Saya dapat persoalan dari seorang rakan bertanyakan perihal berkenaan cinta. Walaupun agak "cringe" dan sedikit "akward" untuk menconteng tulisan cinta di laman blog ini, saya kira tak salah untuk saya kongsikan jawapan yang saya berikan kepada rakan saya diruang ini. Manalah tahu memberi sedikit ruang membuka minda kepada mereka yang hadapi masalah yang sama seperti kawan saya.
Kawan saya situasinya begini:
Beliau baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, tiada berkaitan curang lebih kepada ketidaksefahaman dalam banyak perkara. Sayang dan cinta itu ada, cuma asyik bergaduh, tidak tenang, maka si gadis tinggalkan beliau, walaupun beliau merayu menangis meminta peluang namun tidak diendah. Setelah beberapa bulan, beliau bangkit, keluarganya memperkenalkan beliau dengan seorang gadis. Tidak kurang cantiknya juga. Baik budi pekertinya. Mereka berkenalan. Agak serasi, namun katanya masih tiada aura rasa cinta. Kalau ada pun, tak sebesar cinta pertamanya dahulu. Dalam kekeliruan, dia dapat tahu, si gadis bekas kekasihnya masih menunggu beliau.
Jadi persoalan dia kepada saya, siapa patut dia pilih?
Saudara-saudari berpandangan macam mana? Kata kawan saya pandangan populis yang dilemparkan kepada sahabat saya adalah untuk memberi peluang kepada bekas kekasihnya. Maka keluar quote seperti "cinta itu memberi peluang", "bergaduh itu tanda sayang", "jangan permainkan perasaan mereka yang menunggu" dan sama ertinya yang menyokong supaya kawan saya kembali kekasihnya.
Saya pohon maaf untuk tidak berada di kalangan majoriti. Saya kata padanya, cliche, solat Istikharah lah. Cuma kalau pandangan saya, lebih baik beri peluang kepada orang yang baru daripada orang yang mensia-siakan peluang saat bersama kita. Mungkin pada pandangan sesetengah orang jawapan saya ini lebih kepada egois. Saya sertakan alasan yang kukuh.
1. Memang benar kesian fikirkan perasaan yang lama, namun perlu diingat, yang baru juga ada perasaan yang bukan hadir untuk mengubati luka dibuat yang lama. Bila sembuh dibuang begitu sahaja.
2. Percayalah, jarang yang memecahkan akan membaiki apa yang dipecahkan, seadainya ada yang sudah membaiki hati kamu yang pecah, maka hargai lah dia, jangan kamu balik kepada mereka yang memecahkan kerana tak mustahil untuk dia hadir memecahkan kembali.
3. Takdir Allah. Tuhan tidak suka-suka jadikan perpisahan kamu melainkan ada rancangan yang lebih baik. Misalnya, ada sebab kenapa Allah hantar seseorang yang baru, pilihan keluarga lagi, untuk ganti yang lebih baik untuk kamu.
4. Kalau sudah serasi. Beri masa. Beri peluang. Jatuh cinta itu juga satu pilihan. Bergantung kepada keredhaan kamu untuk menerima. Seseorang yang hidup kerana cinta lampau adalah seseorang yang rugi kerana masa hadapan sentiasa menjanjikan kejayaan yang lebih baik.
Saya bukakan minda beliau, pilihlah apa yang meyakinkan dan menenangkan hati. Percaya pada Allah S.W.T bukan sekadar dari kata-kata manusia. Saya suarakan pandangan bukan bermaksud dia perlu ikut. Tapi sekurang-kurangnya untuk dia berfikir. Saya akhiri dengan kata-kata sesiapapun dia pilih saya sentiasa sokong asalkan dia sebagai sahabat berbahagia.
Selamat berbhagia kawan.
Perantau yang mengunjung
nuffnang ads
Monday, 26 February 2018
Monday, 12 February 2018
Aku Lupa & Silap
Aku silap.
Kerana aku fikir jalannya mudah,
Maka aku terus bergerak laju untuk mencapai destinasi impian.
Sehingga aku lupa, ada tangan yang perlu dipimpin.
Amanah yang aku janji untuk tidak disakiti.
Aku lupa manusia itu bukan mesin,
Yang boleh diprogram mengikut kehendakkku.
Manusia punyai emosi yang berubah
Yang tiada dari tanggapan perancanganku
Aku tidak mahir selok belok jalan baru ini,
Yang aku fikir ianya mudah,
Mungkin aku lupa bahawa aku bukanlah sendiri,
Ada permata yang perlu dibawa.
Tiada jalan yang sempurna,
Jika tidak berduri, likunya tetap ada,
Matlamat jadi asbab kenapa kita bermula,
Semangat jadi kekuatan kenapa kita bertahan.
Sungguh aku sedar, aku makin jauh dengan tuhan,
maka kerana itulah Dia menguji,
Untuk aku bergantung harap padaNya,
Agar aku tidak merasakan hambaNya lebih sempurna.
Manusia itu tidak akan pernah sempurna,
Yang cacat itu menyempurnakan sama lain,
Aku terlalu mengharapkan,
Tidak pula aku memberi.
Tuhan, moga Kau tunjukkan jalan.

Wednesday, 7 February 2018
Puisi Angin buat Mentari
Maafkan diriku duhai mentari,
Kerana jauh dari sempurna,
Yang kau harap untuk memberi,
Namun tidak pula kau terima
Aku bukan seperti yang lain,
Seperti awan yang menemani,
Kerna aku ini seperti angin,
Sering bergerak kesana sini
Jangan kau redup berganti hujan,
Angin bertiup bukannya taufan
Kerna angin sifatnya setia
Pergi jauh kembali semula
Angin kadangkala tidak mengerti,
Lumrahnya sendiri cuma bertiup,
Pancarkan sedikit cahaya erti,
Agar perjalanannya tidak tertutup
Buaian angin masih jauh,
Jangan dibakar amarah mentari,
Bimbang nanti keduanya mengaduh
Membawa padah lagilah rugi
*Cubaan menulis puisi
Wednesday, 31 January 2018
Bila dibebani "high expectatation"
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, bulan Januari sudah berlalu meninggalkan kita. Februari datang menjemput. Masa berlalu pantas, due date semakin menghampiri namun diri ini masih terkapai-kapai mencari rentak. Mudah-mudahan dipermudahkan.Doakan.
Tulisan kali ini lebih berfokus kepada peringatan diri sendiri. Tidak lain tidak bukan untuk memberi semaangat pada diri. Ye la, siapa lagi nak beri semangat yang tinggi kalau bukan diri kita sendiri. Sejujurnya Januari bulan yang pantas tapi agak menyiksa buat diri. Blur, tak tahu nak buat apa, rasa murung dan segala bentuk negativiti menyelubungi diri saya. Tambahan pula saya jenis tidak suka menceritakan "kesusahan" diri kepada orang lain.Tapi untuk blog ok kut, selagi tak post di twitter atau facebook, rasanya yang baca ni dari kalangan orang yang tak dikenali.
So, cite dia macam ni, lately ni, saya agak terbeban dengan expectation tinggi yang diletakkan pada saya untuk menyelesaikan Master saya sekarang ini. Saya kurang pasti samaada saya hnya perasan sorang-sorang ataupun ianya alasan buat diri yang agak terbabntut progresnya, apa yang pasti perasaan terbeban itu jelas. Ia menyebabkan cemas, resah dan kegusaran beterusan andaikata saya tak dapat memenuhi apa yang semua orang harapkan. Tambah pula melihat kepada sahabat-sahabat lain progresnya laju lain macam.
Apa silap saya?
Sekarang hari ni masuk Februari, saya sedar banyak perkara, saya nak buang bebanan ni. Bebanan ni buat saya rasa takut untuk membentang kerana bimbang salah ditegur, bebanan ni buat saya rasa rushing hingga tertekan untuk belajar selain ianya buat saya lost confidence.
Sekarang, masa untuk fokus pada progres. Merungut tidak membawa kita kehadapan.

Tuesday, 30 January 2018
Perkara perlu dilakukan apabila berlaku salah faham
Salah faham merupakan sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan pergaduhan, terputusnya silaturahim waima bermasam muka tidak kiralah samaada ianya melibatkan ahli keluarga, sahabat baik mahupun dengan insan yang tak dikenali. Berdasarkan pengalaman sendiri yakni mungkin sama juga dengan kalian membaca, pastinya kita sudah bebrapa kali berada disituasi "salah faham" ini. Tambah sadis, apabila ianya meretakkan hubungan.
Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita beringat, apabila berlakunya salah faham lebih-lebih lagi kita pun blur apa yang orang salah faham dengan kita.
1) Chill
Bertenang, rilek dan cool down. Kalau kita yang salah faham, kita pergi tanya elok-elok, kurangkan beremosi, selesaikan perselisihan faham dengan perbincangan yang tenang. Kalau kita yang kalut, nampak kita yang noob dan tak matang. Namun, jika orang lain yang tersalah faham dengan kita, pun kita kena bertenang, jangan diikut rentak emosi mereka yang "menyerang" kita. Anggap sahaja mereka tidak tahu. Terangkan dengan jelas soal apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya hubungan silaturahim masih boleh diselamatkan.
2) Minta Maaf
Kadang-kala, biarpun ego kita merasakan kita tidak bersalah apabila berlakunya salah faham, rasanya tak salah untuk meminta maaf bagi menenangkan hati mereka yang "menyerang" kita. Sekurang-kurangnya kalau kita yang salah, kita sudahpun meminta maaf. Dan kalaupun kita yang tersalah faham hendak bertanya kepada seseorang, lagi lah cantik mulakan dengan maaf agar orang yang kita inginkan penjelasan tidak terasa dengan apa yang ingin kita persoalkan berkaitan salah faham yang timbul.
3) Jaga kata-kata
Ini pun penting. Baik dari yang menimbulkan salah faham ataupun mangsa salah faham. Yang inginkan penjelasan kadang-kala permikirannya tidak lagi dikawal oleh serebrum, sebaliknya mulut lebih mendahului mengeluarkan kata-kata sindiran, kata-kata kesat ataupun segala bentuk perkataan yang menguris hati hanya kerana terlalu mengikut arus emosi yang berkeladak. Mangsa salah faham pula jangan juga terlalu ikutkan emosi apabila mungkin rasa diri difitnah, dihina dan sebagainya namun selagi boleh selamatkan hubungan maka bersabarlah.
4) Elakkan dari medium tidak bernada
Apabila berlakunya salah faham, saya tidak pernah akan memanjangkan dalam medium tidak bernada iaitu di media sosial. Suka hati lah nak judge apa pun janji selesai cepat. Adalah lebih baik untuk bertemu mata menyelesaikan perselisihan faham ataupun sekurang-kurangnya melalui panggilan telefon. Kadangkala tulisan ini lebih berbekas di hati, lebih tajam dari mata pedang walaupun kita tidak berniat untuk melukakan. Lihatlah berapa ramai kes suami menceraikan isteri melalui SMS, Whatssapp kerana salah faham walaupun pada asalnya tidak berniat untuk berbuat demikian.
5) Memberi Maaf
Jika meminta maaf itu kadangkala dirasakan sukar, maka memberi kemaafan juga tidak semudah itu. Faham. Ia memerlukan keikhlasan yang tinggi. Namun, silaturahim perlu dijaga. Tidak kiralah insan yang menimbulkan salah faham atau mangsa salah faham, berjiwa besarlah dalam memberi kemaafan. Tidak tenang hati bagi mereka yang menyimpan walau sekumit dendam. Kalau rasa perlukan masa, jauhkan diri tapi buat sementara namun bukan memutuskan ukhwah.
"Apabila kuku tumbuhnya panjang, maka potonglah kuku bukan jarinya, samalah juga kalau salah faham kian memanjang, potonglah egonya, bukan ukhwah silaturahimnya"

Tuesday, 23 January 2018
Ibrah dari Pengetua Sempoi
Terbit rasa ingin berkongsi pengalaman menarik di SMK Jalan
Tiga, Bandar Baru Bangi. Kami hadir atas tujuan ingin bekerjasama melaksanakan
program motivasi bersama pihak sekolah secara sukarelawan dibawah anjuran
Alumni Universiti. Jadi seperti
kelaziman sekolah-sekolah lain, kami akan ke pejabat untuk bertemu dengan
Pengetua sekolah.
Sesampainya disana, kami dimaklumkan bahawa Pengetua tiada
di pejabat. Pada fikiran kami jelas agak risau la juga nak menunggu pengetua.
Tapi kami dimaklumkan kerani yang kami boleh mencari Pengetua di sekitar
kawasan sekolah sebab Pengetua jenis suka keluar pejabat dan tidak kisah
bertemu di mana-mana tempat di sekitar sekolah.
“Tuan Ishak”
Maka dengan panduan nama pengetua yang diberi, maka
berjalanlah kami bertanyakan pada para pelajar tentang keberadaan beliau. Dapat
info menyatakan Pengetua sekarang berada di kelas tingkatan 4, bangunan hujung
paling atas. Terus kami bergegas kesana.
Sesampainya tingkat atas, kami agak keliru, nak bertemu
terus takut mengganggu. Jadi kami fikir, sekurang-kurangnya kami beritahulah
dulu untuk bertemu selepas habis kelas. Segan juga, nasib baik ada seorang adik
pengawas membantu mewakilkan kami untuk bertemu.
Pengetua keluar kelas, tangannya dihulur terlebih dahulu
mengalu-alukan kedatangan kami. 5 minit kami terangkan secara ringkas, terus
beliau ajak berbincang di kantin. Menariknya, dia minta untuk salah seorang
dari kami mengendalikan kelas beliau (rasanya bukan kelas, more kepada taklimat
program gotong royong).
Perbincangan berjalan pantas. Persetujuan dicapai. Masa
selebihnya banyak lebih kepada kami menerima input dari beliau berkenaan
pandangannya mengenai dunia pendidikan. Dalam masa 2 jam saya banyak belajar
banyak perkara secara tak lansung dari beliau antaranya
1.
Prinsip beliau yang menyatakan “Pengetua
hanyalah di waktu pejabat, diluar pejabat saya adalah cikgu sama seperti orang
lain”
2.
Sikapnya humble. Bahkan saya tertarik apabila
dengan pekerja kantin pun beliau meminta maaf bila terpaksa mencelah perbualan
untuk memesan makanan.
3.
Mendidik anak murid biarlah berpaksi pada agama
tetapi biarlahnya menyeluruh dari segi akhlak, softskill, kesukanan dan
lain-lain.
Saya tanya dengan niat mahu menduga jawapannya “Tuan tak
risau ka, konsep “sempoi, santai” macam ni menyebabkan cikgu-cikgu ambik
kesempatan pada tuan?”
Dia jawab tenang “Itu bukan soal saya untuk fikirkan, saya
cuba sebaik mungkin berpegang pada agama, yang lain cikgu-cikgu fikir sendiri,
soal keberkatan mereka dengan Allah saya hanya boleh menasihat, kalau ikhlas,
Allah S.W.T akan bagi lebih dari apa yang kita minta”
Jauh dari sudut hati, saya agak kagum dengan kebergantungan
beliau pada tuhan. Satu tamparan buat saya sendiri yang masih banyak merungut
dengan kesukaran ujian dalam hidup.
Terima kasih Tuan Ishak, Pengetua SMK Jalan Tiga untuk
pengajaran yang simple tapi berguna untuk kami yang bercita-cita menjadi
seorang pendidik ni.
*Kami pun baru tahu, Tuan Ishak inilahah juga guru Penolong
Kanan yang cedera parah dipukul samseng demi melindungi anak muridnya pada tahun
2012. Rujuk kes di petikan akhbar http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120617/je_07/Polis-tahan-17-lagi-lelaki-serang-pelajar-SMK-Cheras-Perdana
![]() |
| Gambar kenang-kenangan |
Tuesday, 16 January 2018
Belajarlah memaafkan
Pernah tak suatu saat kita sangat sakit hati dengan seseorang?
Ianya boleh hadir kerana berlakunya salah faham yang berlaku antara kalian, selain mulut atau tulisan seseorang itu menyakiti kita dek kerana emosi mereka terlampau laju bergerak melebihi isyarat yang dihantar kepada Cerebrum supaya bertenang dan rileks.
Saat itulah kita dijangkiti virus-virus emosi yang membawa kepada sakit hati. Lebih-lebih lagi, kalau jiwa kita meronta dan memberontak menyatakan mereka yang menyakiti kita itu lebih bersalah dalam sebarang isu salah faham.
Saya faham agak sukar untuk memaafkan kesalahan orang. Perlukan kekuatan dan keikhlasan luar biasa. Bahkan smpai satu tahap, bila sudah memaafkan sekalipun, luka yang ditoreh masih berbekas dan parut yang tinggal tidak mudah dirawat dengan sekadar kata-kata.
Namun jauh dari sudut hati, hakikatnya hidup dengan dendam turut memberi kesan kepada kita. Saya faham sangat bagaimana rasa sakit hati apabila dihukum dengan psikologi, kata-kata hinaan sindiran ataupun persepsi negatif yang dilontarkan pada diri. Saya pernah lalui dan saya percaya semua orang pernah lalui perkara seperti ini. Bahkan mungkin lebih dasyat dan teruk dari apa yang saya lalui.
Kita sentiasa tidak akan tenang dengan dendam. Maafkan semua orang percayalah walaupun sukar, kita akan memperolehi ketenangan malahan kehidupan kita pun akan dibantu oleh tuhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)