Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday, 12 February 2013

Katakan TIDAK pada Valentine Day

Kami tolak budaya "Hari kekasih" .

Budaya Valentine Day bukan budaya kita . Malah sesetengah pendapat , ia turut diraikan kerana pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II . Pada waktu itu, Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Justeru , Hari Kekasih mempunyai unsur-unsur ritual keagamaan yg boleh merosakkan aqidah ummat Islam malah turut merosakkan amalan ummat Islam .

Rasulullah SAW telah bersabda ,

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak."(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Wallahua'lam...
p/s:credit to BADAR UTeM

Monday, 11 February 2013

"Lelaki semua sama" dan "Wanita sukar difahami"

Assalamualaikum readers sekalian..



Semenjak mula berjinak jinak dengan laman twitter ni, aku rasa ianya sesuatu yang awesome berbanding dengan Facebook yang dikatakan semakin boring tu. Secara mudahnya dekat twitter ni tempat orang post status ibarat bercakap seorang diri sehingga tunggu orang menyampuk. Kat sinilah korang boleh baca tweet tweet yang pelbagai jenis dan kebanyakan memang klise.Contoh tweet yang selalu aku jumpa:

"Kenapa semua lelaki sama?"

Kemon girls, ayat ni sudah tidak relevan pada abad milleneum kini macam ayat budak budak sekolah yang baru nak up kata orang. Sebenarnya aku tak pasti kenapa kaum hawa yang dikasihi ni beranggapan semua lelaki sama? Jika dilihat dari faktor fizikal sudah jelas tahap kehenseman seseorang lelaki itu ternyata berbeza haha. Mungkin juga kerana pernah disakiti atau dipermainkan lelaki berulang ulang kali? Persamaan itu tetap ada tapi bukanlah secara total.Kalaulah semua lelaki tu sama maka membujanglah anda wahai wanita sampai ke hari tua. Jadi, aku buat kesimpulan mereka yang melakukan tweet ayat macam ni memang sedia maklum bahawa lelaki tu tak semua sama,ada yang baik dan ada yang jahat cuma mungkin ianya sebagai "tempat mengadu" kerana marahkan seseorang lelaki.

Hello? Tempat mengadu yang terbaik untuk segala jua masalah adalah kepada Allah S.W.T.Jadi jangan segan silu untuk meluahkan yang terbuku dihati kepada DIA kerana luahan hati akan sentiasa didengari malah tidak lansung dipandang remeh :).

Yang itu wanita, tapi kalau si jejaka pulak, tweet sebegini banyak jugak aku perhatikan:

"Wanita memang sukar difahami"


Yang ni aku admit la, bukan nak backup kaum sejenis tapi memang susah pun sebenarnya nak paham. Mungkin ini salah satu faktor kenapa wanita selalu cakap "semua kaum lelaki sama" hehe. Tapi yang tweet benda benda cam ni bukannya semua lelaki, tak caya pergi dekat twitter confirm korang jumpe punye. So boys, tak perlu la status cenggini sangat, sometimes, it shamefully haha. Bila dah kawin anti korang belajar lah memahami kaum wanita yang digelar isteri. Semestinya sah dan barakah sentiasa :).

p/s: marilah berfikir :)

Wednesday, 6 February 2013

Hijab Hair yang HAMPEH

Assalamualaikum W.B.T

Ok, ok sekarang ni memang banyak tudung berfesyen terkini, selain warna perlbagai aneka ianya turut dihadiri dengan design design terkini. Ok inilah fesyen terkini yang direka oleh mereka yang betol betol hampeh dan mungkin akan dibeli oleh insan insan hampeh jugak.
  
Merperkenalkan  Triple H (Hijab HAIR Hampeh)


Sebelum ada yang back up, izinkan aku melontarkan beberapa point kenapa fesyen ini hampeh:

1)Tak tutup aurat sepenuhnya
2)Hijab sebagai wig(rambut palsu)
3)Buruk
4)Aneh dan Hudoh
5)Kalau anda pakai maka orang akan tawarkan penumbuk mungkin hehe.
6)Mahal tu, baik beli nasik.

Tak payah mengade beli, mahal

Inilah apabila apabila hukum Allah dipersendakan... Tujuan sebenar berhijab dah lari matlamat.. Wig tudung yang langsung tidak nampak kesolehahan..  Ingatlah muslimah sekalian "jangan ubah Islam untuk sesuaikan dengan diri kita sebaliknya ubahlah dri kita sesuai dengan cara hidup Islam.." 

Jika syaitan gagal menggoda muslimah membuka AURATnya, maka ia akan ganti strategi untuk memakai HIJAB yang tidak sesuai dengan syariat ISLAM.. Na'udzubillaah..
Lawa ke? tangan dekat bahu mata kat atas :)

p/s: kalau kasar sori la, marah tanda sayang hehe


Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum W.B.T

Cerita ni la yang dikatakan meletop memadamkan terus drama Adam dan Hawa yang popular sebelum ni. Kerana setia hujung nyawa, gadis gadis berpaling arah dari Aaron aziz kepada Amar Ashraf haha. Sebenarnya aku tak tengok pun cerita ni kat TV, just dengar orang orang cakap dan tengok trending dekat twitter saje.

novel setia hujung nyawa
Tapi, aku dah habis baca weh cerita ni. Sejujurnya pada pandangan aku lah, jalan cerita dalam buku lebih menggarapkan nilai islamik berbanding dengan dalam kaca televisyen. Lagi 1, mungkin TV3 lain kali ubah rancangan tv yang menarik diletakkan selain waktu maghrib sebab aku pasti ramai yang "tertinggal" atau tidak keterlaluan aku katakan meninggakan solat maghrib sebab tengok cerita ni.

p/s: yang baik ambik, yang buruk buang.