Assalamualaikum...
Perkongsian kali ini terdetik setelah saya menjumpai lampiran kerja kursus Pendidikan Sivik semasa saya mengemas rak buku yang agak bersepah pada petang tadi. Dari segi tajuk post kali ini, bunyinya agak skema kan?
"selama ni pun kau memang bagi tajuk skema pom".... hehe
Tak kisah la skema ke tak.. yang pasti setiap apa yang kita lalui itu mempunyai kenangan yang agak menarik.. dan rasanya tak salah untuk dikongsikan bersama. Jom tengok sepintas lalu.....
Kumpulan "BERSIH BERSIH SERVICES"
CEO:PiDin Manager:Pijoe Tools preparator: Baha
Information&Research : Mat deeb Secretary:Mat Jey
Secara jujurnya kami sememangnya buat kerja last minit. Kerja kursus ni berkenaaan dengan Khidmat Masyarakat yang patut dijalankan dalam masa 4 bulan. Tapi.. seminggu dateline pun kami belum sentuh apa apa khidmat masyarakat.. Maka.. terpaksa la auta... hahahaa
Kami membersihkan tandas supaya kelihatan kemas (kononnya) hehe
Ya.. dalam gambar memang nampak bersemangat.. tengok tu, khidmat membersihkan katil pun ada padahal yang sebelum dan selepas tu adalah terbalik.. haha (kenakalan dalam menipu)
Tapi, kami tidak perlu risau kerana mempunyai sahabat sahabat yang telah kami "sogok" hahaha
lihatlah komen komen mereka..haha
So agak agak macamane la agaknya keputusan kerja kursus ni? hmmmmm
Alhamdulillah.. A+ wooo.... Tapi memang kami tak boleh dijadikan contoh la.. Sebenarnya cikgu pun dah tahu auta cuma kata cikgu walaupun penulisan kami agak auta namun kerja kerja yang kami lakukan adalah real malahan pendokumentasian kami agak menarik . So kira ok la kan...
Apa yang pasti ia menjadi pengajaran yang menarik buat saya...
Sekian ,Terima Kasih.................
Perantau yang mengunjung
nuffnang ads
Sunday, 10 June 2012
Friday, 8 June 2012
Kami juga Gentleman (SM2K1P5)
Assalamualaikum....
Bagi entri kali ini, saya hanya ingin berkongsi kenangan video yang dihasilkan oleh para putera SM2K1P5(our practicum) kepada salah seorang classmate kami Sharifah. Sebagai pengabdian kenangan di Kolej Matrikulasi Selangor.
Pembaca Berita@Wartawan Mamat Hensem basuh baju(faiq)
Mamat yang berada di ampaian blok(aslam)
Mamat baju melayu(daus)
Mamat Gangster (afdhal)
Mamat macho kat tangga(adieb) Pegawai Veterinar (mirol)
Tu la.. so saya sebagai ketua kelas berdedikasi(nampak sgt menipu) hehe rasa bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang baik dan sporting semuanya. Teringat saat pertama kali pertemuan masing masing nampak tak "ngam" antara satu sama lain tapi benarlah kata orang tak kenal tak cinta. haaha
Kepada princess of SM2K1P5, walaupun kami annoying kadang2.. banyak mengata dan suka cari gaduh namun jauh sudut sanubari kami... Kami tetap GENTLEMAN haaha
Kenangan birthday Zafirah...
Sempat lagi fire-mengfire di kad ucapan BDay..ish2..
Kad ucapan boys-handmade..
Dont judge Book By its cover
Tapi.. cover pun dah menakutkan..haha
Takde hal la... yang penting ikhlas..
hehe

Sekian sahaja..semoga sahabat sahabat sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga sahabat sahabt sekalian sentiasa dikurniakan limpah Hidayah daripada Allah S.W.T
Bagi entri kali ini, saya hanya ingin berkongsi kenangan video yang dihasilkan oleh para putera SM2K1P5(our practicum) kepada salah seorang classmate kami Sharifah. Sebagai pengabdian kenangan di Kolej Matrikulasi Selangor.
Disebalik tabir pembikinan video.. The Prince of SM2K1P5
Pembaca Berita@Wartawan Mamat Hensem basuh baju(faiq)
Mamat yang berada di ampaian blok(aslam)
Mamat baju melayu(daus)
Mamat Gangster (afdhal)
Mamat macho kat tangga(adieb) Pegawai Veterinar (mirol)
Tu la.. so saya sebagai ketua kelas berdedikasi(nampak sgt menipu) hehe rasa bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang baik dan sporting semuanya. Teringat saat pertama kali pertemuan masing masing nampak tak "ngam" antara satu sama lain tapi benarlah kata orang tak kenal tak cinta. haaha
Kepada princess of SM2K1P5, walaupun kami annoying kadang2.. banyak mengata dan suka cari gaduh namun jauh sudut sanubari kami... Kami tetap GENTLEMAN haaha
Kenangan birthday Zafirah...
Sempat lagi fire-mengfire di kad ucapan BDay..ish2..
Kad ucapan boys-handmade..
Dont judge Book By its cover
Tapi.. cover pun dah menakutkan..haha
Takde hal la... yang penting ikhlas..
hehe

Sekian sahaja..semoga sahabat sahabat sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga sahabat sahabt sekalian sentiasa dikurniakan limpah Hidayah daripada Allah S.W.T
Sunday, 3 June 2012
Secebis Kenangan Dari Gambar Phone Lama
Assalamualaikum W.B.T
Sudah lama tak update blog, maklumlah sibuk denagn pelbagai
kerja (Memang ayat ni selalu orang pakai bile dah lama tak update blog haha).
Apepun diri ini tiada alasan yang lebih khusus kenapa jarang update blog melainkan 5 perkataan iaitu MALAS
.
Pembaca akan berkata: Bile mase mung rajinnye?
Ok,saya faham. Baiklah tanpa membuang masa dengan coleteh
mengarut lagi, entri ini diteruskan dengan tercetusnya idea bila saya tiba tiba
terimbas gambar gambar lama di telefon lama. Telefon baru tak banyak gambar sangat.
Pembaca akan berkata: Point dia sebenarnya nak cakap beli
phone baru sebenarnya....
Ok, sorry haha. Oleh itu tiba tiba terdetik untuk berkongsi
kenangan bersama sahabat dalam 2 pengembaraan kami yang bertajuk “Detik di
Kuala Lumpur” dan “Kolam Renang Itu” . Cewah ada tajuk tu..macam la grand
sangat.
Pengembaraan 1 ; “Detik DI Kuala Lumpur”
Oleh kerana ini satu catatan maka perkataan “aku”
digunakan...boleh ye?
Ia bermula semasa aku dan 2 sahabat Payeh dgn Harun terpaksa
pulang awal ke kolej untuk persiapan Kakom. Oleh kerana si Payeh inginkan
pengalaman baru kami tempah tiket kapal terbang dgn harga yang agak berpatutan.
Kapal terbang Air Asia. Tengoklah muka muka gembira tu, kami kan jarang bertemu peluang gini .
Sampainya disana lebih kurang pukul 8 malam... maka setelah
menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Hajat di hati nak
tidur je di KLIA.. tapi bab kata org kelantan “tak dop gamok” tidur situ.Kami
pergi la ke ibu kota mencari tempat untuk menginap semalam. Tapi masalahnya
sampai je di Brickfield kami sesat(terima kasih kepada GPS Harun) haha. Nak
cari monerel tup2 sampai depan gereja. Nasib baik akhirnya terjumpa juga stesen
menorel yang rupanya hanya persebelahan dengan stesen bas tempat kami
berhenti,hampeh.
Maka kami pun mulakan “round” sekeliling KL........
Hop ni la Payeh..menikmati mandian di hotel 3 bintang
Gambar candid di Eskulator mat harun
Pengembaraan 2 ; “Di kolam Renang itu”
Kali ni aku bersama 4 orang lagi sahabat iaitu iming,paih, ali samadi, dan payeh ke kolam renang di Shah Alam. Kononya pergi dengan bersemangat berkobar kobar untuk berenang tapi bila sampai sahaja.. semangat kian pudar air dalam weh! Tapi hero kan tidak mengalah.. beli google untuk menyelam dah ni..teruskan je la mandi tuh..
Ini lah sorotan aktiviti kami..
Satu Malaysia Letih sangat main air sampai tido
Banyak lagi gambar tapi agak tidak sesuai takut mendedahkan aurat.. tidak molep la kan...
Begitulah serba sedikit sorotan pengalaman baru yang saya dapat berada di ibu kota leboh kurang tidak sampai setahun. Pengalaman ni sememangnya sangat berharga. Banyak lagi peristiwa menarik disini cuma jika mahu dikongsikan buat masa ini masih tidak sempat.Apepun terima kasih buat shabat sahabat yang sudi meluangkan masa. Semoga persahabatan ini kekal.InshaAllah..
Buat sahabat sahabat hop lain jangan rasa terpinggir.. Nanti ambo datang dengan entri kenangan yang lain..terutamanya kawan kawan yang selalu lepok bilik ambo tak lupa juga budak2 SM2K1P5..
Sekian sahaja perkongsia kali ini.Sekian.
Saturday, 12 May 2012
Insiprasi dari Chatbox
Assalamulaikum
W.B.T
Kata orang,
sesuatu perkara yang dilihat itu semuanya boleh dijadikan iktibar kepada diri
kita .Ianya bergantung kepada bagaimana cara kita “mencedok” perkara tersebut
seupaya ianya menjadi positif dan berguna untuk perubahan diri kita kearah yang
lebih baik.
Tertulisnya
blog untuk entri kali ini adalah setelah saya mendapat inspirasi daripada salah
seorang sahabat saya iaitu Nik Amirul yang berada di Bandaraya Kuala Lumpur
melalui chatbox di laman FACEBOOK. Seperti insan insan yang bersahabat yang
lain, memang normal berutus khabar namun saya tertarik dengan kisah yang
diceritakan oleh sahabat saya tersebut lalu saya memohon keizinan untuk
menceritakan di blog ini melalui olahan saya sendiri utk pedoman pembaca
sekalian.
Perbualan
bermula semasa masing bertanya pasal pekerjaan sementara bagi “musim cuti”ini. “guano kijo di KL tuh?”
saya bertanya. “Kijo di kijo mcd
sibuk gilo..n aku napok sek2 sini xmayea bang...tino jate tuo mudo,,kiro jea
time ngorik rama customer..rama gilo..aku xdey nk mayea..aku pong caro
apo,,msok g surau mayea ngorik..manager tino isap rokok tu engt aku g moteng,,dio
bukok pitu surau npok aku ambek aer mayea,,xkato apo,,tutup pitu blah” balasnya
panjang...
Err..(mungkin
pembaca diluar kelantan tak faham kut)
Ok, macam ni
translate dia...
“Kerja di
MacD sibuk gila, dan aku nampak ramai geng2 sini tak sembahyang, tak kira la
laki pompuan, tua ke muda. Time maghrib ramai customer, ramai gila , aku x
sempat nak sembahyang lalu aku buat dono masuk ke surau sembahyang
magrib.Manager pompuan yang hisap rokok tu ingat aku ponteng,dia bukak pintu
nampak aku ambik wuduk, spechless terus blah lepas tutup pintu”
Lalu dengan
nada gurauan saya menulis.”Knapa x bgtahu dia, nak kena bakar ke?”
Dengan tidak
mengendahkan gurauan saya
(tak taip hahaha pun :( ) sahabat saya trus menaip “byk jea aku temung
jnis2 ore plik2 sjo crito sek2 dio..crito hidup maseng2,,pekerja mcd aku ni..aku
syukur mujur la idop aku ok..n mujurla aku sek2 pantai timur,,bab2 agame mmg
family ajar molek “
Aiseymen..kena
translate lagi...
“Banyak
Jea(nama manjaku) aku bertemu jenis orang pelik2 yang cerita pasal diowg,cerita
hidup masing2 pekerja MacD tempat aku ni. Tu la aku syukur mujur la hidup aku
ni ok duduk pantai timur.Bab2 agama memang family ajar aku betul2”
Dan setelah
itu entah macamanne perbualan kami beralih topik. Jadi pointnya disini adalah
mengenai kehidupan yang lagha . Mendengar cerita itu saya bersyukur sebenarnya
kehidupan saya tidaklah sampai ke tahap itu.Memang mencabar kehidupan di Kuala
Lumpur.
Jujurnya saya memang respect habis dekat insan insan yang berpegang
teguh dengan agama dalam keadaan di ibu kota tersebut yang penuh dangan
cabaran.Tetapi persoalannya disini bukanlah tempat yang menjadi poko tetapi
sejauh mana iman kita dalam berpegang prinsip walau dimana kita berada.
Oleh itu,
sama samalah kita renungkan, apa yang baik kita “cedok” apa yang buruk kita
buang. Ukhwah Fillah
Wassalam.....
Wednesday, 9 May 2012
Kenapa "saya"?
Assalamualaikum W.B.T...
Dalam entri sebelum ini saya menggunakan penggunaan "saya" sebagai kata ganti nama diri mengantikan "aku" yang selama ini telah digunakan sepanjang menulis blog ini. Walaupun ia tidak perlu dijadikan satu isu.Namun, saya terpanggil untuk menukilkan kenapa.....
Tiada sebab yang khusus cuma itulah yang dipanggil PERUBAHAN. "Mengapa perlu perubahan yang dirasakan tidak perlu?" tanya seseorang. Memang tidak perlu cuma kadang kadang perubahan kecil itulah yang boleh membawa impak kepada diri. Adakah penggunaan "aku" itu salah? Sama sekali tidak salah malahan saya tidak kata pula saya tidak akan menggunakan "aku" untuk seumur hidup.
Cuma, jika diikutkan penggunaan "saya" itu mungkin lebih lembut tetapi tidak pula saya katakan penggunaan "aku" itu kasar. Dari segi bahasa Melayu yang dipelajari semasa zaman persekolahan dulu, penggunaan "saya"lebih sesuai untuk "berkata kata" dengan ramai orang lebih lebih lagi dalam penulisan. Sama juga perkataan "anda" yang digunakan berbanding perkataan "kau" dan "awak" dalam penulisan.
Sebenarnya saya menggunakan "saya" kearana tertarik dengan penulisan Hillal Asyraf dan beberapa penulis dari majalah Solusi.
"Eleh, berangan nak jadi macam HillaL Asyraf ke?
Tidaklah berangan cuma menjadikan contoh.Bukankah mengambil contoh yang baik itu perlu? Setidak tidaknya lebih baik dari menjadikan artis ataupun tokoh politik yang pembohong sebagai contoh.
Konklusinya penggunaan "saya" ataupun "aku" tidak perlu dipertikaikan as long apa yang kita tulis memberi manfaat dan barakah kepada insan yang membaca itulah yang terbaik kerana pendekatan para penulis adlah berbeza bagi setiap orang.. Teruskanlah apa yang kita yakini terbaik.
Selamat Menulis dan Membaca..
p/s: "saya" utk blog je.. jgn pulak member2 nanti dtg text dkt fb "hai awak" plak hehe
Wallahualam.....
Tuesday, 8 May 2012
MENCARI SISI PERUBAHAN
“Saya mahu berubah”. Pastinya pernah terdetik di hati mana
mana setiap insan kerana ia menjadi lumrah kepada manusia untuk berubah ke arah
kebaikan. Memang benar BERUBAH ini sangat mudah. Ya tersangatlah mudah dengan
hanya menuturkannya. Namun, hendak melaksanakannya berapa ramaikah yang
berjaya? Tidak ramai bukan?. Bahkan saya sendiri disaat jari jemari menaip
tulisan tulisan ini juga masih lagi mencari sisi perubahan ke arah kebaikan.
Saya teringat dengan satu kata kata yang dipetik dari laman
web Langit Illahi dibawah kelolaan saudara Hillal Asyraf iaitu perubahan
merupakan sesuatu yang sangat mahal. Hendak melakukan perubahan perlu membayar
dengan harga yang mahal. Tetapi apa sebenarnya
yang penting adalah pulangan yang akan kita dapat jauh lebih
menguntungkan daripada harga yang kita bayar pada awalnya.
Perubahan perlu dicari!
Ya, memang perlu dicari. Kenapa? Ok secara analoginya kita
ambil memasak nasi sebagai contoh yang paling mudah. Beras kalau hanya ditengok
adakah ianya akan menjadi nasi? Semestinya tidak bukan? Kerana ia perlu ditanak
untuk berubah menjadi nasi. Sama juga seperti kita manusia, perlu mencari
perubahan tersebut. Bagaimana caranya? Jawapanya dimana ada kemahuan disitu ada
jalan. InsyaAllah , Allah bersama insan yang mendekati-Nya.
Susah la!
Benda yang baik jarang yang senang untuk diperolehi.Tapi,
Bukankah lebih manis sesuatu kejayaan seandainya terdapat banyak liku yang
berjaya kita tempuhi. Lihatlah yusuf Islam yang dahulunya dikenali Cat Steven
sanggup melupakan kemewahan dan glamor demi mengejar perubahan yang mendekatkan
diri kepada Illahi. Semoga kita tergolong dalam golongan seperti itu.Amin...
Oleh itu, kepada saudara dan saudari yang membaca utusan
kali ini, saya menyeru untuk sama sama bergerak kearah perubahan yang lebih
positif. Doakan saya untuk berusaha dalam mengubah diri ini. INSYAALLAH..
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan
hamba itu sendiri mengubah nasib tersebut”
Wassalam
Thursday, 3 May 2012
POLITIK: Nukilan dari sudut insan bergelar remaja
Assalamualaikum W.B.T....
Melihat melalui tajuk entri untuk kali ini adalah mengenai
politik, mungkin ramai yang akan “muak” masalkan tidak sejak akhir akhir ini
masyarakat disajikan dengan hidangan hidangan politik baik di dada akhabar
mahupun kaca televsiyen.Dan kerana itulah hati ini terpanggil untuk menyuarakan
pendapat mengenai politik kerana media blog ini sahaja lah untuk seorang insan
biasa yang tidak mempunyai kuasa menyuarakan pendapat.
Memang normal bagi seseorang manusia untuk mempunyai prinsip
masing masing. Sebagaimana di Malaysia ini, ada yang menyokong merah, ada yang
menyokong hijau, tidak lupa juga pada biru muda dan biru gelap.Ya,semua itu
kerana perbezaan pandangan dan prinsip. Secara jujurnya, aku adalah salah
seorang insan yang tidak suka akan isu politik...
@Kenapa tidak suka?
-Terlampau banyak fitnah dan pembohongan.
-Politik memecahbelahkan perpaduan.
-Timbul golongan saling menjatuhkan orang lain.
-Merupakan isu yang tidak pernah ada kesudahan.
@Orang cakap orang yang tidak menyokong mana2 parti orang
yang tdk berperinsip?
Tidak suka bukan bermakna tidak ambil tahu kan? Aku turut
mempunyai pandangan tersendiri mengenai siapa yang patut aku sokong. InsyaAllah
yang mana lebih berlandaskan Al Quran dan Sunnah akan aku ikuti.Bukan itu salah
satu syarat penting utk memilih pemimpin?? . Ya, akan aku sokong kerana aku
juga seorang berprinsip.
@Kenapa bukan sekarang?
Sekarang aku sebagai seorang remaja biarlah bergelar sebagai
OBSERVER terlebih dahulu. Jika aku lantang bersuara sekalipun tidak akan
didengari mana2 pihak kerana aku cumalah insan biasa. Bahkan aku masih lagi
tidak layak menandakan “pangkah” di mana mana kertas undi kerana faktor umur.
@Jadi maksudnya x berminat la ni?
Boleh dikatakan macam tu, tp harus diingatkan tidak berminat
bukan bermakna tidak cakna.Seperti yang telah di’mention’kan sebelum ni...
Being observer for a while untill i’m 21. Kerana politik itu juga penting dan
perlu diambil tahu,apa guna belajar tinggi seandainya buta politik.
Justeru itu,, sebagai seorang remaja yang serba biasa ini,
aku mengharapkan akan ada keajaiban perubahan dalam momentum politik negara
kita ini terutmanya dari segi telus keadilan yang akan membawa perpaduan kerana
orang orang mukmin itu umpama SATU BINAAN.Sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W
Ertinya:Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, Nabi s.a.w
bersabda: “sesungguhnya seorang mukmim kepada Mukmim yang lain seperti satu
binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al Bukhari dan
Muslim)
sama2 renungkan...Wassalam......
Subscribe to:
Posts (Atom)


















