dan teori.

3) Tahap kesukaran yang berbeza
Secara jujurnya, belajar di Teknologi Kejuruteraan lebih senang berbanding dengan Kejuruteraan disebabkan boleh cover dekat carry mark 60% bahagian amali berbanding Kejuruteraan yang full of theories. Tapi, ia mungkin boleh menjadi sukar terutamanya orang macam saya yang tidak beberapa minat dan pandai dalam mekanikal dan mesin haha.

4) Kemasukan bagi ke Kejuruteraan lebih ketat berbanding dengan Teknologi Kejuruteraan.
Nak masuk bidang Kejuruteraan memang agak sukar disebabkan ia melibatkan pembelajaran teori dan ramai yang menyimpulkan student dari Kejuruteraan lebih pandai dari Teknologi Kejuruteraan. Tapi, ianya sama saje sebab yang masuk Kejuruteraan Teknologi ni pun pointer agak gempak di Matrik cuma mungkin lebih berminat kearah praktikal atau mungkin tidak diberi pendedahan yang jelas mengenai perbezaan kedua-dua tersebut.(Isi secara random di UPU sebab tak tahu)

Penting untuk anda ketahui bahawa :

Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.

Teknologi kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang, bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.

Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.

Lantaran itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan, tidak akan membawa perbezaan taraf, ia cuma membezakan jenis kerja. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan. Mereka boleh juga bekerja sebagai pengurus teknologi. Jawatan-jawatan yang layak kepada graduan teknologi kejuruteraan adalah seperti reka bentuk produk, ujian, pembangunan, pembangunan sistem, bidang kejuruteraan, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

Dan perlu diketahui, siswazah dari program-program teknologi kejuruteraan sering diberi jawatan sebagai jurutera.

Secara umum, kerja-kerja teknologi kejuruteraan memberi tumpuan kepada praktikal prinsip-prinsip kejuruteraan, manakala kerja jurutera menekankan aspek-aspek teori matematik, prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan.

Banyak lagi sebenarnya perbezaan cuma ia hanyalah perbezaan yang kecil dan untuk menerangkan semua perbezaan yang besar tersebut jelaslah bukan saya orangnya sebab saya sendiri pun masih berjinak-jinak dalam dunia Engineering ni. Bagi saya, apa yang kita dapat tu, bersyukur lah dengan seadaanya sebab perancangan Allah itu yang terbaik.

Gudluck, Wassalam.

p/s: saya dapati banyak info-info tambahan melalui komen dari pembaca. So, terima kasih untuk perkongsian. Bagi yang nak lebih jelas, rujuk komen-komen dibawah. Mohon juga anonymous yang mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membalas sebarang pertanyaan dari sahabat-sahabat bertanya.