Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday, 31 August 2012

Curi Arnab (Video blog)



Assalamualaikum

 Update vlog jgk walaupun cuma part time :)


Sebarang kritikan membina (bukan yang menjatuhkan) amatlah dialukan..hehe

Wednesday, 29 August 2012

Pertemuan Sebelum Masuk Degree

Assalamualaikum W.B.T

Tinggal beberapa hari lagi sebelum sambung Degree. Masa berlalu dengan pantas. Sebab tu orang cakap masa tak kan menunggu kita. Jadi aku mencurilah sedikit masa untuk ajak member member matrik kumpul sebelum masuk U. Sori hop mane tak terjemput.. tak sempat.

Tempat pertemuan: Rumah Abu Pelangi Mall













Aku minat benar dengan kucing Abu ni. Tapi bulunya agak boleh tahan la. Geng geng ni mula berkumpul pukul 11. Nak masuk kena ada kad tau. Lame benar tak jumpe geng geng ni (kononnya) haha. Tapi aku dengan jakunnya agak terpegun rumah abu ni.(Kondominium actually) Dengan permandangan yang mempersonakan dari tempat tinggi.Macam kat KL (macam la aku duk KL haha).










Amin(Baju kuning)  menunggu untuk makan haha. Si baju biru yg tengah main dengan kucing tu la Abu si pemilik rumah.













 Tiga serangkai Ali, Mubarok dan Jemey.



                                                                Main game buat macam rumoh sendiri deh  haha 






Yang tidur tu Harun Bebiri tapi nama glamer  beliau dipanggil OJ (Osman Jailani). Manakala gambar sebelah menunjukkan kesungguhan si Ali, Payeh dan Mubarok makan apa yang tersedia. Alangkah baiknya kesungguhan ini dipraktikkan di meja study hahaha

Dekat 2 jam jugak kumpul makan, berbual dan main game.Then, akhirnya balik la sudah. Tu kalau tengok gambar disebelah, beliau merupakan legend drive kereta haha
<.........................LEGEND haha
Apepun , terima kasih la belako sudi mari . Kata orang , simple tak po asal bermakno. Lepas ni pakat belajar sungguh la belaka. Semoga ukhwah antara kito berkekalan semuanya. Semoga anda semua diberkati Allah .


Abis.Sekian. Wassalam



Tuesday, 28 August 2012

Checklist keperluan nak masuk U

 Assalamualaikum W.B.T
Masa tengak bukak grup FTK UTEM 2nd Batch intake 2012 ade senior rajin bagi checklist satu persatu.Aku pun copy paste terus haaha . Baik sungguh abg senior ni (tak ingt name) . Mudah la sikit aku nk buat checklist.Nak harap buat sendiri standard terlepas pandang.So sape2 nak masuk U tu buatla checklist sekarang!
LAST CHECK!

#Tengok bahagian tandas
1. Berus gigi
2. ubat gigi
3. Sabun
4. Syampo
5. Pencuci muka
6. Tuala

#Tengok tempat tidur
1. Bantal
2. Cadar
3. Selimut

#Tengok Persiapan diri
1. Cermin
2. Sikat
3. Minyak rambut
4. Deodorant/ Bedak
5. Perfume

#Tengok ke Kuliah
1. Kasut bebas
2. Sluar bebas, (JANGAN SEKSI!)
3. Baju koler ( x koler pn bole janji pakai jaket or labcoat) <--JANGAN SEKSI
4. Beg/ fail/ buku nota

#Tengok ke MHS
1. Baju kemeja putih 2helai
2. Baju-T putih 2helai
3. Sluar track
4. Sluar fomal
5. Tie

#Tengok Bahagian Solat
1. Kepiah / songkok
2. Sejadah
3. Baju melayu / kurung
4. sampin
5. Al-Quran

pendek cita nk masok U ni kena banyak tengok2.....
nasihat-----> masok U kena cool ja, xtau buat cara xtau, (banyak bertanya), dah tau buat relex ja. (ajar kawan yg x tau)

Sunday, 26 August 2012

Wanita Malaysia Ramai Curang?

Assalamualaikum W.B.T

Rasanya bila tengok tajuk tu, ramai kaum hawa yang akan serang aku nanti. Whooo, bertenang dulu sebab bukan aku yang cakap benda ni semua. Aku pembela kaum wanita haha tapi kan kebetulan plak tajuk post aku ni hampir sama dengan CIK Kerang (Member blogging) .Lepas post baru aku baca entri dia haha xpe la

Masa aku tengah survey Fesbuk, then aku jumpe la gambar yang dikongsi oleh member member fesbuk yang lain. Ce tengok gambar ni :


Fakta atau Auta?

Jawapan perantau:
Aku pun tak tahu, tapi jika tidak mahu dicurangi.. jadi lah orang yang baik.Kenapa? sebab orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik. Dan InsyaAllah orang yang baik tidak akan curang kepada orang lain.Inilah kehidupan...What you give, you take back. Simple kan?



p/s:Member member blogging lain pun senyap je sekarang ni

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !

Assalamualaikum..

Jom join segmen



Kalau ada member member blogger lain yang berminat nak join klik banner atau SINI

fOllower: 235

Kenangan Seminggu Berhari Raya

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nafas kehidupan menyambut Hari Raya. Nyawa juga satu nikmat besar. Jadi aku nak kongsi la jugak pengalaman berhari raya selama seminggu ni. Orang selalu cakap semakin besar, raya semakin tak meriah. Tapi rasanya , ia depend dengan macammane kita memeriahkan hari raya tersebut.


Bersama Keluarga


Disebabkan keluarga kami jarang dapat berkumpul bersama sama, jadi pertemuan di hari raya memang sangatlah bermakna. Lepas ni semuanya jarang la berada dekat rumah. Masing masing belajar di IPT dan berada di asrama.




Yang ni pulak aku beraya dengan keluarga di Kota Bharu ,Kelantan.




Apa yang menariknya, kali ni aku turut berpeluang merayakan hari raya dengan sahabat sahabat yang sudah lama tidak bertemu muka. Sungguh nostalgic di hari raya hehe

 



Dan nostalgia makin bertambah bila dapat bertemu rakan rakan sekolah rendah. 7 tahun tak berjumpa tu.Semuanya makin hensem dan makin lawa . Semua dah berpunya ke? hehe





                                 Bertemu Ustazah Zawiyyah (nasib baik ustazah masih cam)

Jadi,begitulah kenangan aku semnggu berhari raya, nak tulis takde mood sangat so update dengan upload gambar je la kan.. tak update kan bersarang plak blog ni haha. Nak baca blog member pun, semuanya sikit je naik dekat dashboard.Masing masing sibuk kut.

Apepun Selamat Hari Raya buat sesiapa yang membaca .Semoga kita masih diberi peluang merayakan Aidilfitri tahun hadapan .Amin




Wednesday, 22 August 2012

Dapat Educamp UTP

Assalamualaikum W.B.T

Niat di hati aku nak post pasal raya tapi tak jadi jadi. Laen kali la,kumpul gambar dulu biar bertimbun kata orang. Sejak akhir akhir ni, nampak ramai bloggers menyepi ni.Sibuk beraya kut. Aku takde la rajin sangat nak menulis tapi nak kongsi la sikit kalau tak memang berhabuk la blog aku ni tak diupdate. Hari raya ke 2 aku dapat SMS, "Tahniah,anda dijemput ke Educcamp UTP"

 First impression= Alhamdulillah

Tapi kalau ikutkan hati malas jugak nak pergi pasal separuh hati ni sudah inginkan UTeM hehe. Ramai orang cakap try la dulu pasal UTP bagus senang dapat kerja.Lagipun boleh apply pinjaman Mara. Tapi semua tempat pun bagus bagi aku. Kalau dulu memang UTP la cita cita aku nak belajar sana.Sekarang ni? mane mane je haha,semua same. Tengok la dulu macammane kan. Lagipun mencuba tak salah jugak.Rezeki kita Allah tetapkan.

Jadi kepada member member yang dapat Educamp UTP 2012 tahniah jugak la. Gudluck jugak untuk anda sekalian. Yang penting niat kita nak belajar.Selamat Berjaya

p/s:Semenjak 2 menjak ni kerajinan kurang untuk update blog