Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday, 24 February 2012

VERSUS ORGANIC CHEMISTRY???


VERSUS ORGANIC CHEMISTRY

Terkebil kebil aku memandang ke arah buku tutorial dimana 40 minit berlalu tanpa aku menyentuhnya.Soalan pasal organic Chemistry lagi... Aduh, kenapa la sukar sungguh untuk aku “jatuh cinta” kepada Organic Chemistry. Cyclohexene,Methlbenzene, Halogenation, dan lain lain definisi  cukup memeningkan kepalaku.Memang sejak aku berada di Tingkatan 5 lagi, memang subjek yang ada kaitan dengan biologi walaupun sedikit agak sukar untuk aku follow up  

                           


Namun Alhamdulillah aku telah terpilih mengikuti program KIMI’O’ iaitu program khas untuk para pelajar bagi menguasai  Organic Chemistry. Harus aku akui, memang banyak input yang aku perolehi daripada seminar tersebut. Namun hati ini  lebih berat untuk menerima kehadiran Organic Chemistry dalam kehidupan ini.



Puas aku berfikir apakah punca aku sukar menerima Organic Chemistry, nak kata disebabbkan aku merupakan jurusan modul2,itu tidak boleh dijadikan alasan sebab kawan2 seperjuangan dari modul 2 tiada menghadapi masalah seperti aku.Tapi apa yang aku perasan kebanyakan kawan2 yang mengambil jurusan modul 3 majoriti tidak menghadapi masalah dalam belajar Organic Chemistry



Apa yang merungsingkan hati ini apabila aku cuba menjawab kuiz Organic Chemistry tempoh hari, berapa percent sahaja yang dapat aku “conteng” di kertas soalan selebihnya blank. Aku pernah menyatakan kepada lectturer Tutorial mengenai masalah aku, katanya masalah utama aku adalah mindset dan malas membaca.Bila difikirkan balik, ada betulnya juga kata kata beliau. Saat itu juga aku teringat kata2 Umi di kampung  yang juga merupakan guru kimia sekolah menengah. “Organic Chemistry menarik untuk dipelajari, Cuma rajinkan diri unuk membaca la sikit”.



So, ak patut sedar aku mampu melakukannya jika ada orang mempercayai aku mampu “menewaskan” Organic Chemistry, knapa pula aku sendiri tidak meyakini diri sendiri.....Dan dari sini lah aku tetapkan minda aku untuk “tewaskn” Organic Chemistry”.. semoga aku berjaya..


Oleh itu, semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada insan2 yang membaca kerana nukilan diri selama ini sentiasa ada yang tersirat utk manfaat kepada para pembaca kerana kita umat islam digalakkan melakukan kerja bermanfaat seperti kata sebuah hadis yang bermaksud “ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “daripada kebaikan islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat baginya” (Riwayat al-Tirmizi)

Monday, 6 February 2012

Kronologi Pertemuan Sahabat –road to sunway n PALAM-


Bagi entri kali ini, aku hanya ingin berkongsi mengenai pertemuan aku dengan sahabat sahabat sekolah menengah aku dulu. Kata orang tiada yang indah melainkan sebuah pertemuan.Begitu juga dengan aku, pertemuan dengan sahabat sememangnya tidak jemu melihat pelbagai karenah yg mengukir senyuman.

Semuanya bermula pada tarikh 28 Januari 2012 , sedang aku asyik berada dalam bas dari Kelantan ke Kolej Matrikulasi Selangor, mengelamun aku sendirian teringat memori lama teman teman seperjuangan di sekolah dulu.Tiba2 lamunan aku dikejutkan dengan sapaan rakan disebelah “eh, mggu depan balik 5 hari, balik kelantan dop?” aku berfikir sejenak sebelum menbalas pertanyaan “hmm, xkan la nak balik , kan baru je balik ni”.. Dan terus aku mendapat satu idea, apa kata kalau aku adakan satu pertemuan dengan kawan2 lelaki sekolah dulu. Mungkin selama ni aku sibuk di Matrikulasi menyebabkan aku tidak sempat bertemu dan berutus khbar dengan kawan2 walhal hati ini sentiasa merindui (jiwang tuh) J Sejurus tamat midsem exam terus aku mengapai telefon bimbit “Assalamualaikum, hello, jom pergi sunway?”
                            Tempat yang dituju: hanya mampu melihat je..hehe

Tarikh 3 februari 2012, aku berangkat ke Universiti Puncak Alam (PALAM) bagi memudahkan perjalanan untuk ke Sunway keesokan harinya. Sesampainya disana, phone di poket seluar berdering, nama “miyoe” tertera di paparan phone . “hello, smpai dop ag mung?” tnya beliau. “smpai doh, duk angsana ni” .Tidak lama selepas itu dari jau aku melihat sahbatku nik miyoe(bakal engineer) tersenyum menyambutku ke bilik beliau. Dari situ, bertemu pula aku dengan LOH (rakan sejawatan BWP dulu) duk mengadap laptop dengan penuh khusyuk. Kemudian aku bertemu pula dengan AQIL (classmate 5B) semasa makan di kafe, namun beliau tidak dpt ,menyertai kami ke Sunway keesokan hari kerana test yg perlu dilaksanakan.Malam pula menjelma, bertemu la pula aku dengan CERAH(gelaran terbaru “madu” yg bermaksud “honey” katanya). Seperti biasa, banyak benda yang diceritakan sehingga larut pukul 3 pagi .

Cerah atau nama sebenar (Asyraf Zahari_hyperactive)


Pagi pula menjelma, kami menghadapi kesulitan dek kerana si CERAH tidur dengan begitu asyik.Pelbagai alternatf dgunakan utk mengejutkan beliau namun hampeh,mungkin gempa bumi baru dia akan sedar (haha). Akhirnya kami dapat juga bertolak ke Sunway Piramid walaupun bas terpaksa menunggu beliau.Sampainya disana , MAEL (ketua batch f5) pula berjaya kami temui, seperti biasa style dia sama mcm dulu, rilek and steady Cuma style rambut agak baru.Seterusnya sementara menunggu geng2 UIA tiba kami mengambil keputusan untu kmengisi perut yang kosong dahulu. (sempat sesat kerana yang menjadi penunjuk jalan adalah CERAH haha).

   Sesat di tempat parking!!                                     
Tidak lama selepas itu, dapat juga bertemu dengan Geng2 UIA yg tiba dengan “tepat” masanya hehe, KERO(dormate sebelah kati mase f4), SYAHMI(classmate 5B,best student), MATWE(gendang expert), DAUH(teman cerita naruto), NAJIB(presiden PRS beribawa). Kemudian kami menuju ke Pusat Bowling bagi memnuhi ruang masa. Aku sempat berjumpa dengan KIMI Shotgun (Footballer sekoalh) yang singgah sekejap. Agak mgecwakan bila mndapat tahu Lane Bowling semua sudah penuh.Mahu x mahu, kami segera ke pusat snuker. Snuker pun snuker la asalkan dapat beraktiviti, at least gandingan aku dengan najib berjaya mengalahkan gandingan matwe dengan Pok Loh haha. Tak dpat dinafikan yang paling expert dalam snuker ni Mael dgn miyoe.


                                 ketibaan sep2 UIA.. Dauh,kerol, mat we, najib, syahmi

Sejurus selepas selesai semuanya, kami seramai 10 orang bertolak ke PALAM bagi bermalam beramai2 disana, suasana agak riuh rendah dengan perbualan bertukar tukar cerita dalam bilik tersebut.Namun, Cerah dengan Loh lansung tak tidur asyik duk main DOTA haha.Kesekona harinya, mael,najib ,syahmi, mat we dan dauh diringi Aqil meninjau di sekitar PALAM . Katanya naik kat atas tangki air. Namun “tangga maut” di PALAM xsempat mereka terokai..haha.. setelah semuanya selesai, kami membuat keputusan utk pulang ke kolej masing2 untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.

Rentetan di SUNWAY Pyramid
                                                       Posing la kononnya blake


                                               Masih sempat membeli buku guna kupon

                                              Best student UIA ni.. bakal dentist dgn Enginner ke?


                                                  Dauh berkata: gane kire bowling pnuh ni?


                                               Syahmi,dauh dgn najib: takkan tgk jah???


 Gambar aku dengan dauh eksyen dengan piala2 yg kami
menangi.
                                              Fokus sunggu najib menyunting bola..

                             Berhenti la main tu, nak sembahyang plop ni.. Katanya abe Keroll

                        Loh steady mcm biasa, Cerah dgn Kerol : 2 Bradik ni pelik2 sopmo..

                                                Najib VS Matwe.. unfinish fight????

                                                   Makan la "colek" tu........


AT PALAM
                                                     
                                                Mael meneliti EXPERIA baru Mad Aqil

                                                         Buas sngoti budok2 ni, 1 katil 4 0wg
                                   Cerah main DOTA: main la mung smpai dop tido>>>



Pengalaman kali ini agak menyeronokkan bagiku, manakan tidak setelah hampir 1 tahun tidak bertemu,akhirnya dapt juga aku bertemu kawan2 lama. Apa yang penting ukhwah sesama sahabat itu terus terjalin seprti juga yang disyariatkan agama Islam. Dan kita digalakkan mengeratkan hubungan persaudaraan Seperti juga yang terdapat dalam potongan hadis yang diriwayatkan daripada Jubair bin Mut’im r.a, Nabi S.A.W bersabda : “tidak masuk syurga pemutus silaturahim”.
Sekian. Wassalam...

P/s : yang tak dpt datang xpo, kita jumpe di lain hari jika tiada aral melintang,semoga   ukhwah terus berkekalan.

Tuesday, 24 January 2012

Pesanan Sahabat sebagai “antidote” virus MALAS





Aduss, Virus malas mula melanda diri ini tatkala masa sedang sedikit demi sedikit bergerak menuju peperiksaan. Lebih kurang genap 3 hari aku berada dirumahku sempena percutian midsem. Namun agak mendukacitakan aku hanya “menjamah” 1 chapter sahaja dari subjek kimia dan fizik.Mungkin terlalu leka melayan karenah adik bongsuku yang tak henti henti mencabarku dalam perlawanan games DOTA di komputer.Saat ini, aku membayangkan pasti rakan2 seperjuanganku sedang bertungkus lumus belajar di kediaman masing masing.
                                                                     
Waktu inilah , kebimbangan mula terdetik di hati sanubari ini. Dengan virus malas menular dalam badan aku ini mampukah aku menghadapi hari hari seterusnya dengan tekad untuk belajar bersungguh. Dari situ, timbul persoalan persoalan yang tidak mampu aku jawab iaitu “berbaloikah kepercayaan yang diberikan ibu bapa terhadapku?” , “apa yang perlu aku buat untuk menghilangkan perasaan malas ini?’ Menyedari mengenai hal itu, aku cuba tekad membulatkan hati untuk membelek sedikit demi sedikit buku pelajaranku.

Namun satu perkara harus aku akui, malas itu sukar aku kikis, namun aku tetap mencuba .Sewaktu mengambil buku dari beg , aku terpandang satu kata2 hikmah dari kulit belakang buku yang mengambil petikan dari kata2 pengasas Microsoft, Bill Gates.. “I failed some subject in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft, and I am the owner of Microsoft” . Melihat kata2 ini, aku teringat pesanan salah seorang sahabatku di kotak chat semasa online sebelum ini.
Aku pernah menghantar chat mengucapkan kpd beliau “ mustahil untuk aku berjaya seperti mung”
Balasnya ..“xde bnd yg mustahil ...mg kne pgg kter2 bill gates..myb ak blaja jauh,tp xmustahil mg brjye dlm idup lbh dr ak..kan..???”
 
Bila direnungkan kembali, aku sedar tiada yang mustahil dalam dunia ini jika Allah mengehendakinya (barang sesiapa yang menuai maka dia akan dapat hasilnya) maka setiap manusia yang berusaha itu pasti akan dapat ganjaran dengan izin Allah.  Sebagai manusia aku sering terlupa hakikat ini .Terima kasih sahabat kerana menghantar pesanan “antidote” untuk virus malas ini.Oleh itu, aku perlu bangkit sekarang demi kepercayaan dari ibu bapa, sahabat2 yang sentiasa berada di belakang selama ini.
Hapuskan sifat MALAS sekarang jua kerana ia adalah RACUN kepada KEGAGALAN. Manakala RAJIN itu penawar paling mujarab.Sama2 kita renungkan. 
Sekian
p/s : credit to one of my besfren _
 
 
 

Saturday, 21 January 2012

Adakah dia hanya satu peralatan?


Assalamualaikum W.B.T...
Dalam kehidupan kita sebagai seorang perantau, pelbagai perkara yang akan kita temui, samaada perkara tersebut melibatkan sesuatu yang positif mahupun sebaliknya. Apa yang penting bagaimana cara kita mengaplikasinya untuk mematangkan kita kerana pengalaman itu sendiri merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan ini. Jadi, aku turut ingin mengaplikasikanya melalui penulisan ini dalam kisah suka duka kehidupan yang aku kira boleh dijadikan iktibar buat para pembaca.Bingkisan kali ini adlah berkait rapat dengan keremajaan.


“Woi, dah siap Math ke belum?” aku menyapa seorang temanku yang sedang khusyuk membuat homework. “Apa la, salam x bagi,main redah je..belum lagi la, aku baru buat soalan integrating factor ni, jom ar wat sama2” balas rakan ku sambil tersenyum.. “sory la, tergesa2 td, jom ar buat” jawab ku ringkas . Lebih kurang dalam 45 minit menelaah, datang la 2 orang lagi sahabat berhampiran kami . “Amboi, rajinnya kawan aku ni study” usik salah seorang rakanku. Malas nak melayan karenah rakanku itu, aku hanya meleretkan senyuman sahaja sebelum menyambung menekan kalkulator. 

Dalam keadaan bilik yang senyap (fokus study la kononya) ,salah seorang sahabatku memecah kesunyian bertanya kepadaku “Eh zam, kau xde suke kat sape2 ke?” . “Aish kau ni, apsal tibe2 tnya ni, abis kau plak ada suke kat sape2 ke? Sengaja ak membalas pertanyaan rakan ku itu dengan pertanyaan.Bukan apa , soalan macam tu ak dah malas fikir dah, buat masa ni aku boleh cakap aku hanya nak jatuh cinta pada pelajaran je. “haaa, knapa diam?” ak bertnya lagi kpada sahabatku itu sambil menulis formula di ruang2 kosong bukuku. Belum sempat dia membalas pertanyaanku itu, rakanku di sebelah yang dari tadi sedang khusyuk mnyiapkan tutorial mencelah “eh, kau jangan tanya kat dye.. hati tengah berbunga tu, maklumlah sedang jatuh cinta dengan si A (nama dirahsiakan). “Aik, bukan kau dengan Si B ke skrg ni? Rakanku yang lain plak menyampuk. Malas untuk turut serta dalam perbualan mereka aku memilih untuk mengunci mulut.

Rakan1: Memanglah aku dengan siB skrang tp Si A tu lawa la, fuh,kalau aku  dapat memang aku puas hati la.

Rakan2: Adoi kau ni ,memang x cukup dengan 1 la,,padahal yang siB tu pun lawa

Rakan1:Alaa kau ni, kau tolong la ak “adjust” si A ni dulu nanti aku buat ar keputusan yang mana aku pilih.

Rakan3:Macamana kalau siB tahu nanti?

Rakan1: Alaa, tu biar ak yang fikir, lagipun siB xkan tahu, confirm punya la.haha

Rakan2: Mesti kau nak jadikan yang A tu sebagai “sparepart” kejam jgk kau..hehe

Rakan1: Sebenarnya yang B tu aku nak jadikan “sparepart”..hehe



Mendengar perbualan mereka tersebut, aku hanya mampu tersenyum bagi mengambil hati mereka, untuk menyampuk aku bukannya pandai sangat dalam bab ni.Namun dalam hati aku terdetik jua perasaan kasihan kepada 2 hati wanita yang bakal dipermainkan nanti.Mungkin inilah yang dikatakan kehidupan, manusia selalu lupa dengan nikmat wajah yang elok kurniaan Allah digunakan untuk mempermainkan perasaan orang lain. Dalam gelak ketawa memenuhi bilik tersebut, akhirnya rakan studyku yang turut mengunci mulut dari tadi mula bersuara “mentang2 la ada rupa,senang2 je nak mempermainkan wanita?”  mungkin kerana sahabatku ini seorang yang dsegani maka mereka memilih utk tdk membalas.Sebelum mereka keluar dari bilik tersebut, sempat rakanku ni mengeluarkan pertanyaan “ adakah dia hanyalah sebuah peralatan?” Aku tersenyum bangga melihat kesungguhan sahabatku tersebut.

Bila direnungkan kembali peristiwa seprti ini turut mengingatkan aku supaya menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.Semoga ak tidk tergolong sbg seorang lelaki yang  hanya tahu mempermainkan wanita sahaja.Kerana, tugas lelaki itu sendiri adalah melindungi wanita. Bagi kaum wanita pula, semoga anda tidak tergolong di kalangan kaum yang mudah tertipu tehadap “kebaikan” seorang lelaki kerana menurut petikan kata2 yang ditulis penulis buku La Tahzan Kerana Cinta ,Najla Mahfuz “kadang2 sifat wanita yang terlalu romantis telah membuatkan mereka terlalu berlebih lebihan dalam menilai seorang lelaki’
Sekian.


Friday, 6 January 2012

Konklusi dari sebuah larian…

Assalamualaikum WBt…
Pertama kali, Syukur Alhamdulillah ak kembali lagi dengan bingkisan hidupku sebagai seorang perantau , kisah kali ini aku paparkan sebagai pedoman hidup ak sendiri, jd kepada insan yang membaca coretan ini,semoga turut memperoleh manfaat darinya.
Tanggal 1 Januari 2012, ak telah menyertai Program 1000 JIWA,1 HATI yang diadakan di Masjid Negara, Alhamdulillah, buat kali pertama juga ak menjejakkan kaki ke rumah Allah yg merupakan khazanah Negara ini. Apa yang menariknya rata2 peserta yg menyertai program ini adalah dari golongan belia. Aku kagum dengan semangat2 yg dtonjolkan peserta yg sanggup dtg dari jauh utk menyambut tahun baru dengan penuh hikmah walhal kita tahu program countdown di Dataran Merdeka turut diadakan dengan dlmpahi keseronokan yg melalaikan..Namun ini bukan merupakan perkara pokok yang ingin ak ceritakan sebaliknya ak hanya ingin menyentuh konklusi dari salah satu program yg dsediakan yang cukup memberi makna bagiku iaitu Larian Belia yg disertai lebih 1000 org.
Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi.. mata pun masih mengantuk lagi, maklumlah semalam program Qiamullai Perdana turut diadakan pihak penganjur sebelum sesi kuliah subuh yg disampaikan Imam Muda Hassan.Semua belia sedang bersiap sedia utk larian seribu belia. Disaat itu, hatiku berbisik.. “aduh, knpe la awal sangat program larian ni” sambil mengelamun betapa besarnya nikmat tidur buat masa ini. “Woi, dah ready ke? “ lamunan aku tersentak setelah ak disapa oleh sahabat ku yg trut menyertai larian ini. Belumpun  ak menjawab , pihak penganjur sudah memanggil semua peserta supaya bersedia utk larian ini.
“BANG!!” bunyi tembakan bingit tersebut menandakan larian sudah bermula daripada masjid negara ke Taman Tasik Perdana. Aku bermula perlahan kerana masih lagi memikirkan mengenai masa tidur ku yg terbuang. Namun entah kenapa timbul dalam hatiku utk membuat satu analogi mengenai larian ak hari ini dengan kehidupan ak sebagai pelajar.Lantas ak mencabar diri aku utk memenangi larian ini walauapaun yang terjadi. Maka ak lajukan langkah aku dengan konsisten, ak tidak bergerak terlalu laju kerana aku tahu aku bukanlah seseorg yg cukup kuat kalau dalam bab berlari ni.Satu persatu peserta peserta ak pintas bagi membuktikan ak boleh dapatkan kemenangan jika ak berusaha.Bermula dengan jalan yang menaiki bukit, aku lihat ramai peserta mula mengalah dengan memperlahankan langkah mereka dan berjalan. Saat itu ak mula bermonolog dalaman ‘Aish, nak stop ke nak go on ni?’ namun segera semangat aku berbisik “baru sikit pun dah nak berhenti..’ maka aku truskan larian aku dengan konsisten tanpa pedulikan keadaan sekelliling.Dengan kesungguhan ak tersebut, akhirnya aku sedar bahawa ak sekarang berada di kalangan insan2 yg berada di hadapan diantara 1000 lebih peserta yang hadir. Melihatkan hanya beberapa orang sahaja dihadaan menaikkan lagi semangat aku utk trus berlari. Akhirnya samai jua ke pintu masuk Tasik perdana . Apa yang ak terkejut, seorang fasilitator lantas memberitahu aku “teruskan berlari, hanya ada 5 org sahaja lagi” wah.. x percaya ak rasa aku sekarang ini ak berada di no 6 daripada lebih 1000 org.Disinilah episod tragis bermula dimana ak mula merasakan keletihan yang teramat sangat namun hatiku kuat menyatakan “if you stop now, then it will over” maka terus ak paksa diriku utk trus berlari. Namun dalam jarak lebih kurang 800 meter lagi dari garisan penamat, mindset ak mula tewas.. Aku mula berhenti berlari dan berjalan sekejap. Dan ada waktu inilah ak dipintas oleh dua org peserta. Ak cuba berlari kembali namun dalam 5 minit berlari ak trus berjalan. Tesangat la letih ada masa itu. Setiap kali sampai je dekat checkpoint  ak akan bertanya Fasi bertugas “ jauh lagi ke bang?” memg tengah Down mase tuh. Namun aku tak mahu berakhir begitu sahaja, ak x mahu menjadi hangat2 tahi ayam, aku bangkitkan balik semangat aku melihatkan seorg peserta mula berada di belakang aku. Dengan semangat aku trus berlari hingga ke garisan penamat. Sampainya disana, trus ak baringkan diri aku. Salah seorang peseta menghampiri ak menasihati aku utuk bangun. Sejurus selepas itu beliau menuturkan kata “tahniah bro, kau  no8” Bagaikan tidak percaya denagn aku yang tiada bakat dalam bidang ini boleh trut memenangi larian ini. Dengan mengukir senyuman keletihan ak bergegas utk mnyejukkan badan di tangga atas sementara menunggu rakan2ku dari kolej Matrikulasi sampai. Disitu ak merasakan satu kepuasan yang amat sangat..



Bila direnungkan kembali, secara analoginya ak membandingkan larianku ini utk dialikasikan dalam kehidupan terutamanya sebagai seorang pelajar:
Kadang2 kita sebagai manusia sentiasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Kita sering mengalah sebelum berperang, takut untuk mencuba dan terlalu memandang tinggi orang lain dengan terlalu merendahkan diri kita. Aku sendiri juga begitu. Bayangkan jika semangat tidak mengaku kalah ini ak serapkan dalam menuntut ilmu, nescaya ak semestinya memperolehi kejayaan walaupun bukan di kalangan yang terbaik. Ya, selama ini semangat itu memg ada dalam hidup ak cuma ISTIQAMAH itu tidak ada. Semuanya hangat2 tahi ayam. Kerana apa? Kerana tiada rasa percaya diri bahawa “ak mampu melakukanya” Kini ak sedar selama ini minda ak begitu lemah, mudah mengalah dengan sedikit cabaran sedangkan ramai lagi sahabat sahabat srpjuangan menghadapi dugaan dalam masa yang sama mereka mampu menghadapinya.  Apa yang penting kekntalan itu perlu dalam menuntut ilmu ,seandainya gagal maka bangunlah, dan teruskan berperang dengan cara yang berbeza. Jadikanlah kekentalan dalam diri ini sebagai perisai utk tidak mengalah dalam perjuangan menuntut ilmu yang merupakan salah satu canbang jihad kepada Allah S.W.T. Contohilah Billal Bin Rabbah dalam fakta sejarah menyatakan dalam kitab Sirah Al-Nabawwiyah karangan Ibn Hisham(jll. 1, hlm 317-318) menyebutkan bahawa Billal Bin Rabbah ketika diikatkan talinya di leher dan kemudiannya diletakkan batu besar di dadanya, beliau masih memerpertahankan keteguhannya  terhadap Allah dgn menyebut “Ahad, Ahad”.

Oleh itu, buat rakan2 diluar sana , sama2 kita bangkit dalam menuntut ilmu dengan penuh keazaman ,kekentalan dan keredhaan Allah.Oleh itu sekian sahaja coretanku kali ini.Sekian Terima Kasih..Wassalam…

Thursday, 22 December 2011

Hangus Begitu sahaja (mungkin ada hikmahnya...)

Tajuk bagi entry kali ini menceritakan sisi kehidupan aku sebagai pengembara dalam kehidupan.. mungkin boleh dijadikan hiburan atau pengajaran bagi yang membaca :)

Beberapa hari sebelum raya haji:
Semua barang siap dikemas,menanti saat pulang ke Kampung halaman,maklumlah sudah lame benar tidak aku menjejak kaki ke Terengganu negeri tercinta. Dengan semangat berkobar raya haji ni, ak sudah packing barang ak awal2 lagi... exctited la katakan...he2. Jam menunjukkan 5 petang iaitu waktu bas bertolak dari KMS ke Kota Bharu, saat ak keluar dari surau As-Suffi KMS timbulrasa hatiku perasaan syukur ramai jugk rakan2 seperjuanganku menunaikan solat Asar terlebih dulu walaupun excited nak pulang ke rumah..Tepat 5.30 ptg..bas mula bertolak.Dalam perjalanan, ak x bnyak bercakap, tidur je memanjang.. maklumlah pukul 3 baru habis exam, stay up sampai pkul 4 pagi... dalam bas pun, baju kemeja, kad matrik pun x bukakagi..sipa dalam poket seluar ad kalkulator lagi..punyalah excited.. 3 jam pertama pjalanan memg abs agak x selesa la...rupa-rupanya bas rosak... alahai nasib, mujur bas berhenti dkt R&R.. boleh jugk makan2.. lepas tu ak dimaklumkan bahawa kiteowg akn naik bas lain.. Masuk je dalam bas aku trus cepat2 ambik barang ak kat bas... then naik bas yg lebih selesa...  Sampaije dekat sempadan Pahang, adusssss, baru ak teringat kalkulator dengan kad matrik tertinggal kat poket bas.. hangus RM70 ak.....



Seminggu selepas cuti midsem(pulang ke kolej):

Yang ni lagi la jeng... kebiasaannya memg sudah hari letak kasut sekolah ak kat depan bilik...malas ar nak simpan dlm bilik,,,nama pun kasutkan.. Satu pagi , macam byase lah, lepas siapkan diridengan semangat menggunung nak menuntut ilmu ni.. ak tercari2 kasut ak... then aku tnya la dekat sowg kawan ad nampak x kasut ak... Dye ckp baru td je dye nampak kasut ak ad kat luar berhampiran sikit dengan tong sampah... Ahhh sudah.. rasemacmx sedap hati je... Mujur xponteng kelas..nasib baik roomateakbwk kasut lebih...pinjam dye punya la kejap.. Ble berjalan trun ke bawah, member ak bg cadangan supaya tanye mak cim cleaner ad ternampak tak kasut ak... Ak pun pergi la dekat mak cik cleaner tu.. "Assalamualaikum mak cik, ad nampak x kasut sy dekt luar aras tingkat 2..." Dengan selambanya mak cik tu jawab "laaa ,kasut tu,mak cik ingat kan sampah,dah buang dah, sbb kasut tu dekat tong sampah la..."adooiiiii, hangus lagi RM 100 ak...Walaupun hatiku agak panas jgk dgn mak cik tu sbb tak tahu beza kasut dgn sampah , namun ak anggap sebagai ianya tiada rezeki..terus ak redha...he2

RENUNGAN:
Setelah ak renung2kan...Peristiwa ini membuatkan ak lebih berhati2 lain kali,namun ak juga mengerti barang2 yg hilang itu bukan kepunyaan ak.. ianya hanya di'pinjamkan" kpd ak oleh YaNG MAHA PENCIPTA.. so x perlu la merungut seandainya nikmat itu ditarik balik kerana septutnya ak lebih bersyukur byk lagi nikmat2 kurniaanNya masih lagi ak "pinjam"... Oleh itu, kita ptut tanam dlm diri kita dgn " jgn mngira apa yg kita hilang, tetapi hargai ap yang kita masih ada" Renung2kan dan selamat beramal...Wassalam....

Thursday, 1 September 2011

Ak dulu seringkali menilai seseorang dari segi luaran sehinggakan ak menjadi terlalu memilih untuk berkawan.. Flashback semasa aku form 4 Dulu di MRSM BESUT......

"Jeng molep"

Itulah perkataan yang sering timbul di kotak fikiran aku tatkala melihat kelakuan kelakuan nakal rakan rakan baru ku di maktab..Maklumlah pelajar lame kat sekolah ni 10 org je yang lelaki… Selebihnya dari sekolah Government dan MRSM Kota Putra. Betul la kata orang xkenal maka x cinta.. tp cerita ini bukanlah berkaitan dengan cinta tp persahabatan.Ha4. Ye la, ak mula2 tgk karenah diorg ni buat aku piker negatif je..hu2.Al maklumlah, ak kan plajar lame...(perasan senior ni.. he2 Bila ak dgr kata2 org mengenai pljar baru,ak mudah jd terpengaruh.

Sebut pasal ni tringat plop ak satu cerita pada awal2 kemasukan kawan2 baru aku ke maktab ni..Mase tu ak baru habis solat hajat dalam lebih kurang pkul 11 malam,kemudian ak duduk ar lepak2 depan surau sorang2 teringat kenangan lame2…Tiba2 aku disapa oleh wajah baru yang tak pernah ak lihat sebelum ini. YA..plajar baru la tu..lantas dye perkenalkan diri dye tu..Nik Amirul namenya..Ak teringat bahawa dye ni berkawan dgn bdak2 bdak2 nakal la mase tu.. terdetik juga di hati aku.. “aish,,dye ni bkpo la mari2 tgur ak ni..bimbg jugk ak”..ha8..Tp ak wat cool je .. berbual panjang jugk la… tp entah camne mulut ak terlepas insuran ni.. ak tersasul tnya… “Mg ni SPY ko?nampak supo sep gdebe jah..” ha7 x matured molep soalan ak..byase ar..awal2 meningkat dewasa..ha3 .. Marah Nik Amirul kat ak..sampai skg dye ingt ag pasal tu..HA2 tp dah lame2 kenal kiteowg dah jd rapat le jgk…Saje je share cite ni ..Ha2.. Same jugak berlaku antara ak dgn Mad Qayyum… hu2..  sb ak x mahu lebih mengenali kawan ak tu dgn lebih lagi, jd bykla perkara yg disimpan dalm hati.. Kini baru ak sedar yg dia nasihat kat ak walaupun agak pedas dan tertusuk kat jantung..tp dye mengubah ak terutamanya dari segi penampilan dan jati diri..TQ bro…hu2..

Kalo pasal Homeroom plop awal2 form 4 tunampak macam si Alia,S.S, Trah,Nadira dgn Tiqah tu macam tak mahu bercakap jah mase perjumpaan.. Sebagai lelaki pemalu(perasan..hu) ak x takutlah nak tgur… kan bercakap sorg diri kan terbolah ak..he2.. Actually bayak ag kawan2 yang x aku mention sini.. kalo nak cite kan panjang terlajop.. ak boleh describe bgaimana pandangan negative ak dkt kawan2 mnjdi positif…

Apepun yang penting dalam islam kita memg digalakkan berperasangka baik sesame islam apatah lagi dengan seseorang bergelar sahabat kan.. Macam ak… Pengalaman mematangkan ak.. EXPERIENCE is the best Teaher…So ,xperlu nak menyesal dgn segala kesalahan lalu kecuali kit masih x mengubahnya,,, Apepun Trima kasih kat kawan2 dari Mrsm Besut yg banyak mengubah diriku ini samaada secar lansung atau tidak lansung… You are the best…

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].

Wassalam…..