Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday, 30 June 2012

Teman Sepanjang Cuti

Assalamualaikum W.B.T

Yes, julai sudah akhirnya.. result untuk kemasukan degree dah tak lama. Cuti ini masih panjang untuk dihabiskan. So, berblogging la salah satu aktiviti diri saye untuk mengisi masa lapang (kononya). By the way selepas membaca entri post  Belog Harun Hazim ini rase ingin berkongsi jua pasal menda ni.


Mereka berdua ini merupakah salah sahabat pada waktu dulu. Kerana tiada masa untuk menjaganya terpaksa aku merelakan mereka dan kaumnya sebanyak 20 ekor untuk dijual kepada insan insan yang ingin membeli. Lawa tu, Mahal pulop!





Tapi, kini saya dipertemukan sahabat sahabat baru .Boleh la menghilangkan kebosanan menyelimuti hati ini(ayat nak skema je) ... Jadi Siapa mereka?


Dari kiri: Piung-piung, raju, cici, Suparjo (nama yang menggelikan semuanya adik ak yg bagi ok  :)


Yang ni kura kura kepunyaan ambo.. nak fight dengan kura kura Harun dan Anis Farhana hahaha


Aksi aksi mereka memang menarik untuk diperhatikan...(xdop kerja lain tgk binatang)














Arnab dan kura kura.. memang significant. Rasenya kura kura kepunyaan ambo ni lebih laju dari arnab. Sangat BUAS haha






<-----

Ini adalah si Pasif
dan beliau suka untuk tidur di jambatan merah. :)









Sekian sahaja post untuk kali ini. Gambar je banyak, tulisan beberapa kerat jah.

p/s: buleh dah start untuk ambik feel bulan Ramadhan... X smpai sebulan pun lagi. JOM!

Tuesday, 26 June 2012

Air Mata Lelaki Mahal??

Assalamualaikum W.B.T

Para pembaca yang membaca sekalian......



Kalau tengok tajuk tu mesti ada perasaan hampeh kan? Yang menulis pun lagi hampeh nak menulis tapi jika dinilai dari perspektif yang lain saya rasa ianya agak menarik untuk dikongsi. Dan kerana itulah saya ingin kongsikan mengenai tajuk ini yang diperolehi melalui pembacaan di akhbar
(xingat akhbar ape).

Kajian telah dilakukan terhadap 284 orang lelaki mendapati tangisan lelaki lebih positif kerana ia mencerminkan kejujuran jika dibandingkan kaum wanita yang dilihat tangisannya sebagai hilang kawalan.

Kenapa tangisan lelaki itu jujur?
Lelaki sejati hanya menangis dalam keadaan yang benar benar menyentuh hati mereka.Lelaki yang menangis menunjukkan hatinya sangat jujur dan tangisannnya bukan lakonan untuk menarik perhatian semata mata..

Apepun kepada kaum lelaki , jangan lah mudah menangis sangat. Tuan muka hensem , rmai peminat, badan "katang"(gagah) tapi duk menangis sebab ditinggalkan teman wanita. Sifat kelakian dan egois itu masih perlu ada dan tidak perlu menangis tanpa sebab.



Sedikit perkongsian
Kenapa perlu menangis:
1.Air Mata membantu manusia melihat.
2.Air Mata membunuh Bakteria
3.Air Mata menghanyutkan toksik bersamanya.
4.Menangis boleh menaikkan mood
5.Menangis boleh mengurangkan stress.
6.Air Mata mengukuhkan hubungan
7.Air Mata membebaskan perasaan.

Saturday, 23 June 2012

jom ambil iktibar

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali saya ingin kongsikan mengenai pendedahan penghinaan terhadap AlQuran yang saya perolehi daripada seorang ustaz yang merupakan guru pendidikan Islam di sekolah saya dulu melalui perkongsiannya di Facebook. Saya bukanlah insan yang terlalu baik tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab untuk berkongsi buat semua untuk dijadikan iktibar.




Lihatlah betapa kejinya manusia zaman kini, dan lagi sedih bila mendapat tahu si pelakunya adalah umat islam sendiri.Semoga diberikan petunjuk kepada insan yang melakukan ini.


BILA IMAN YG LEMAH DAN SYAITAN MENGUASAI DIRI....

Antara perkataan yang tertulis ialah “Qalam Laknat”, “Aku benci Islam”, “Kehidupan Celaka”, “Hang memang Tak Adil”, “Siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa”, “Aku bosan dengan babi jahanam”, “Keluarga Setan”, “Kenapa jodohkan aku dengan laknat”, “Kalimah anak haram”, “Aku benci jantan haram babi” dan banyak lagi perkataan yang bersifat menyalahkan takdir Allah SWT.


Di samping perkataan-perkataan yang di tulis di muka surat Al-Quran tersebut juga didapati kesan guntingan oleh pihak yang berkenaan.


"Naskah Al-Quran tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi yang juga pengumpul barang terpakai di dalam tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra pada hari Khamis iaitu 12 Jun antara jam 10.00 pagi dan menyerahkan kepada salah seorang Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA pada malam kelmarin (18 Jun) untuk di ambil tindakan sewajarnya” ujarnya lagi.


Rata-rata peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA merasa terharu dan marah dengan tindakan yang dianggap biadap dan hilang pertimbangan yang waras oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 
 Dunia di pengakhiran zaman........
renung2kanlah......................................


Wednesday, 20 June 2012

Selipar Haus????

Assalamualaikum W.B.T


"Ape kejadahnya post gambar selipar, tahulah converse.. "


Sabor sabor.. Bukan nak tulis pasal selipar (anyway converse tak ori pun haha) tapi saya ingin menulis analogi disebalik hausnya selipar itu.


"Mesti typical story jgk nanti"
Takde typical punye la, lepak dulu. Ok sebelum saya mengorak langkah(muka confident).. perasankah anda perbezaan antara dua selipar ini?Ya, bahagian kanan lebih haus jika berbanding dengan bahagian kiri.Yang bermaksud daya lebih cenderung menggunakan selipar kanan saya daripada yang kiri.

"So apa yang peliknya?"
Memang normal tapi jika kita analogikan dengan kehidupan kita maka nescaya kita akan memperoleh iktibar daripadanya.

"Iktibar yang macammane tu?"
Ok, macam ni.. bahagian yang lebih haus bermakna kaki kita lebih cenderung digunakan pada bahagian tersebut. Terpulang la,jika seseorang itu kidal maka mereka akan lebih cenderung untuk menggunakan kaki kiri. Jadi disini kita bolehh andaikan yang lebih cenderung itu mempunyai kesan kegunaan yang lebih efektif.Jadi,perkara ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.


"Contohnya?"
Kalau kita sebagai student, belajarlah sesuatu yang lebih kita cenderung kearahnya.Kalau kita kita suka fizik dan matematik manakala kita begitu tidak suka pada biologi, jadi janganlah mengada ngada nak pilih course Medik untuk sambung pelajaran nanti. Kerana melakukan apa yang lebih kita minat dan cenderung membuahkan hasil yang lebih efektif.


"Don't work for money, let money work for you"





Video blog ke 3




Assalamualaikum,
To tell the truth, this video is my third video for my blog. And i am not an officially vlogger .Just do it as a part time .Just want to improve my soft skill and sharing a "little" knowledge with some entertainment(eerr, i think) .

So sorry if there any mistake. 

tegurlah ambo secara berhikmah.

Monday, 18 June 2012

Peringatan yang JELAS

Assalamualaikum W.B.T..


Bila sebut perkataan MATI semua orang takut tetapi ramai yang tidak mneyerlahkan perbuatan takut kepada mati itu secara jelas termasuklah diri saya ini.


Apa yang jelas Mati itu pasti..


Peringatan buat saya apabila sedang terleka menatap laptop tiba2 dikejutkan dengan sahutan daripada adik2 supaya keluar ke ruang tamu. Agak terkejut keadaan itu..


Seekor burung mati terlanggar kipas....


"Eh benda tu normal la, yang kau kecoh apehal"



Mungkin ada suara2 nakal yang menyatakan seperti itu, namun setiap perkara kalau kita ambik iktibar ada manfaatnya. Analogi kepada peristiwa ini, sehebat mana si burung itu terbang maka maut tidak dapat dielakkan begitu juga manusia, sehebat mana dimuka bumi, tiada seorang pun mampu melawan MAUT




       Manusia diciptakan dari tanah maka kepada tanah la mereka kembali, kadang2 kita terleka dengan duniawi sehingga terlupa tanggungjawab sebagai hamba(aku la tu).Peringatan buat diri dan semua. :)





Ayuh, ambik iktibar








BERDERAK (in KL we say "Jalan2")

Assalamualaikum W.B.T

"Berat tangan untuk menulis berat lagi mata untuk membaca"
Jangan pedulikan peribahasa yang baru saya reka yang dimana ia hanya bermaksud untuk menyatakan "aku malas nak menaip"

Pembaca akn cakap "Boo.,hang malas tulis kami pun malas nak baca..haha"

ok,fine..ringkasnya entri kali ini hanya berkenaan sorotan bersama Kelantanese friends from Matrik keluar berderak(jalan2).. lama tidak ketemu la katakan...






















 Mereka yang berada dalam gambar :
Amin,husni,payeh, adieb,Abu, harun,aku, Ali(hero duk tengah)


                                       Saudara payeh dan saudara ali bersama buah nyior

                                            Apa yang boleh dikatakan selain "hensem" haha



Gambar2 abang rempit kite.............













Amin:biso2!                                                     Abu----------->




Sekian sahajo post ringkas kali ini...... serius masih mencari mood untuk menulis..:)

Wassalam....