Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday, 29 July 2012

"Eleh, exam aku buat bodo-bodo je"

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ini ingin aku ceritakan satu kisah benar yang berlaku yang mana aku rasa boleh dijadikan ikitibar buat pembaca terutamanya yang bergelar pelajar.

Flashback sebulan yang lepas(bayangkan je la ade muzik)

Masa tu, aku ke stesen bas mencari ape entah aku lupa. Kemudian tiba tiba aku disapa seseorang seusia dengan aku. "Kau ni bekas student matrik kan?" beliau bertanya . Sebenarnya aku pelik jugak macammane boleh dia tahu.Rupenya sebab aku pakai T-shirt matrik Selangor. Kami pun mulahlah berbual agak panjang jugak la.Kebiasanya ex student matrik ni suka bercakap pasal result.

"Aku mase sem 1 dapat 3.7,tu pun tak study sangat" Beritahu beliau tanpa aku bertanya. Aku ni kagum la dengan result dia sebab insan macam aku ni perlukan usaha yang menggunung untuk capai tahap tu,Kalau student 4 flat memang la  selamba je kalau dia dengar result macam tu hehe. Kemudian dia menyambung lagi "Tapi sem 2 aku dapat 2.7 je tu pun aku buat cincai je, eleh , exam aku buat bodo-bodo je" . Aik, ade jugak macam ni, aku pun tanya la kenape buat cincai? Dengan selambanya dia jawab "Aku dah ada kabel untuk masuk UTM dan aku yakin dngan sijil Debat kebangsaan , aku boleh masuk punye". Speechless aku dibuatnya hehe. Tapi aku cool jugak ,ye la, nak buat macammane rezeki seseorang memang sudah ditetapkan.(Padahal jeles hehe)

Sebulan kemudian result kemasukan ke universiti keluar.Dan menjadi kebiasaan jugak buat bekas student matrik untuk mengucapkan tahniah buat sahabat yang berjaya mendapat tawaran.Aku teringat la mamat yang tegur aku kat stesen bas sebelum ni sebab dia pun dah add aku dekat facebook . So, aku tulislah "tahniah dapat UTM" dekat wall dia. Selang 2 hari kemudian aku bace la komen beliau "Takde la, aku tolak tawaran UTM sebab aku ambil Unimap dekat sikit dengan rumah datuk aku"
Ok fine.Speechless lagi aku dibuatnya hehe.

So, jika korang faham apa yang aku cuba sampaikan Alhamdulillah. jika tidak, meh sini nak huraikan hehe. Macam ni kadang kadang ramai jugak diantara kita ni tidak menggunakan kelebihan dengan ape yang dianugerahkan Allah. tengoklah mamat tadi.Beliau dianugerahkan otak yang pintar tapi tidak menggunakan dengans sebaik mungkin.Ya,memang normal bagi manusia bila jalan pintas sudah ada, pastinya tidak pandang terus jalan yang jauh. Sepatutnya sudah ada jalan pintas gunalah sebaik mungkin. Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil sesuatu perkara tetapi Allah memandang usaha yang dilakukan hambaNya dalam mendapatkan sesuatu hasil.

Sekian.

p/s:Sijil Kebangsaan sekalipun tak kan membantu jika result tidak mencapai taraf. :)


Saturday, 28 July 2012

Ada blogger berpengalaman boleh tolong?

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku memerlukan pertolongan mana mana blogger yang sudi tolong ni. Maklumlah aku ni masih dikira baru dalam dunia blogging. So masalahnya macam ni.. Apabila aku nak follow blog blog lain, name dan gambar aku asyik tak keluar. Adakah kerana laptop atau internet aku? sedangkan sebelum ni ok je.. Masalah jadi macam ni


So, sape sape yang terbaca ni ade explaination tak? memerlukan penjelasan. Maklumlah diri ini masih HIJAU..

Friday, 27 July 2012

betulkah kita dah MATANG?

Assalamualaikum W.B.T

Setelah beberapa kali aku menjenguk dashboard kemudian tutup disebabkan tiada idea akhirnya hari ini berpeluang jua untuk mengupdate blog. Bagi entri kali ini aku ingin berkongsikan pandangan kecil aku mengenai "kematangan" berdasarkan perpektif aku . Ye la, semua orang memiliki pendapat berbeza dan inilah gunanya blog persendirian iaitu menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Untuk memudah dan menyingkatkan lagi penerangan dari sudut yang ringkas, sedikit analogi aku gunakan untuk menyampaikan pandangan.

Ibarat buah yang masih lagi hijau


Kebiasaan ramai orang menyangkakan mereka sudah matang hakikatnya mereka masih lagi hijau dalam semua perkara. Mereka fikir mereka sudah mampu bertindak bersendirian tanpa bantuan sesiapapun. Ya,sememangnya buah yang masih hijau tentunya sudah boleh dimakan. Tapi harus diingat rasanya masih masam. Buah yang belum masak memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan ianya betul betul masak.Nah, begitulah kita manusia mempunyai ciri ciri yang sama. Sebelum benar benar matang, jangan malu untuk menerima nasihat tidak kiralah dari sesiapapun. Kerana setiap nasihat yang baik yang diterima itulah yang menambahkan kematangan kita dalam perjalanan hidup ini. Harus diingatkan sudah ramai golongan golongan yang hilang arah sebelum mencapai kematangan dek kerana kesombongan untuk menerima "penjagaan" daripada insan yang lebih berpengalaman. Seperti mana buah yang belum masak tetapi gugur digigit tupai kerana tidak dijaga sesiapa.



Ibarat buah yang sudah masak ranum



Nah, inilah yang sangat kita mahukan. Buah yang masak ranum semamangnya manis dimakan. Buah buah sebegini sangat berguna jika dibandingkan dengan buah yang masih hijau dimana ia sudah boleh dipetik bila bila masa untuk dimakan. Begitulah kita manusia, seandainya sudah matang, InsyaAllah kita mampu memberikan kesenangan kepada orang lain. Memang benar, definisi matang ditafsirkan secara berbeza oleh setiap orang. Ada yang mentafsir dari segi fizikal mahupun emosi. Tidak kiralah bagaimana ianya ditafsir kerana apa yang penting jika seseorang mencapai kematangan melalui permikiran maka dialah yang paling advance.Apa yang penting, buah yang masak ranum ini juga melalui proses hijau yakni setiap manusia itu melalui proses ketidakmatangan.Ianya bergantung bagaimana seseorang itu cuba membentuk dirinya untuk berfikiran matang.




Begitulah serba sedikit yang dapat aku simpulkan melalui pemerhatian kerdil ini. Aku akui, aku sendiri pun masih belum berada di peringkat buah yang masak ranum.Ya,masih lagi hijau,masih lagi mencari untuk membentuk diri ini kearah lebih matang. Pada fikiran aku, orang yang rasa mereka sudah benar benar sepurna matang adalah golongan yang hanya petah berbicara sebab dalam perjalanan hidup kita akan sentiasa mencari kematangan demi kematangan sehinggalah ke akhir hayat.

Sekian.

p/s: Rambutan di rumah masak ranum sempena Ramadhan. Alhamdulillah.......

Tuesday, 24 July 2012

Keputusan Malaysia VS Arsenal (1-2)


Fuh, perlawanan Malaysia menentang pasukan Arsenal tadi sangat mendebarkan. Walapun pasukan Malaysia tewas 1-2 kepada Arsenal namun persembahan pasukan Harimau Malaya sangat memberangsangkan. Malaysia yang mendahului perlawanan hasil jaringan pertahanan Azmi Muslim berjaya dipintas 2 gol oleh Arsenal pada saat saat akhir.

Apepun tahniah diucapkan kepada pasukan negara kerana memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan sebentar tadi terutamnya penjaga gol Farizal Marlias yang benyak menyelamatkan gawang gol daripada digegar Arsenal.

Semoga perkembangan positif ini dapat diteruskan untuk menaikkan taraf bola sepak negara kita. Kita ucapkan selamat berjaya kepada pasukan negara menentang Manchester City pada 30 julai nanti.

Sunday, 22 July 2012

YES! Masa untuk si Arnab Mandi!

Assalamualaikum W.B.T                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Semangat kini membara untuk memelihara arnab.Dengan kecomelan dan kiutnye menjadikan diri ini begitu tertarik dengan haiwan ini. (Sudah berhenti mengarut sekarang jugak!) Untuk kali ini aku nak kongsikan experince untuk memandikan arnab. Aku takde la expert sangat bab arnab ni tapi ada la sikit sikit ilmu untuk mandikan arnab melalui pertanyaan kepada mereka yang lebih pakar. Mane tahu berguna untuk korang yang teringin untuk memelihara arnab kan??



1)Sediakan tempat mandi dulu...

  Aku guna besen je,. tu pun yang saiz sederhana, bagi sabun yang digunakan lagi elok jika kita gunakan yang shampoo anti kutu (boleh didapati di pet shop) dimana penggunaannya sangat sesuai untuk menghapuskan kutu yang berada di bulu bulu arnab. Yang ni penting bagi mengelakkan arnab daripada terkena penyakit penyakit yang mungkin meragut nyawanya.




2)Mandikan lah beliau (arnab tu)



Ratakan air keseluruh badan arnab tuh.. gosok la perlahan perlahan takut luruh bulu plak... (macam la aku buat tak kasar haha) tengok arnab aku pun macam terseksa kut.. Hati hati jugak jangan sampai lemaskan arnab tu dengan alasan alasan yang tidak munasabah seperti
"nak ajar arnab berenang" mahupun "nak tengok daya tahan arnab"





3)Selepas selesai mandi?













Lapkan seluruh badan dia dengan tuala dulu.. kasi keringkan badan beliau yang kesejukan. Lagi elok kalau ada hairdryer..confirm kering. Kalau tak de buat macam aku.. biarkan si arnab arnab ni berjemur dibawah sinaran UV matahari. Benda ni penting bagi mengelakkan dijangkiti kuman sebab kuman mudah menjangkiti di badan badan arnab yang penuh kelembapan. Tapi harus ingat, jemur jemur jugak janganlah smpai 2 jam jemur.. kesian kat mereka sekalian haha. Seelok eloknya proses mandian ni dilakukan waktu pagi ataupun tengah hari.


Apepun yang  aku share ni hanyalah pengalaman dari seorang amatur.. Jika anda ada membela arnab seelok eloknya ambil la pengalaman dari yang pakar,, boleh terjah ke blog yang menceritakan khas mengenai haiwan peliharaan untuk ambil tips untuk membela haiwan.. Cuba cubalah membela haiwan ni.. ia mengajar kita untuk lebih bersyukur mengenai keunikan ciptaan Allah S.W.T

p/s:nak jadi engineer sekalipun tak emnjadi masalah untuk mencintai haiwan :)

Friday, 20 July 2012

Target Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah bulan kerahmatan yang ditunggu tungguh sudah tiba. Kedatangan Ramadhan kali ini agak meriah di kampung berbanding sebelumnya. Sejuk jua hati melihat anak anak muda sebaya dengan diri ini ke masjid menyambut kedatangan Ramadhan.Semoga istiqamah hingga ke pengakhiran bulan.Amin...

Apa kata untuk Ramadhan kali ini jom kita buat Target Ramadahan masing masing. Rasanya ia agak berguna untuk pastikan Ramadhan kali ini tidak berlalu sia sia sahaja. Bukan apa ,aku sendiri pernah merasai kedatangan Ramadhan dengan agak kosong dimana tidak sempat untuk ber"pesta ibadah"Dengan pahala yang berlipat kali ganda, alangkah rugi jika kita hanya sekadar berpuasa sahaja tanpa ibadah tambahan..



Apa lagi jom buat Target Ramadhan masing masing
Target aku untuk Ramadhan kali ini:
-Full Tarawih berjemaah
-Full solat berjemaah 5 waktu
-Khatam 30 Juzuk Al Quran

Jika anda insan yang sedang membaca mempunyai target target yang lebih tinggi Alhamdulillah.. Semoga kita berjaya mencapainya. Tidak salah untuk berniat bahkan niat untuk melakukan kebaikan itu sudah mendapat pahala apatah lagi jika melaksankan niat tersebut.

Sekian sahaja coretan ringkas kali ini.. Selamat berpuasa dan selamat berPesta Ibadah...

p/s: doakan daku untuk mencapai target :)

Sunday, 15 July 2012

segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum W.B.T

   Hari ni ambo nak rajinkan diri sikit join segmen segmen dari blogger yang sudah berpengalaman.. so kalau sahabat sahabat blogger lain nak join..jom la  Klik SINI

Selamat mencuba :)