Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday, 4 July 2015

Jemaah sakit

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, usai solat tarawih di masjid kampung, saya lihat begitu ramai manusia-manusia yang jarang saya lihat. Barakah Ramadhan atau memang selalu masjid kami ramai macam ni dan mungkin kerana saya masih kurang berjemaah di masjid kut sehingga masih kurang mengenali sosok-sosok tubuh yang hadir. Muhasabah diri.


Selepas sahaja tamat tarawih, pengerusi masjid sempat membuat beberapa pengumuman. Biasalah berkaitan iftar jamiee dan kuliah subuh yang menjadi aktiviti ruji masjid kami. Namun, pengumuman ketiga agak menjentik hati saya.

“Untuk makluman para Jemaah, segala makan-minum untuk waktu berbuka puasa bagi AJK-AJK masjid bukanlah dari wang sumbangan/derma mingguan para Jemaah sebaliknya mengunakkan duit poket ajk-ajk sendiri”

Pelik bukan? Sepatutnya pengumuman seperti ini sudah tidak perlu. Ianya dibuat hanya kerana adanya jemaah-jemaah sakit yang mempersoalkan dan memfitnah AJK-AJK menggunakan duit tabung masjid untuk berbuka.

Pada hemah saya, AJK-AJK Masjid yang berbuka puasa di masjid sudah banyak bekorban untuk tidak berbuka puasa bersama keluarga bagi mengimarahkan masjid bersama imam dan bilal dengan berbuka puasa bersama-sama. Amatlah tidak patut mereka diperlakukan sebegitu. Sungguh, mereka orang-orang kuat menghadapi dugaan. Tahniah.


Kita berada dalam masyarakat sakit. Budaya melabel, dengki, fitnah-memfitnah dan serkap jarang menjadi barah dalam majoriti masyarakat sehingga melahirkan Jemaah-jemaah masjid yang sakit. Generasi kita perlu mengubah perkara ini. Ya. Kita mampu, bermula dari hati dan minda kita. 

Tuesday, 16 June 2015

Ramadhan

Ramadhan

Ku mengharapkan kedatangannya kali ini lebih baik.
Ku harapkan kehadirannya mampu mengubahku.
Ku harapkan ianya satu titik permulaan.

Aku silap,
Aku lupa mengharapkan diri sendiri,
Aku lupa bergantung pada Allah S.W.T.

Kerna manusia bukan hamba Ramadhan.
Tetap hamba Allah S.W.T.

Moga Ramadhan jadi asbab yang baik. InsyaAllah.

Saturday, 13 June 2015

Suka bukan cinta, cinta bukan memiliki

Assalamualaikum W.B.T...

Kepada kamu (ikhwah atau akhwat pembaca)…

Berulang-ulang kali dalam usaha mengislahkan diri, mentarbiahkan diri dan mencari jalan-jalan yang benar, kita diuji  dengan cinta. Cuma kali ini, ujiannya lebih besar kerana cinta yang hadir dirasakan atas nama iman (ala-ala filem Ayat Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, 7 Petala Cinta dan banyak lagi).

Kamu suka seseorang. Adakah ianya cinta? Jika benar ianya cinta, adakah wajib untuk memiliki?
"'Uhuk, uhuk" Tanya iman, bukan tanya hati.

Suka bukan cinta.
Normal. 
Fitrah manusia untuk menyukai sesuatu yang cantik, indah dan menarik yang tidak ada pada diri kita. (baca:berlawanan jenis). Larut mengagumi kelebihan seseorang, melayani perasaan suka kepada beliau, menceritakan perihal beliau menjadi satu kebiasaan,haaaa dari situlah, bermulanya  salah anggap dalam diri kita bahawa ianya cinta sejati. Ketika inilah kamu hanyut dalam dunia cinta palsu bahkan makin jauh dari Allah S.W.T.

Cinta bukan memiliki.
Kalau benar ianya cinta hadiah dari Allah S.W.T, ianya juga normal. Siapa kamu untuk memaksa Allah S.W.T menyerahkan hambaNya menjadi milik kamu setelah dititipkan rasa suci itu? Walhal Dia sudah berikan manusia cintaan kamu sejak kamu bayi lagi. Tidak sedar? Mereka Ibu bapa kamu. 

Boleh jadi, Allah S.W.T beri rasa cinta kepada kamu terhadap seseorang manusia untuk menguji kamu, mengubah kamu kearah kebaikan bukan semata-mata untuk kamu memiliki beliau. Maka, patutkah kamu membiarkan diri menderita untuk rasa tersebut? Sambutlah ujian ini dan bersyukurlah kerna kamu dipilihNya untuk ujian ini. Redha dan yakin pada ujian Allah S.W.T.

Percayalah, pergerakan kita dalam usaha tarbiah diri ini menjadi lambat kerana penat dan berputus asa pada ujian cinta. Berapa ramai anak muda tewas kerana ujian ini? Saya menulis kerna saya tahu ini adalah ujian terbesar anak muda samaada yang mengikuti tarbiah ataupun tidak bahkan ujian yang dasyat jua buat diri saya sendiri.

Usah laungkan kebebasan bersuara.
Usah laungkan kebebasan akademik.
Andai diri masih belum bebas dari penangan mehnah ujian cinta.


Tulis untuk tegur diri.
Bangkitlah Anak Muda.

Thursday, 11 June 2015

Pahlawan Kekunci Universiti

Assalamualaikum W.B.T,

Dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab saya yang tidak sempurna penuh lubang-lubang jahiliyyah ini, sesungguhnya banyak “rakan seperjuangan” yang mempunyai persamaan dalam ingin membantu mahasiswa dan menegakkan kebenaran. 

Namun, terkilan menyelubungi ianya sekadar pejuang di alam maya. Dengan erti kata mudah Pahlawan Kekunci atau femesnya “Keyboard Warrior”.
Dalam perjuangan mahasiswa, kita perlukan Keyboard Warrior untuk:
  1.                 Mengkritik untuk memperbetulkan diri pimpinan mahasiswa.
  2.                 Mencari solusi bukan sekadar mengkritik.
  3.                         Mengetahui fakta solusi yang diberikan.

Tak lain tak bukan, pimpinan mahasiswa Universiti memerlukan pejuang-pejuang kekunci ini untuk turun padang sama-sama membantu kritis secara lansung tanpa perlu berselindung bagi mempermudahkan memperbetulkan kesalahan pimpinan.

“Kami tak akan tonjolkan identiti kami, kerana kami tahu universiti tidak telus dan boleh mendakwa kami”

Study AUKU, Study Perlembagaan. Nescaya kita tidak akan takut sewenang-wenangnya. “Culture of Fear” dan “Culture of Silence” perlu dikikis. Kerana itulah kita perlukan Keyboard Warriors kerna mereka miliki minda perubahan namun sedikit budaya ketakutan menghalang intelektual mereka. 

Friday, 1 May 2015

Masih cuba mengikis

Assalamualaikum W.B.T

Mahu berubah.
Karat Jahiliyyah masih keras melekat.
Aku cuba mengikis sedikit demi sedikit.
Namun, ianya tak semudah itu.

Ada ramai insan-insan memerhati.
Setitik bekas karat dicanang-canang.
Ya, kerana mereka soleh-solehah.
Mungkin tidak pernah berkarat.

Aku tidak kisah dihukum,
jauh sekali tidak kisah dilabel,
Juga tidak kisah dianggap tidak setaraf.
Kerana masa laluku adalah justifikasi utuh,
Sebab kenapa aku masih berdiri.

Masih cuba mengikis.

Nahhh, jangan takut masa lalu. Pandang depan dan jalan terus

Monday, 19 January 2015

Satu titik hitam di atas kertas putih

Bismillahirahmanirahhmim..

Kamu, kalian, anda semua termasuk diri saya.
Mengapa difikirkan sangat satu titik hitam walhal kertas kamu putih bersih.
Sampai bila pun ianya nampak kotor.
Jangan anggap sebagai bebanan.
Padamkan titik hitam.
Teruskan bekarya mencurah kebaikan manusia.
Bukankah penilah sebenar dirimu Allah S.W.T.

Bukan manusia.


Thursday, 15 January 2015

Lebih boring dari Buku Teks Sejarah


Dulu, kalau zaman SPM, saya suka subjek sejarah, tapi memang baca buku teks sejarah tersangatlah boring. Tulisan-tulisan,silibus-silibus, isi-isi sama sahaja. Tiada perubahan lansung. Nama pun sejarah. Konpem la tak boleh diubah lansung.

Mana mungkin Hukum Newton ke dua yang menyatakan ‘’sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan pegun melainkan ada daya akan dikenakan keatasnya’’ dapat diaplikasikan untuk mengubah fakta sejarah. Skrip yang sama itulah yang menjadikan ianya boring dan perlukan mood yang baik untuk membaca.

Tapi, ada perkara yang lebih boring dari buku Sejarah. Skrip sama walaupun fakta melalut-lalut. A kata B salah, B kata A salah. Skrip yang diulang pun sama sahaja saban tahun. Yang lebih boringnya fakta bergeser tanpa mengira musim. Banjir ke, bencana ke, perang ke semuanya disapu. Serius memang bosan. Rasanya kita perlu buka minda untuk ubah perkara boring ni kan?

Ahh, tak mungkin la, setiap orang perlu setia pada sebelah side je. Tak boleh kritik side sendiri sebab side sendiri sudah sempurna. Serius boring.

Baik-baik sikit, ini bukan pasal Politik Malaysia ya.
Kuasa ketiga sesebuah negara adalah kita (Rakyat)