Assalamualaikum W.B.T
Kewangan tu penting lebih-lebih lagi untuk pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Sebenarnya terdapat banyak sumber kewangan untuk pelajar pilih sepanjang pengajian sebagai contohnya PTPTN, MARA, JPA, YAYASAN atau mana-mana Syarikat yang menawarkan biasiswa macam Petronas, Produa, Maybank dan banyak lagi. Untuk entri kali ini, saya cuma ingin berkongsi info mengenai perbandingan PTPTN dan JPA sebab hanya dua sumber ni sahaja yang sempat saya mohon.
3 Sem pertama saya di Peringkat Ijazah menggunakan PTPTN dan permohonan JPA saya diluluskan setelah menggunakan kepetusan peperiksaan Tahun maka masa itulah saya hentikan pinjaman PTPTN. Sebenarnya memang terdapat perbezaan pro dan kontra antara kedua-dua sumber ini yang akan saya ulaskan secara ringkas mengikut pengalaman saya sendiri :
PTPTN
Agak membantu bagi yang benar-benar tiada sumber biasiswa lain.
Kebiasaannya nak dapatkan biasiswa tu agak sukar sebab biasiswa hanya ditawarkan untuk benar-benar cemerlang. Jadi, mahu atau tidak PTPTN adalah jalan terakhir yang dapat membantu pelajar untuk support pengajian mereka.Bagi golongan ibu-bapa yang berpendapatn rendah, sememangnya ia sangat membantu untuk mengurangkan beban mereka kerana nilai yang diberi sangatlah mencukupi untuk membayar yuran serta menampung kehidupan seharian.
Nilai pinjaman berbeza mengikut pendapatan ibu-bapa.
Jumlah pinjaman penuh iaitu RM3500(Plus minus, lupe) hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah mencukupi untuk pembayaran yuran serta keperluan seharian. Kebiasannya situasi menjadi sukar buat golongan berpendapatan sederhana yang mana nilai pinjaman penuh hanya diberikan buat ibu-bapa yang berpendapatan rendah sahaja. Contohnya macam saya, nilai pinjaman yang saya peroleh dahulu hanya RM1100 sahaja untuk satu sem sedangkan yuran pengajian di tempat saya RM1500. Ibu bapa saya terpaksa menambah RM 300 untuk yuran serta masih lagi terpaksa menanggung perbelnjaan seharian saya.
Krisis hutang masa hadapan
Bila nama pun pinjaman jadi, kenalah bayar balik, masa belajar senang tapi masa depan mungkin agak terbeban. Lagi parah jika lepas graduate, kerja tak dapat-dapat, kesukaran nak bayar lagi lah bertambah. Jadi, mahu tak mahu belajar la bersungguh-sungguh, kalau result cemerlang bayar pun sikit, kerja pun lagi senang nak dapat.
JPA
Memang membantu
Nilai yang diperoleh agak banyak, lebih banyak dari PTPTN dan bila nama pun biasiswa, bersyukurlah bila anda dapat sebab tak perlu bayar balik. Yang penting pastikan result exam mantain cemerlang kalau biasiswa tak nak ditarik balik.
Nilai bisiswa itu amanah
Ingatlah, biasiswa tu adalah amanah dari rakyat Malaysia, andai kita menyalahgunakan akhirat kelak nanti jawablah. Maksudnya guna la biasiswa tersebut kearah perkara yang bermanfaat then pastikan kita tunaikan amanah tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh agar memberi manfaat untuk membangunkan negara nanti.
Kontrak
Of course, JPA ada kontrak, tidak pasti ianya keburukan atau kebaikan, seandainya anda dipanggil untuk bekerja dengan JPA, kita harus wajib ikut walaupun kita dah bekerja swasta gaji beribu-ribu selagi belum tamat kontrak. Saya pun tak pasti berapa tahun. Lupa. haha
Apapun,belajarlah bersungguh-sungguh ya. InsyaAllah, skor awal dapatlah biasiswa. Fikir baik-baik, tentang masa depan. Barang siapa berusaha, Allah akan permudahkan jalannya.
p/s:
Pembaca lain ada info tambahan sila kongsikan di ruangan komen ye.Terima Kasih
Perantau yang mengunjung
nuffnang ads
Wednesday, 17 September 2014
Monday, 7 July 2014
Engineering bukan untuk wanita?
Assalamualaikum W.B.T
Eh, sekejap. Sebelum saya diserang dengan komen-komen kaum hawa yang berada dalam ''lingkungan" kejuruteraan, jangan risau.. topik perbincangan ini akan saya kupaskan dengan adil dan penuh hikmah. Tujuan 'post'ini juga ingin menjawab persoalan seorang pembaca yang inginkan respon berkenaan hal ini.
Pertama sekali, saya mahu para pembaca tahu, dimana-mana Universiti pun, kalau bidang kejuruteraan sememangnya akan dipelopori kaum lelaki dan perlu juga anda ketahui setiap perkara didunia ini ada pro dan kontra tersendiri. Baiklah, tidak mahu menaip panjang, kita pergi satu persatu jawapan kepada soalan saudari tersebut.
Soalan 1:
Mampukah wanita untuk membuat kerja-kerja praktikal?
Untuk soalan ini, pastinya wanita mampu. Cuma rata-rata wanita diakui memang agak kurang dalam bidang teknikal. Samaada ia diterjemahkan melalui mentaliti masyarakat mahupun keyakinan wanita itu sendiri. Setiap orang berbeza potensi, tak boleh menilai melalui gender semata-mata. Ada je sahabat saya terdiri kaum wanita hebat dalam bidang kejuruteraan, bahakan melebihi saya sendiri pun ada. Kagum.
Soalan 2 :
Apa peluang pekerjaan untuk bidang ini?
Banyak sebenarnya tapi nak list semua macam malas. Google la ye. Bila dah masuk engineering pun, tak semestinya jadi jurutera, jadi Lecturer pun boleh. Ramai sekarang ini hanya belajar semata-mata untuk kerja. Its not work for money, but let the money work for you. Belajarlah dengan seronok dan penuh keihkhlasan dan percaya pada rezeki ketentuanNya.
Soalan 3 :
Bidang kejuruteraan apa sesuai untuk wanita?
Berkenaan ini, saya berbalik pada paksi asal.. sesuai atau tidak bergantung pada individu bukan pada gender. Tapi berdasarkan pengalaman belajar di Universiti, bidang kejuruteraan mekanikal adalah bidang yang paling kurang popular dalam kalangan wanita berbanding dengan kejuruteraan awam, kejuruteraan pembuatan, Elektrik , IT atau sebagainya. Mungkin nisbah ini turut mengaitkan dengan kesesuaian wanita tidak sesuai untuk mekanikal? Mungkin kut sebab biasanya wanita mekanikal ini selalu dikaitkan dengan perkataan ''tough'' haha
Jadi macam nilah, saya senaraikan PRO-dan Kontra secara ringkas.
Kebaikan
1) Anda mampu membuktikan wanita itu bukanlah lemah terutamanya dalam bidang engineering.
2) Tentunya, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang berbaloi.
3) Bidang engineering ini luas, InsyaAllah tidak sempit untuk wanita.'
4) Wanita Engineering sebenarnya akan lebih berdikari
5) Err, lebih cepat bertemu jodoh kut, sebab lelaki ramai. Hensem pulak tu hehe.
Kontranya
1) Pasti ada kesukaran dari segi menggunakan kudrat wanita.
2) Tidak sesuai buat wanita yang ingin tampil elegan.
3) Bila selalu bergaul dengan lelaki ni, ramai je yang cultute shock nanti.
4) Mentaliti masyarakat dan majikan yang sentiasa set "wanita ni lemah"
Kesimpulannya:
Allah S.W.T mengurniakan otak yang sama kepada setiap manusia tanpa membezakan lelaki atau wanita. Bezanya usaha. Kalau usaha luar biasa, luar biasalah kita akan dapat dan sebaliknya. Namun, tak semestinya keadaan itu terjadi kat semua situasi. Ada juga kita berusaha dah habis daya, tapi kejayaannya tak adalah tinggi mana (itu mungkin pandangan kita secara logiknya). Tapi sebenarnya, DIA bagi lebih daripada itu. Dia nak kuatkan kita menjadi Muslim yang kuat dalam semua aspek (muslim macam ni yang DIA suka). Mungkin kat tempat kerja nanti situasi yang lagi sukar untuk kita hadapi, dan DIA telahpun menguatkan kita awal-awal lagi. Dah elok DIA rancang kan. ALLAHu'alam,
p/s: Saya cuma insan yang lemah, jadi saya mengharapkan para pembaca untuk melontarkan pengalaman mahupun ilmu berkenaan topik ini di ruangan komen. Mungkin berguna untuk pembaca lain. Terima kasih.
Sunday, 1 December 2013
Aku Sibuk
Salam.
"Assignment bertimbun-timbun"
"Presentation berlapis-lapis"
"Test tak habis-habis"
"Meeting je memanjang"
Rungutan demi rungutan aku suarakan dek kerana kesibukan di alam universiti yang melampau eh?
Tapi, yang pilih jalan untuk sibuk tu diri sendiri jugak. Sebab diri ni jenis tak boleh duduk diam, mesti beraktiviti tak kiralah berpesatuan mahupun bersukan,
Sungguh, aku rindu untuk menulis (ye ke?)
Masa weh yang tidak izinkan.. kalau tengok aku post ni maksudnya kelas batal la tu, so aku ambil la masa 10 minit untuk mencoretkan sikit kupasan di hati gitu haha.
Apepun, sibuk bukan lah alasan yang kukuh sebenarnya, ianya cuma lebih kepada MALAS :)
Malas tu racun dan aku sedang cari antibiotiknya sekarang ni.
Sekian. (post tak de motif)

![]() |
| aku masuk paper weh, tak caya? sila rujuk kiri pegang penyapu tu haha |
Wednesday, 30 October 2013
Video penyokong Final Piala Malaysia 2013 Kelantan VS Pahang
Assalamualaikum W.B.T
Bahang final sudah terasa, jad ringkas sahaja post saya kali ni, dimana ingin saya kongsikan video yang disiapkan sahabat-sahabat saya penyokong kelantan . Agak menarik. So, jom tengok :
tekan link di bawah:
Penyokong Kelate'sTribute Final Piala Malaysia 2013

Saturday, 20 July 2013
Bihun Ukhwah?
Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T..
Sungguh! Ukhwah tu indah. Alhamdulillah diri ini dikurniakan roomate yang baik dan mungkin stylo?
Teringat kisah lalu, well masa tu, saya baru pulang berkelah dengan member-member sekelas, kebetulan ada bihun dan ayam bakar yang tak sempat kitaorang habiskan, so aku teringatkan roomate di rumah. Ayam dan bihun dibawa pulang untuk disajikan kepada roomate.
Balik rumah-tiada orang- so saya buat note mengarut hehe
Terharu bila ada yang menghargai. Ukhwah di jalan Allah ni cantik sekali biarpun tidak berkawan baik, tidak sekelas dan tidak sepermainan.
So, korang-korang yang ada member tu, binalah persahabatan di jalan Allah ye. Saya? Masih mencuba. InsyaAllah.. doa-doakan.
~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~

Friday, 12 July 2013
Perbandingan Kejuruteraan Dan Teknologi Kejuruteraan
Assalamualaikum W.B.T
Post kali ini saya tujukan buat junior-junior yang bakal melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan mahupun teknologi kejuruteraan. Sememangnya bukan bertujuan merendah atau meninggikan perbezaan kedua-dua bidang ini, cuma mungkin boleh berkongsi pendapat mengenai kekeliruan yang timbul terhadap kedua-dua bidang ini. Saya kini sudah tamat belajar dan saya nampak Kelebihan Teknologi Kejuruteraan. (baca dekat link perkembangan terkini saya)
Peringatan jugak, mungkin penulisan saya agak condong kearah Teknologi Kejuruteraan sebab bidang tersebut memang sedang saya ikuti sekarang ni. Secara simplenya, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua bidang ini. Matapelajaran dan kaedah mengajar pun kadang-kadang hampir sama, bahkan kalau tengok nama course pun sikit perbezaan contohnya:
1) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
(Perbezaannya cuma perkataan Teknologi je kan?)
Secara jujurnya, saya sendiri semasa memililh Teknologi Kejuruteraan disebabkan mungkin namanya agak gempak dan style haha.Tapi, bila masuk je belajar, banyak jgk perbezaan yang saya dapati melalui kedua-dua bidang ni yang sering diperkatakan contohnya:
1) Teknologi Kejuruteraan tak boleh jadi Engineer.
Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan dikenali sbg "Technologist". Tapi, dekat Malaysia ni, setakat ni, semuanya dipanggil Engineer tak kiralah kejuruteraan ataupun teknologi kejuruteraan.
2) Teknologi Kejuruteraan=Praktikal dan Kejuruteraan= Teori
Yup, benar sekali, untuk teknologi kejuruteraan 60% markah adalah dari amali dan 40% lagi adalah teori. Berbeza pula dengan Kejuruteraan yang memperuntukkan 50% bagi kedua-dua amali dan teori.
3) Tahap kesukaran yang berbeza
Secara jujurnya, belajar di Teknologi Kejuruteraan lebih senang berbanding dengan Kejuruteraan disebabkan boleh cover dekat carry mark 60% bahagian amali berbanding Kejuruteraan yang full of theories. Tapi, ia mungkin boleh menjadi sukar terutamanya orang macam saya yang tidak beberapa minat dan pandai dalam mekanikal dan mesin haha.
4) Kemasukan bagi ke Kejuruteraan lebih ketat berbanding dengan Teknologi Kejuruteraan.
Nak masuk bidang Kejuruteraan memang agak sukar disebabkan ia melibatkan pembelajaran teori dan ramai yang menyimpulkan student dari Kejuruteraan lebih pandai dari Teknologi Kejuruteraan. Tapi, ianya sama saje sebab yang masuk Kejuruteraan Teknologi ni pun pointer agak gempak di Matrik cuma mungkin lebih berminat kearah praktikal atau mungkin tidak diberi pendedahan yang jelas mengenai perbezaan kedua-dua tersebut.(Isi secara random di UPU sebab tak tahu)
Penting untuk anda ketahui bahawa :
Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.
Teknologi kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang, bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.
Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.
Lantaran itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan, tidak akan membawa perbezaan taraf, ia cuma membezakan jenis kerja. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan. Mereka boleh juga bekerja sebagai pengurus teknologi. Jawatan-jawatan yang layak kepada graduan teknologi kejuruteraan adalah seperti reka bentuk produk, ujian, pembangunan, pembangunan sistem, bidang kejuruteraan, operasi teknikal dan kawalan kualiti.
Dan perlu diketahui, siswazah dari program-program teknologi kejuruteraan sering diberi jawatan sebagai jurutera.
Secara umum, kerja-kerja teknologi kejuruteraan memberi tumpuan kepada praktikal prinsip-prinsip kejuruteraan, manakala kerja jurutera menekankan aspek-aspek teori matematik, prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan.
Banyak lagi sebenarnya perbezaan cuma ia hanyalah perbezaan yang kecil dan untuk menerangkan semua perbezaan yang besar tersebut jelaslah bukan saya orangnya sebab saya sendiri pun masih berjinak-jinak dalam dunia Engineering ni. Bagi saya, apa yang kita dapat tu, bersyukur lah dengan seadaanya sebab perancangan Allah itu yang terbaik.
Gudluck, Wassalam.
p/s: saya dapati banyak info-info tambahan melalui komen dari pembaca. So, terima kasih untuk perkongsian. Bagi yang nak lebih jelas, rujuk komen-komen dibawah. Mohon juga anonymous yang mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membalas sebarang pertanyaan dari sahabat-sahabat bertanya.

Tuesday, 9 July 2013
Mutaba'ah Amal Ramadhan
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah kerana kita (yakni anda dan saya) masih lagi diberi peluang untuk mennghirup udara di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semestinya memang dinanti-nantikan umat Islam kerana inilah Festival Ibadah terbesar dalam 1 tahun. Syukur ke hadrat Illahi, berbanding dengan Ramadhan sebelum ini, saya melihatkan subuh berjemaah di Masjid ada peningkatan bak kata omputeh (have improvement) hehe.
So, mungkin ade diantara kita tertanya-tanya bagaimana nak manfaatkan Ramadhan sebenarnya? So, sebagai panduan saya nak kongsikan borang Mutaba'ah Amal yang sayaambik downloadkan di laman google images.
erk? Rasenya nak besarkan boleh klik kut.
Borang Mutaba'ah Amal sebenarnya agak penting untuk panduan atau target amalan kita. Ia bukan bertujuan mengira jumlah pahala tapi lebih kearah pemangkin untuk beribadah.
"Eh, aku tak nak buatlah macam ni, riak nanti"
"Eh, buat macam ni tak ke macam memaksa, ibadah kena ikhlas wei!"
Mungkin akan ada "ustaz-ustaz" (sila faham maksud "in bracket") cuba memberi alasan sebegini rupa. Simple je, kalau tak nak riak janganlah tunjuk pada orang. Jadikan ia sebagai penilaian diri sendiri yang boleh kita refresh iman kita. Yeah its true ibadah kena ikhlas. Tapi, rasenya tak salah kalau saya cakap ikhlas tu perlu dipaksa. Seandainya ramai manusia menanti keihklasan untuk beribadah maka nescaya ramailah manusia tidak beribadah kerana manusia perlu sedar kewajipan manusia adalah menghambakan diri kepada Allah. InsyaAllah, Allah S.W.T akan menolong hambanya ikhlaskan hati seandainya kita berusaha kan?
So, apepun selamat menyambut bulan Ramadhan. Pastikan target ibadah tahun ni tercapai.
Sekian, Wassalam.
Alhamdulillah kerana kita (yakni anda dan saya) masih lagi diberi peluang untuk mennghirup udara di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semestinya memang dinanti-nantikan umat Islam kerana inilah Festival Ibadah terbesar dalam 1 tahun. Syukur ke hadrat Illahi, berbanding dengan Ramadhan sebelum ini, saya melihatkan subuh berjemaah di Masjid ada peningkatan bak kata omputeh (have improvement) hehe.
So, mungkin ade diantara kita tertanya-tanya bagaimana nak manfaatkan Ramadhan sebenarnya? So, sebagai panduan saya nak kongsikan borang Mutaba'ah Amal yang saya
erk? Rasenya nak besarkan boleh klik kut.
Borang Mutaba'ah Amal sebenarnya agak penting untuk panduan atau target amalan kita. Ia bukan bertujuan mengira jumlah pahala tapi lebih kearah pemangkin untuk beribadah.
"Eh, aku tak nak buatlah macam ni, riak nanti"
"Eh, buat macam ni tak ke macam memaksa, ibadah kena ikhlas wei!"
Mungkin akan ada "ustaz-ustaz" (sila faham maksud "in bracket") cuba memberi alasan sebegini rupa. Simple je, kalau tak nak riak janganlah tunjuk pada orang. Jadikan ia sebagai penilaian diri sendiri yang boleh kita refresh iman kita. Yeah its true ibadah kena ikhlas. Tapi, rasenya tak salah kalau saya cakap ikhlas tu perlu dipaksa. Seandainya ramai manusia menanti keihklasan untuk beribadah maka nescaya ramailah manusia tidak beribadah kerana manusia perlu sedar kewajipan manusia adalah menghambakan diri kepada Allah. InsyaAllah, Allah S.W.T akan menolong hambanya ikhlaskan hati seandainya kita berusaha kan?
So, apepun selamat menyambut bulan Ramadhan. Pastikan target ibadah tahun ni tercapai.
Sekian, Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)