Aku silap.
Kerana aku fikir jalannya mudah,
Maka aku terus bergerak laju untuk mencapai destinasi impian.
Sehingga aku lupa, ada tangan yang perlu dipimpin.
Amanah yang aku janji untuk tidak disakiti.
Aku lupa manusia itu bukan mesin,
Yang boleh diprogram mengikut kehendakkku.
Manusia punyai emosi yang berubah
Yang tiada dari tanggapan perancanganku
Aku tidak mahir selok belok jalan baru ini,
Yang aku fikir ianya mudah,
Mungkin aku lupa bahawa aku bukanlah sendiri,
Ada permata yang perlu dibawa.
Tiada jalan yang sempurna,
Jika tidak berduri, likunya tetap ada,
Matlamat jadi asbab kenapa kita bermula,
Semangat jadi kekuatan kenapa kita bertahan.
Sungguh aku sedar, aku makin jauh dengan tuhan,
maka kerana itulah Dia menguji,
Untuk aku bergantung harap padaNya,
Agar aku tidak merasakan hambaNya lebih sempurna.
Manusia itu tidak akan pernah sempurna,
Yang cacat itu menyempurnakan sama lain,
Aku terlalu mengharapkan,
Tidak pula aku memberi.
Tuhan, moga Kau tunjukkan jalan.
Perantau yang mengunjung
nuffnang ads
Showing posts with label Random Merapu. Show all posts
Showing posts with label Random Merapu. Show all posts
Monday, 12 February 2018
Wednesday, 31 January 2018
Bila dibebani "high expectatation"
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, bulan Januari sudah berlalu meninggalkan kita. Februari datang menjemput. Masa berlalu pantas, due date semakin menghampiri namun diri ini masih terkapai-kapai mencari rentak. Mudah-mudahan dipermudahkan.Doakan.
Tulisan kali ini lebih berfokus kepada peringatan diri sendiri. Tidak lain tidak bukan untuk memberi semaangat pada diri. Ye la, siapa lagi nak beri semangat yang tinggi kalau bukan diri kita sendiri. Sejujurnya Januari bulan yang pantas tapi agak menyiksa buat diri. Blur, tak tahu nak buat apa, rasa murung dan segala bentuk negativiti menyelubungi diri saya. Tambahan pula saya jenis tidak suka menceritakan "kesusahan" diri kepada orang lain.Tapi untuk blog ok kut, selagi tak post di twitter atau facebook, rasanya yang baca ni dari kalangan orang yang tak dikenali.
So, cite dia macam ni, lately ni, saya agak terbeban dengan expectation tinggi yang diletakkan pada saya untuk menyelesaikan Master saya sekarang ini. Saya kurang pasti samaada saya hnya perasan sorang-sorang ataupun ianya alasan buat diri yang agak terbabntut progresnya, apa yang pasti perasaan terbeban itu jelas. Ia menyebabkan cemas, resah dan kegusaran beterusan andaikata saya tak dapat memenuhi apa yang semua orang harapkan. Tambah pula melihat kepada sahabat-sahabat lain progresnya laju lain macam.
Apa silap saya?
Sekarang hari ni masuk Februari, saya sedar banyak perkara, saya nak buang bebanan ni. Bebanan ni buat saya rasa takut untuk membentang kerana bimbang salah ditegur, bebanan ni buat saya rasa rushing hingga tertekan untuk belajar selain ianya buat saya lost confidence.
Sekarang, masa untuk fokus pada progres. Merungut tidak membawa kita kehadapan.

Tuesday, 23 January 2018
Ibrah dari Pengetua Sempoi
Terbit rasa ingin berkongsi pengalaman menarik di SMK Jalan
Tiga, Bandar Baru Bangi. Kami hadir atas tujuan ingin bekerjasama melaksanakan
program motivasi bersama pihak sekolah secara sukarelawan dibawah anjuran
Alumni Universiti. Jadi seperti
kelaziman sekolah-sekolah lain, kami akan ke pejabat untuk bertemu dengan
Pengetua sekolah.
Sesampainya disana, kami dimaklumkan bahawa Pengetua tiada
di pejabat. Pada fikiran kami jelas agak risau la juga nak menunggu pengetua.
Tapi kami dimaklumkan kerani yang kami boleh mencari Pengetua di sekitar
kawasan sekolah sebab Pengetua jenis suka keluar pejabat dan tidak kisah
bertemu di mana-mana tempat di sekitar sekolah.
“Tuan Ishak”
Maka dengan panduan nama pengetua yang diberi, maka
berjalanlah kami bertanyakan pada para pelajar tentang keberadaan beliau. Dapat
info menyatakan Pengetua sekarang berada di kelas tingkatan 4, bangunan hujung
paling atas. Terus kami bergegas kesana.
Sesampainya tingkat atas, kami agak keliru, nak bertemu
terus takut mengganggu. Jadi kami fikir, sekurang-kurangnya kami beritahulah
dulu untuk bertemu selepas habis kelas. Segan juga, nasib baik ada seorang adik
pengawas membantu mewakilkan kami untuk bertemu.
Pengetua keluar kelas, tangannya dihulur terlebih dahulu
mengalu-alukan kedatangan kami. 5 minit kami terangkan secara ringkas, terus
beliau ajak berbincang di kantin. Menariknya, dia minta untuk salah seorang
dari kami mengendalikan kelas beliau (rasanya bukan kelas, more kepada taklimat
program gotong royong).
Perbincangan berjalan pantas. Persetujuan dicapai. Masa
selebihnya banyak lebih kepada kami menerima input dari beliau berkenaan
pandangannya mengenai dunia pendidikan. Dalam masa 2 jam saya banyak belajar
banyak perkara secara tak lansung dari beliau antaranya
1.
Prinsip beliau yang menyatakan “Pengetua
hanyalah di waktu pejabat, diluar pejabat saya adalah cikgu sama seperti orang
lain”
2.
Sikapnya humble. Bahkan saya tertarik apabila
dengan pekerja kantin pun beliau meminta maaf bila terpaksa mencelah perbualan
untuk memesan makanan.
3.
Mendidik anak murid biarlah berpaksi pada agama
tetapi biarlahnya menyeluruh dari segi akhlak, softskill, kesukanan dan
lain-lain.
Saya tanya dengan niat mahu menduga jawapannya “Tuan tak
risau ka, konsep “sempoi, santai” macam ni menyebabkan cikgu-cikgu ambik
kesempatan pada tuan?”
Dia jawab tenang “Itu bukan soal saya untuk fikirkan, saya
cuba sebaik mungkin berpegang pada agama, yang lain cikgu-cikgu fikir sendiri,
soal keberkatan mereka dengan Allah saya hanya boleh menasihat, kalau ikhlas,
Allah S.W.T akan bagi lebih dari apa yang kita minta”
Jauh dari sudut hati, saya agak kagum dengan kebergantungan
beliau pada tuhan. Satu tamparan buat saya sendiri yang masih banyak merungut
dengan kesukaran ujian dalam hidup.
Terima kasih Tuan Ishak, Pengetua SMK Jalan Tiga untuk
pengajaran yang simple tapi berguna untuk kami yang bercita-cita menjadi
seorang pendidik ni.
*Kami pun baru tahu, Tuan Ishak inilahah juga guru Penolong
Kanan yang cedera parah dipukul samseng demi melindungi anak muridnya pada tahun
2012. Rujuk kes di petikan akhbar http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120617/je_07/Polis-tahan-17-lagi-lelaki-serang-pelajar-SMK-Cheras-Perdana
![]() |
| Gambar kenang-kenangan |
Tuesday, 21 July 2015
Aidilfitri
Assalamulaikum W.B.T
Rasanya Syawal kali ni agak bermakna dan meriah buat diri saya dan keluarga. Maka biarlah diri ini menyimpan album memori di laman blog kepunyaan diri.
Semoga dapat bertemu lagi Ramadhan dan Syawal pada masa akan datang.
Rasanya Syawal kali ni agak bermakna dan meriah buat diri saya dan keluarga. Maka biarlah diri ini menyimpan album memori di laman blog kepunyaan diri.
![]() |
| keluarga kami |
![]() |
| selfie sikit |
![]() |
| Sepupu-sepupu keluarga belah ayah |
![]() |
| Sepupu perempuan di Jerteh keluarga belah ayah |
![]() |
| Sepupu di Kampung Kota Bharu |
![]() |
| Hero dan Heroin keluarga kami |
Monday, 19 January 2015
Satu titik hitam di atas kertas putih
Bismillahirahmanirahhmim..
Kamu, kalian, anda semua termasuk diri saya.
Mengapa difikirkan sangat satu titik hitam walhal kertas kamu putih bersih.
Sampai bila pun ianya nampak kotor.
Jangan anggap sebagai bebanan.
Padamkan titik hitam.
Teruskan bekarya mencurah kebaikan manusia.
Bukankah penilah sebenar dirimu Allah S.W.T.
Bukan manusia.

Friday, 31 May 2013
Mereka Makin Bertambah
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, sempat saya pulang ke rumah. Nasib agak menyelebahi kelas semua dah habis, boleh la balik awal sekejap. Kata orang, balik sebagai "booster" semangat untuk study week ni. Apa yang agak menarik di rumah sebenarnya? Semestilah melihat "anak-anak" yang kian membiak. No over-talking, jom tengok arnab-arnab gua.
![]() |
| Beliau dan 2 babynye yang berusia sebulan |
![]() |
| Si putih bermata hitam |
![]() |
| 6 beradik sedang menikmati jamuan |
![]() |
| Pemalu. Bakal melahirkan anak 3-4 minggu lagi. |
![]() |
| Bersama anaknya yang berusia seminggu. |
![]() |
| Pemberian dari Harun Hazim sepupu aku. |
![]() |
| Bersama anak-anaknya yang berusia seminggu lebih. |
Video Gelagat Arnab Menyusu (Klik sini)
Saturday, 19 January 2013
Tiada Sempadan Usia di Universiti
Assalamualaikum W.B.T
Yosh, pejam celik dah nak masuk SEM ke 2 untuk Degree niwalaupun masih tahun 1. Jadi, aku nak kongsikan sedikit mengenai "kebimbangan sempadan usia" yang mungkin dialami bagi sesetengah first year student. Aku sendiri pun risau juga pada awal kemasukan tambah lagi bagi lepasan matrikulasi yang boleh dikategorikan antara yang termuda iaitu berumur 19 tahun untuk pengambilan Ijazah.
Kalau diikutkan pengalaman, kebiasaanya aku bergaul dengan rakan sebaya yakni sama umur sahaja sebelum ni. Biasa la anak sulung, lepas tu zaman persekolahan dan matrikulasi semuanya bergaul cuma dengan rakan sebaya sahaja. Bila menerjah alam universiti, terasa agak janggal pada awalnya bila ber"housmate" dengan kawan yang rata rata umur 21,22 dan 23 tahun yang turut mengambil degree tahun 1. Cuma aku sorang je yang berumur 19 tahun pada masa tu. Bimbang juga andai tersalah bebicara dengan orang yang lebih dewasa.P/s:bukan takut dibuli he2
Tapi benarlah kata orang tak rasa takkan tahu, lama kelamaan sudah tiada jurang umur bila berada di universiti. Semuanya umpama sebaya. Aku tak pasti bagi kaum wanita, tapi bagi lelaki, kebiasaanya kami tidak perlu menggunakan istilah "abang" sebagai panggilan walaupun seseorang itu beberapa tahun lebih tua daripada kita. Apa yang pasti respect tu mesti ada terhadap orang yang lebih tua walaupun mereka layan aku macam member.
Apa yang menarik berkawan dengan mereka yang lebih berusia adalah bila kita dapat mengaut pengalaman mereka. Ye la, kawan kawan aku yang berstatus "abang" kebanyakan ada yang dah bertunang malah yang dah berkahwin pun ada. Jadi, memang banyak lah ilmu yang aku belajar. Errr.. maksud aku bukan ilmu alam perkahwinan saje, berkaitan survival dalam kehidupan dan sebagainya.Yes, learning through our own experiences are good, but learning from others are the best.
Yang pastinya, di universiti, umur bukan satu sempadan hanya keyakinan yang membezakan antara satu sama lain. Kita yakin boleh maju, maka majulah kita. Jelas, Allah turut tidak memandang faktor umur dalam apa jua keadaan tetapi iman yang menjadi ukuran. Jadi, all the best buat mereka yang bakal ke universiti.
Yosh, pejam celik dah nak masuk SEM ke 2 untuk Degree ni
Kalau diikutkan pengalaman, kebiasaanya aku bergaul dengan rakan sebaya yakni sama umur sahaja sebelum ni. Biasa la anak sulung, lepas tu zaman persekolahan dan matrikulasi semuanya bergaul cuma dengan rakan sebaya sahaja. Bila menerjah alam universiti, terasa agak janggal pada awalnya bila ber"housmate" dengan kawan yang rata rata umur 21,22 dan 23 tahun yang turut mengambil degree tahun 1. Cuma aku sorang je yang berumur 19 tahun pada masa tu. Bimbang juga andai tersalah bebicara dengan orang yang lebih dewasa.
![]() |
| Yeah, bersama kawan yang berbeza usia. haha Roomate aku si baju hitam tua 3 tahun dari aku. |
Tapi benarlah kata orang tak rasa takkan tahu, lama kelamaan sudah tiada jurang umur bila berada di universiti. Semuanya umpama sebaya. Aku tak pasti bagi kaum wanita, tapi bagi lelaki, kebiasaanya kami tidak perlu menggunakan istilah "abang" sebagai panggilan walaupun seseorang itu beberapa tahun lebih tua daripada kita. Apa yang pasti respect tu mesti ada terhadap orang yang lebih tua walaupun mereka layan aku macam member.
Apa yang menarik berkawan dengan mereka yang lebih berusia adalah bila kita dapat mengaut pengalaman mereka. Ye la, kawan kawan aku yang berstatus "abang" kebanyakan ada yang dah bertunang malah yang dah berkahwin pun ada. Jadi, memang banyak lah ilmu yang aku belajar. Errr.. maksud aku bukan ilmu alam perkahwinan saje, berkaitan survival dalam kehidupan dan sebagainya.Yes, learning through our own experiences are good, but learning from others are the best.
Yang pastinya, di universiti, umur bukan satu sempadan hanya keyakinan yang membezakan antara satu sama lain. Kita yakin boleh maju, maka majulah kita. Jelas, Allah turut tidak memandang faktor umur dalam apa jua keadaan tetapi iman yang menjadi ukuran. Jadi, all the best buat mereka yang bakal ke universiti.
Wednesday, 14 November 2012
Remy dan Combi
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulilalh,entri kali ni adalah lebih ringkas dan bergambar. Nak khabarkan yang aku telah menerima keluarga baru. Semestinya bukan kakak atau abang yang berkahwin.Tapi, mendapat 2 ekor anak arnab yang kiut .Serius kiut.
Jom tengok la sikit.
Yang ni pulak berita baik dalam duka:
Kadang kadang menternak binatang ni melahirkan rasa kesyukuran dan kenikmatan terhadap kehebatan ciptaan Allah. Indahnya merasai ketenangan melalui interaksi bersama haiwan.
Penternakan adalah suatu ibadah. Ternakan adalah makhluk Allah S.W.T.. Oleh itu, kita seharusnya memelihara ternakan tersebut selagi mana ia tidak membahayakan diri kita dan orang lain.
Sekian.

| Name beliau Remy.Cita cita pelakon |
| Beliau pula Combi. Gadis yang pemalu dan penuh ketimuran. |
| Gambar formal. Untuk buat potret kut.mesti perlu formal |
| Ini gambar candid. OPS,Scandal! |
Yang ni pulak berita baik dalam duka:
| Beliau baru melahirkan 4 ekor anak.2 daripadanya tak dapat diselamatkan. |
Kadang kadang menternak binatang ni melahirkan rasa kesyukuran dan kenikmatan terhadap kehebatan ciptaan Allah. Indahnya merasai ketenangan melalui interaksi bersama haiwan.
Penternakan adalah suatu ibadah. Ternakan adalah makhluk Allah S.W.T.. Oleh itu, kita seharusnya memelihara ternakan tersebut selagi mana ia tidak membahayakan diri kita dan orang lain.
Sekian.
Saturday, 20 October 2012
Kelantan VS ATM (suasana)
Assalamualaikum W.B.T
Nak cerita la sikit suasana menonton perlawanan bola di Kolej Kediaman Murni tempat aku menetap di belajar di UTeM ni. Meriah! sungguh meriah. Walaupun aku ni anak teganung tapi disebabkan daerah aku iaitu "republik of BESUT" ni menggunakan bahasa kelantan maka jiwa kelate tu tetap ade untuk menyokong. P/s:teganung tetap di hati.
Jadi ,tahniah buat The Red Warrior untuk kemenangan Treble.
Tengok sikit gambar gambar suasana dekat kolej kediaman ni:

| |
| Penyokong Red Warrior berkumpul |
![]() |
| Khusyuk tuh tgk bola |
![]() |
| Time ni dah abis game. Penyokong ATM pun ramai sebenarnya tuh. |
Tu la sorotan gambar ringkas yang ambo nak kongsikan.Menarik bila menonton beramai ramai. Jadi tak kira la, siapa pemenangnya sekalipun yang penting ambil semangat kesukanan tu dalam diri kita.Sukan itu menyatupadukan kita jangan sampai memecahbelahkan kita.
Sekian.
Friday, 28 September 2012
Semangat 10 MINIT
Assalamualaikum W.B.T
Pernah tak korang mengalami kejadian seperti ini?
Tak payah cakap la..confirm punya tambah pulak kalau lecture korang tu memberi lecture macam nak suruh korang tido (Jangan mengata lecturer haha). Tapi lain la korang sebenarnya mempunyai fokus tinggi macam gunung Everest tuh. Masalah fokus dan mengantuk ni bukannya perkara pelik bagi insan yang bergelar student kan? Masuk kelas dengan semangat yang membara namun terkulai sepuluh minit kemudian. Kebiasaannya terjadi sebab duk barisan paling belakang la ni.
Jadi, entri aku kali ni bukannya nak bagi tips untuk menghilangkan mengantuk dalam lecture hall pasal rasenyas ejak zaman sekolah lagi untuk elak mengantuk cikgu selalu pesan tidur awal, catat nota, selalu fokus dan macam macam lagi la. Semuanya streotaip kan? padahal cikgu pun selalu jugak mengantok kan? haha btul la sebab ianya normal dan ubat mengantuk hanyalah tido.
Apepun sebenarnya semangat nak belajar tu yang paling penting, InsyaAllah kalau ada semangat, fokus tu akan datang dengan sendirinya. Sebab aku pun pernah merasai semangat tu walaupun banyak kali jugak tertewasJUJUR. So try la menaikkan semangat untuk belajar tu ye.
Seriously semangat aku pun bukannya selalu mantain pun.Sedangkan iman pun sentiasa bertambah dan berkurang apatah lagi semangat belajar yang sememangnya sudah suam suam kuku ni. Namun, kerana cinta dan minat pada engineering , maka ku gagahi langkah untuk mengorak kejayaan demi nusa dan bangsa #ayat bajet #
Sekian la post ringkas dari ambo. Ingat, Allah tak pandang hasil tetapi Allah pandang usaha. Jom pakat pakat renung.
Wassalam
p/s; macam takde mood je semenjak 2 menjak ni :)
Pernah tak korang mengalami kejadian seperti ini?
![]() |
| gambar ini candid ok sebelum ianya diedit |
Tak payah cakap la..confirm punya tambah pulak kalau lecture korang tu memberi lecture macam nak suruh korang tido (Jangan mengata lecturer haha). Tapi lain la korang sebenarnya mempunyai fokus tinggi macam gunung Everest tuh. Masalah fokus dan mengantuk ni bukannya perkara pelik bagi insan yang bergelar student kan? Masuk kelas dengan semangat yang membara namun terkulai sepuluh minit kemudian. Kebiasaannya terjadi sebab duk barisan paling belakang la ni.
Jadi, entri aku kali ni bukannya nak bagi tips untuk menghilangkan mengantuk dalam lecture hall pasal rasenyas ejak zaman sekolah lagi untuk elak mengantuk cikgu selalu pesan tidur awal, catat nota, selalu fokus dan macam macam lagi la. Semuanya streotaip kan? padahal cikgu pun selalu jugak mengantok kan? haha btul la sebab ianya normal dan ubat mengantuk hanyalah tido.
Apepun sebenarnya semangat nak belajar tu yang paling penting, InsyaAllah kalau ada semangat, fokus tu akan datang dengan sendirinya. Sebab aku pun pernah merasai semangat tu walaupun banyak kali jugak tertewas
Seriously semangat aku pun bukannya selalu mantain pun.Sedangkan iman pun sentiasa bertambah dan berkurang apatah lagi semangat belajar yang sememangnya sudah suam suam kuku ni. Namun, kerana cinta dan minat pada engineering , maka ku gagahi langkah untuk mengorak kejayaan demi nusa dan bangsa #ayat bajet #
Sekian la post ringkas dari ambo. Ingat, Allah tak pandang hasil tetapi Allah pandang usaha. Jom pakat pakat renung.
Wassalam
p/s; macam takde mood je semenjak 2 menjak ni :)
Tuesday, 25 September 2012
Cucu cucuku meninggal
Assalamualaikum W.B.T
Sungguh publisiti tajuk yang aku guna ni. Kahwin pun tak lagi macammane boleh ada cucu, sememangnya tak masuk akal lansung. Mungkin ada insan yang membaca sedang berkata "publisiti la mung ni" kepada aku haha. (memang buruk sangka sungguh aku) padahal pembaca sedang membaca tekun tulisan aku ni.PERASAN.
Ni
la baby arnab aku yang baru lahir . Agak terkilan kerana aku tiada di
rumah (maklumlah siswa sekarang) untuk menjaga dan aku baru mendengar berita mereka sudah kembali
ke Rahmatullah. Cewah, statement nak mantap je. Penjagaan baby arnab ni
memang sukar sebabnya ibunya sendiri "malas" nak jaga lebih lebih lagi
anaknya sudah disentuh manusia saat awal kelahiran.
So, meh la nak kongsi sikit tips jaga arnab baru lahir yang aku dpat dari BLOG awesome ni
"Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut."
Bagaimana cara nak sama2 menjaganya kalau ibunya tak nak?
So, macam tu la perkongsian kisah kali ini, frust tu memang frust sebab kita jaga arnab tu dari awal awal lagi tapi cuba bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak yang dijaganya bertahun tahun. Hilang baby arnab pun frust apatah lagi kehilangan manusia yang disayangi. Apepun ketentuan Allah itu adalah yang paling terbaik. Semoga setiap perkara yang terjadi memberikan iktibar kepada kita.
Sungguh publisiti tajuk yang aku guna ni. Kahwin pun tak lagi macammane boleh ada cucu, sememangnya tak masuk akal lansung. Mungkin ada insan yang membaca sedang berkata "publisiti la mung ni" kepada aku haha. (memang buruk sangka sungguh aku) padahal pembaca sedang membaca tekun tulisan aku ni.
![]() | |||
| Ni la cucu cucu aku yang baru lahir. |
So, meh la nak kongsi sikit tips jaga arnab baru lahir yang aku dpat dari BLOG awesome ni
"Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut."
Bagaimana cara nak sama2 menjaganya kalau ibunya tak nak?
- Paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut.
- Guna picagari dilengkapi tiub untuk menyusukan anak arnab tersebut.
![]() |
| Sebenarnya aku pun tak pasti yang mane ibunya |
So, macam tu la perkongsian kisah kali ini, frust tu memang frust sebab kita jaga arnab tu dari awal awal lagi tapi cuba bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak yang dijaganya bertahun tahun. Hilang baby arnab pun frust apatah lagi kehilangan manusia yang disayangi. Apepun ketentuan Allah itu adalah yang paling terbaik. Semoga setiap perkara yang terjadi memberikan iktibar kepada kita.
Tuesday, 28 August 2012
Checklist keperluan nak masuk U
Assalamualaikum W.B.T
Masa tengak bukak grup FTK UTEM 2nd Batch intake 2012 ade senior rajin bagi checklist satu persatu.Aku pun copy paste terus haaha . Baik sungguh abg senior ni (tak ingt name) . Mudah la sikit aku nk buat checklist.Nak harap buat sendiri standard terlepas pandang.So sape2 nak masuk U tu buatla checklist sekarang!
LAST CHECK!
#Tengok bahagian tandas
1. Berus gigi
2. ubat gigi
3. Sabun
4. Syampo
5. Pencuci muka
6. Tuala
#Tengok tempat tidur
1. Bantal
2. Cadar
3. Selimut
#Tengok Persiapan diri
1. Cermin
2. Sikat
3. Minyak rambut
4. Deodorant/ Bedak
5. Perfume
#Tengok ke Kuliah
1. Kasut bebas
2. Sluar bebas, (JANGAN SEKSI!)
3. Baju koler ( x koler pn bole janji pakai jaket or labcoat) <--JANGAN SEKSI
4. Beg/ fail/ buku nota
#Tengok ke MHS
1. Baju kemeja putih 2helai
2. Baju-T putih 2helai
3. Sluar track
4. Sluar fomal
5. Tie
#Tengok Bahagian Solat
1. Kepiah / songkok
2. Sejadah
3. Baju melayu / kurung
4. sampin
5. Al-Quran
pendek cita nk masok U ni kena banyak tengok2.....
nasihat-----> masok U kena cool ja, xtau buat cara xtau, (banyak bertanya), dah tau buat relex ja. (ajar kawan yg x tau)

Sunday, 26 August 2012
Wanita Malaysia Ramai Curang?
Assalamualaikum W.B.T
Rasanya bila tengok tajuk tu, ramai kaum hawa yang akan serang aku nanti. Whooo, bertenang dulu sebab bukan aku yang cakap benda ni semua. Aku pembela kaum wanita haha tapi kan kebetulan plak tajuk post aku ni hampir sama dengan CIK Kerang (Member blogging) .Lepas post baru aku baca entri dia haha xpe la
Masa aku tengah survey Fesbuk, then aku jumpe la gambar yang dikongsi oleh member member fesbuk yang lain. Ce tengok gambar ni :
Fakta atau Auta?
Jawapan perantau:
Aku pun tak tahu, tapi jika tidak mahu dicurangi.. jadi lah orang yang baik.Kenapa? sebab orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik. Dan InsyaAllah orang yang baik tidak akan curang kepada orang lain.Inilah kehidupan...What you give, you take back. Simple kan?
p/s:Member member blogging lain pun senyap je sekarang ni
Rasanya bila tengok tajuk tu, ramai kaum hawa yang akan serang aku nanti. Whooo, bertenang dulu sebab bukan aku yang cakap benda ni semua.
Masa aku tengah survey Fesbuk, then aku jumpe la gambar yang dikongsi oleh member member fesbuk yang lain. Ce tengok gambar ni :
Fakta atau Auta?
Jawapan perantau:
Aku pun tak tahu, tapi jika tidak mahu dicurangi.. jadi lah orang yang baik.Kenapa? sebab orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik. Dan InsyaAllah orang yang baik tidak akan curang kepada orang lain.Inilah kehidupan...What you give, you take back. Simple kan?
p/s:Member member blogging lain pun senyap je sekarang ni
Wednesday, 22 August 2012
Dapat Educamp UTP
Assalamualaikum W.B.T
Niat di hati aku nak post pasal raya tapi tak jadi jadi. Laen kali la,kumpul gambar dulu biar bertimbun kata orang. Sejak akhir akhir ni, nampak ramai bloggers menyepi ni.Sibuk beraya kut. Aku takde la rajin sangat nak menulis tapi nak kongsi la sikit kalau tak memang berhabuk la blog aku ni tak diupdate. Hari raya ke 2 aku dapat SMS, "Tahniah,anda dijemput ke Educcamp UTP"
First impression= Alhamdulillah
Tapi kalau ikutkan hati malas jugak nak pergi pasal separuh hati ni sudah inginkan UTeM hehe. Ramai orang cakap try la dulu pasal UTP bagus senang dapat kerja.Lagipun boleh apply pinjaman Mara. Tapi semua tempat pun bagus bagi aku. Kalau dulu memang UTP la cita cita aku nak belajar sana.Sekarang ni? mane mane je haha,semua same. Tengok la dulu macammane kan. Lagipun mencuba tak salah jugak.Rezeki kita Allah tetapkan.
Jadi kepada member member yang dapat Educamp UTP 2012 tahniah jugak la. Gudluck jugak untuk anda sekalian. Yang penting niat kita nak belajar.Selamat Berjaya
p/s:Semenjak 2 menjak ni kerajinan kurang untuk update blog

Wednesday, 8 August 2012
Selepas diserang SPYWARE
Assalamualaikum W.B.T
Selepas beberapa hari menyepi di dunia blogging, akhirnya bolej jugak update blog aku yang mujur tidak sempat 'lusuh' ni. Ada la jugak member member tanye kenape tak update. Aku cakap takde mood frust putus cinta je haha. (korang jangan ambil serius statement "jammed" macam tu) hehe
Sebenarnya ini semua gara gara Virus terutamanya Spyware yang menyerang laptop ni. Aku ingat sangat beljar Sains Com dulu dekat matrik pasala Spyware. Bahaya jgk woo, silap silap boleh dicurinya password aku. So terpaksa la format laptop ni kat kedai. Nak format sendiri boleh je tapi takut tak boleh backup current file tuh. Jadi hangus jugak la RM40.
Serius agak bosan jgk internet tiada disisi, mujur la ada "kawan" baru aku ni.. Yeah!

Ucapkan selamat datang kepada puyuh 5 sekawan :)
Apepun buat pengguna pengguna laptop sekalian jangan lupa rajin rajinkan diri anda untuk mengupdate antivirus dan pastikan jangan bukak website yang mencurigakan jika tidak mahu diselubungi oleh VIRUSSSSSSS.
Sekian
p/s:; 10 ramadahan terakhir bakal menjelang, jom gandakan ibadah :)

Saturday, 28 July 2012
Ada blogger berpengalaman boleh tolong?
Assalamualaikum..
Sebenarnya aku memerlukan pertolongan mana mana blogger yang sudi tolong ni. Maklumlah aku ni masih dikira baru dalam dunia blogging. So masalahnya macam ni.. Apabila aku nak follow blog blog lain, name dan gambar aku asyik tak keluar. Adakah kerana laptop atau internet aku? sedangkan sebelum ni ok je.. Masalah jadi macam ni
So, sape sape yang terbaca ni ade explaination tak? memerlukan penjelasan. Maklumlah diri ini masih HIJAU..

Sunday, 22 July 2012
YES! Masa untuk si Arnab Mandi!
Assalamualaikum W.B.T
Semangat kini membara untuk memelihara arnab.Dengan kecomelan dan kiutnye menjadikan diri ini begitu tertarik dengan haiwan ini. (Sudah berhenti mengarut sekarang jugak!) Untuk kali ini aku nak kongsikan experince untuk memandikan arnab. Aku takde la expert sangat bab arnab ni tapi ada la sikit sikit ilmu untuk mandikan arnab melalui pertanyaan kepada mereka yang lebih pakar. Mane tahu berguna untuk korang yang teringin untuk memelihara arnab kan??
Aku guna besen je,. tu pun yang saiz sederhana, bagi sabun yang digunakan lagi elok jika kita gunakan yang shampoo anti kutu (boleh didapati di pet shop) dimana penggunaannya sangat sesuai untuk menghapuskan kutu yang berada di bulu bulu arnab. Yang ni penting bagi mengelakkan arnab daripada terkena penyakit penyakit yang mungkin meragut nyawanya.
Ratakan air keseluruh badan arnab tuh.. gosok la perlahan perlahan takut luruh bulu plak... (macam la aku buat tak kasar haha) tengok arnab aku pun macam terseksa kut.. Hati hati jugak jangan sampai lemaskan arnab tu dengan alasan alasan yang tidak munasabah seperti
"nak ajar arnab berenang" mahupun "nak tengok daya tahan arnab"

Lapkan seluruh badan dia dengan tuala dulu.. kasi keringkan badan beliau yang kesejukan. Lagi elok kalau ada hairdryer..confirm kering. Kalau tak de buat macam aku.. biarkan si arnab arnab ni berjemur dibawah sinaran UV matahari. Benda ni penting bagi mengelakkan dijangkiti kuman sebab kuman mudah menjangkiti di badan badan arnab yang penuh kelembapan. Tapi harus ingat, jemur jemur jugak janganlah smpai 2 jam jemur.. kesian kat mereka sekalian haha. Seelok eloknya proses mandian ni dilakukan waktu pagi ataupun tengah hari.
Apepun yang aku share ni hanyalah pengalaman dari seorang amatur.. Jika anda ada membela arnab seelok eloknya ambil la pengalaman dari yang pakar,, boleh terjah ke blog yang menceritakan khas mengenai haiwan peliharaan untuk ambil tips untuk membela haiwan.. Cuba cubalah membela haiwan ni.. ia mengajar kita untuk lebih bersyukur mengenai keunikan ciptaan Allah S.W.T
p/s:nak jadi engineer sekalipun tak emnjadi masalah untuk mencintai haiwan :)

1)Sediakan tempat mandi dulu...

2)Mandikan lah beliau (arnab tu)
Ratakan air keseluruh badan arnab tuh.. gosok la perlahan perlahan takut luruh bulu plak... (macam la aku buat tak kasar haha) tengok arnab aku pun macam terseksa kut.. Hati hati jugak jangan sampai lemaskan arnab tu dengan alasan alasan yang tidak munasabah seperti
"nak ajar arnab berenang" mahupun "nak tengok daya tahan arnab"
3)Selepas selesai mandi?
Lapkan seluruh badan dia dengan tuala dulu.. kasi keringkan badan beliau yang kesejukan. Lagi elok kalau ada hairdryer..confirm kering. Kalau tak de buat macam aku.. biarkan si arnab arnab ni berjemur dibawah sinaran UV matahari. Benda ni penting bagi mengelakkan dijangkiti kuman sebab kuman mudah menjangkiti di badan badan arnab yang penuh kelembapan. Tapi harus ingat, jemur jemur jugak janganlah smpai 2 jam jemur.. kesian kat mereka sekalian haha. Seelok eloknya proses mandian ni dilakukan waktu pagi ataupun tengah hari.
Apepun yang aku share ni hanyalah pengalaman dari seorang amatur.. Jika anda ada membela arnab seelok eloknya ambil la pengalaman dari yang pakar,, boleh terjah ke blog yang menceritakan khas mengenai haiwan peliharaan untuk ambil tips untuk membela haiwan.. Cuba cubalah membela haiwan ni.. ia mengajar kita untuk lebih bersyukur mengenai keunikan ciptaan Allah S.W.T
p/s:nak jadi engineer sekalipun tak emnjadi masalah untuk mencintai haiwan :)
Friday, 13 July 2012
UTeM dan aku BERJODOH
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
|
||
| KOD PROGRAM | : | CY51 |
| NAMA PROGRAM PENGAJIAN | : | IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKNOLOGI AUTOMOTIF) DENGAN KEPUJIAN |
| : | UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) | |
| URL SURAT TAWARAN | : | http://www.utem.edu.my/kemasukan |
Alhamdulillah, debaran yang dinantikan akhirnya tiba jua.. benarlah kata orang penantian itu suatu penyiksaan #stop mengarut. Alhamdulillah, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah bagi course Kejuruteraan Mekanikal Teknologi Automotif di UTeM Melaka. Memang dari awal lagi aku tidak kisah dapat di mana mana Universiti asalkan dapat course Engenering automotif (Eleh, padahal nak pergi UTM) hehe
Bla difikirkan balik begitu kuat JODOH aku dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Kenapa begitu? Ya sebab selepas keputusan SPM sebenarnya aku telah ditawarkan ke UTeM bagi diploma Mekanikal Engineering . Namun aku buat keputusan untuk menerima tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor pada masa tersebut.Bukan kerana aku memandang enteng pada Diploma mahupun UTeM itu sendiri tapi atas dasar faktor untuk mengenal pasti lagi apa sabenarnya minat aku dan setelah menempuhi pelbagai rintangan di Matrik (Rintangan sangatlah..hehe) akhirnya ku temui minat aku dalam bidang automotif.. Entahlah camne boleh minat (pengaruh classmate aku Faiq asenya) hehe
Ya..memang aku apply Course Automotif Engineering di UTM untuk first choice tapi aku tidaklah mengharapkan sangat sebab aku rase result aku pun biasa je walaupun cukup syarat. *banyak persaingan woooo. Dan aku percaya kita manusia hanya mampu merancang sahaja tanpa mengetahui perancangan Allah itu lebih baik dari kita yang hina. Begitu hebat nye takdir Allah, aku tinggalkan UTeM ke KMS dan aku meninggalkan KMS ke UTeM jua akhirnya..
At least aku dapat merasai pengalaman belajar di 2 tempat berbeza. Terima Kasih Ya Allah..
p/s: Para pembaca doakan daku ye............. :)
Saturday, 30 June 2012
Teman Sepanjang Cuti
Assalamualaikum W.B.T
Yes, julai sudah akhirnya.. result untuk kemasukan degree dah tak lama. Cuti ini masih panjang untuk dihabiskan. So, berblogging la salah satu aktiviti diri saye untuk mengisi masa lapang (kononya). By the way selepas membaca entri post Belog Harun Hazim ini rase ingin berkongsi jua pasal menda ni.
Mereka berdua ini merupakah salah sahabat pada waktu dulu. Kerana tiada masa untuk menjaganya terpaksa aku merelakan mereka dan kaumnya sebanyak 20 ekor untuk dijual kepada insan insan yang ingin membeli. Lawa tu, Mahal pulop!
Tapi, kini saya dipertemukan sahabat sahabat baru .Boleh la menghilangkan kebosanan menyelimuti hati ini(ayat nak skema je) ... Jadi Siapa mereka?
Dari kiri: Piung-piung, raju, cici, Suparjo (nama yang menggelikan semuanya adik ak yg bagi ok :)
Yang ni kura kura kepunyaan ambo.. nak fight dengan kura kura Harun dan Anis Farhana hahaha
Aksi aksi mereka memang menarik untuk diperhatikan...(xdop kerja lain tgk binatang)

Arnab dan kura kura.. memang significant. Rasenya kura kura kepunyaan ambo ni lebih laju dari arnab. Sangat BUAS haha
<-----
Ini adalah si Pasif
dan beliau suka untuk tidur di jambatan merah. :)
Sekian sahaja post untuk kali ini. Gambar je banyak, tulisan beberapa kerat jah.
p/s: buleh dah start untuk ambik feel bulan Ramadhan... X smpai sebulan pun lagi. JOM!

Saturday, 10 March 2012
Si "dia" itu musuh?
Assalamualaikum WBT…
Bagi entri kali ini aku ingin berkongsi
mengenai salah satu rentetan kehidupan yang dilalui sebagai perantau di dunia
ini. Jika dilihat pada tajuk “si ‘dia’ itu musuh?’, mungkin bunyinya agak
‘kronik’ namun harapan hati ini semoga
tulisan yang serba biasa ini mampu memberi manfaat kepada para pembaca .
Aku mula berdamping dengan si ‘dia’ lebih
kurang 2 bulan yang lepas namun hakikatnya aku sudah lama mengenali ‘dia’ sejak
diri ini masih kecil lagi. Sejak kecil aku tidaklah rapat sangat dengan si
‘dia’, mungkin kerana diri ini masih kanak kanak menyebabkan ibu bapaku
melarang utk berdamping dengannya namun sejurus menuju kedewasaan ,memang
keperluan untuk aku berdamping dengan si ‘dia’ bagi membantu aku dalam menyiapkan
kerja dan assignment.
Sebelum saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah
sekalian tersalah faham dengan istilah si ‘dia’ yang aku gunakan, izinkan ku memperkenalkan
‘dia’ tersebut terlebih dahulu. Sebenarnya ‘dia’ yang dimaksudkan adalah laptop
kepunyaan aku.
Persoalannya kenapa laptop itu menjadi
musuh? Konklusi ini pada asalnya timbul apabila aku sedar diri ini semakin lalai
dan mula lupa asal tujuan aku adalah menuntut ilmu seperti yang aku pegang selama ini. Aku sedar apabila
saya sering bersama laptop melebihi buku buku pelajaran menyebabkan pelajaran
sedikit terabai. Ya, iulah sebab kenapa aku berfikir bahawa laptop itu adalah musuh aku..
Namun, ternyata ianya salah sama sekali,
kerana setelah melihat sesetengah rakan rakan yang menggunakan laptop untuk belajar, mencari
maklumat dan menyiapkan assignment sebagainya aku mula berfkir bahawa teknologi sama sekali
tidak bersalah.
Jadi siapa sebenarnya musuh disini?
Jawapannya adalah kita sendiri atau dengan
kata yang lebih tepat adlah NAFSU kita. Nafsu yang cenderung kearah hiburan
menjadikan kita lalai dan menyalahkan laptop atas kelalpaan diri ini. Ya,
sememangnya tidak salah untuk berhibur, sama sekali tidak salah selagi tidak
melalaikan. Itu yang kebanyakan orang selalu cakap. Namun kuatkah iman kita
mengatasi cenderung hiburan ini. Saya akui, saya sendiri tidak sekukuh itu.
Bagaimana nafsu menipu kita untuk cenderung kearah menyalahgunakan laptop jauh dari tujuan asal..Berdasarkan
pengalaman aku, akhirnya aku temui seperti berikut………
GAMES -DOTA terutamanya.....
LAGU-hiburan melebihi had
MOVIE- menjadi kebiasaan aktiviti hujung minggu plajar IPT
INTERNET- kata orang, menjadi nadi students
Jadi ,sama samalah para pembaca termasuk diri aku sendiri utk renung2 kan supaya tidak memakan diri. Setiap perkara masih belum terlambat seandainya kita mahu untuk mengubahnya......
salam....
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)